l

Anda Mencari Peluang Wakaf Kepada Pelarian Rohingya Secara Online, Mudah dan Boleh Dikecualikan Cukai?

Sumbangan Anda Membantu Pelarian Rohingya Menyambung Nyawa Dan Meneruskan Kehidupan Mereka

Setiap blok di khemah pelarian seperti di kem Balukhali menempatkan antara 100-200 keluarga pelarian baru perlu memperbanyakkan sumber air bersih dengan mewujudkan 200-300 tubewell adalah untuk mengurangkan nisbah perkongsian sumber air akibat dari kepadatan jumlah pelarian yang baru tiba.

Ramai di kalangan pelarian Rohingya yang baru tiba kekurangan sumber air bersih untuk kegunaan memasak, mandi, bersuci dan berwuduk.

Ini adalah peluang TERBAIK untuk anda berwakaf, infaq dan menderma terus untuk projek pembinaan tubewell membekalkan air bersih untuk dimanfaatkan oleh pelarian di dalam kem pelarian terbesar Rohingya di Bangladesh!

Kami sediakan platfom
WAKAF TUBEWELL 4 ROHINGYA dengan tempahan mudah melalui online sahaja.

2 CARA MENYUMBANG

Untuk Tabung Kecemasan Memanusiaan Rohingya

Apakah Manfaat Kepada Pelarian Rohingya Sekiranya Anda Berwakaf Dalam Projek Tubewell Ini?

1 tubewell boleh dimanfaatkan 50 buah keluarga (untuk setiap blok di kem pelarian Balukhali kira-kira 100-200 buah keluarga)

Sumber air bersih yang sangat penting untuk penyediaan makanan seperti membersih beras, penyediaan makanan mentah dan bahan memasak

Membantu pelarian Rohingya dalam urusan sanitasi (kebersihan) 

Tubewell kebanyakan dibina di masjid-masjid untuk memudahkan pelarian Rohingya berwuduk 

Menjadi sumber bekalan air bersih di tandas-tandas yang telah dibina

Apakah 5 Perkara Yang Anda Akan Dapat Jika Berwakaf dalam Projek Tubewell For Rohingya?

Gambar-gambar atau video-video projek tubewell yang dibina di dalam kem pelarian Rohingya. Tempoh siap bergantung kepada cuaca, situasi keselamatan dan keadaan tanah yang digali.​

Gambar plat penyumbang (bertulis nama penyumbang) samada individu, berkumpulan atau jamaah akan dilekatkan di tubewell yang telah siap dibina dan digunakan. 

Resit sumbangan

(dihantar melalui pos)

Profil dan cenderahati

(dihantar melalui pos)

Kenapa Si Mati Memilih Untuk Berwakaf (Bersedekah) Seandainya Dia Dikembalikan Ke Dunia?
  1. Sebagaimana firman Allah, "Wahai Tuhanku, alangkah baiknya Engkau lambatkan kedatangan ajalku ke suatu masa yang sedikit saja lagi, supaya aku dapat bersedekah..." (Surah al-Munafiqun: Ayat 10)

    Sedangkan dia tidak pun berkata "supaya aku dapat mengerjakan umrah" atau "supaya aku dapat solat" atau "supaya aku dapat berpuasa"?

    Seorang ulama berkata, "Tidaklah seseorang yang telah mati itu menyebut untuk bersedekah melainkan kerana kehebatan pahala yang telah dilihatnya selepas kematiannya."

  2. Maka hendaklah kamu perbanyakkan sedekah kerana sesungguhnya seorang mu'min akan berada di bawah teduhan pahala sedekahnya pada hari kiamat nanti.

  3. Bersedekahlah untuk saudaramu yang telah pun meninggal dunia kerana sesungguhnya mereka amat berharap untuk kembali ke dunia untuk bersedekah dan melakukan amalan soleh.

  4. Oleh itu realisasikanlah harapan mereka dan latihlah anak-anakmu supaya membiasakan diri dengan bersedekah.

  5. Bersedekahlah. Sesungguhnya Allah memberi ganjaran kepada org yg bersedekah.

    Kupasan Kitab Ziarah ke Alam Barzakh (Al Imam Jalaluddin As-Suyuti)

Apakah Keajaiban dan Kelebihan Berwakaf (Bersedekah)?
  1. Amalan sedekah itu adalah salah satu pintu daripada pintu-pintu syurga.

  2. Sedekah adalah sebaik-sebaik amalan soleh dan sebaik-sebaik sedekah ialah memberi makan.

  3. Pahala sedekah akan menaungi pemiliknya pada hari kiamat dan melepaskannya dari azab neraka.

  4. Sedekah dapat memadam kemurkaan Allah dan kepanasan kubur.

  5. Sedekah adalah sebaik2 hadiah buat si mati, yang paling bermanfaat untuknya di kubur dan yang ditambah oleh Allah akan rezeki (kerana bersedekah).

  6. Sedekah adalah satu penyucian harta dan jiwa dapat menggandakan kebaikan.

  7. Sedekah adalah punca kegembiraan si pemberi dan punca wajahnya bercahaya di hari kiamat.

  8. Sedekah menjadi pengaman dari ketakutan pada hari huru-hara besar dan hari yang tiada kesedihan kerana hilangnya sesuatu daripadanya (hari kiamat).

  9. Sedekah menjadi punca keampunan terhadap dosa dan penghapusan daripada kejahatan.

  10. Sebagai pembawa berita gembira tentang pengakhiran yang baik dan punca doa malaikat buatnya.

  11. Orang yang bersedekah adalah org yang terbaik di kalangan manusia.

  12. Pahala sedekah pula adalah untuk semua yang berkongsi tentang sedekah itu (bukan hanya untuk si pemberi)

  13. Pemberi sedekah dijanjikan kebaikan yang banyak dan pahala yang besar

  14. Orang yang suka menginfaq adalah salah satu sifat orang yang bertaqwa.

  15. Dan sedekah menjadi punca lahirnya kasih sayang hamba Allah kepada si pemberi.

  16. Sedekah tanda dermawan dan salah satu tanda kemuliaan dan kemurahan hati.

  17. Bersedekah memustajabkan doa dan merungkaikan segala kesulitan.

  18. Bersedekah menolak bala dan menutup 70 kejahatan di dunia.

  19. Sedekah memanjangkan umur, menambah rezeki, menjadi punca rezeki dan kemenangan.

  20. Sedekah menjadi ubat, penawar dan penyembuh

  21. Sedekah menghalang kebakaran, tenggelam akibat banjir dan kecurian.

  22. Pahala sedekah adalah tetap (tidak berbeza-beza) walaupun diberikan kepada haiwan ternakan atau burung-burung.

Bagaimana Cara Untuk Anda Boleh Berwakaf Secara Online?
(Pilih Salah Satu Cara Di Bawah)

'Derita Rohingya Ganggu Lenaku...'

September 26, 2018

Myanmar Rejects UN Probe Findings Of Rohingya ‘Genocide’

August 30, 2018

STARLIGHT-1 ATM Kembali Selepas Misi Bantuan

August 30, 2018

Rohingya Refugees Made Permanent: A Cycle Repeated

August 28, 2018

MAPIM Call UN To Resolve Plight Of The Rohingya Refugees in Bangladesh

August 27, 2018

1/6
Please reload

Bantuan Kecemasan Rohingya merupakan inisiatif Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dengan kerjasama  agensi antarabangsa serta NGO tempatan telah menggerakkan misi khas untuk menyalurkan bantuan kecemasan kepada pelarian Muslim Rohingya yang berada dalam keadaan sangat terdesak.

HUBUNGI KAMI

I

Wisma MAPIM Malaysia, No. 25 Jalan Puteri 2A/3, Bandar Puteri Bangi,

Bandar Bukit Mahkota, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia.

Screen Shot 2019-10-11 at 10.33.55 AM.pn

I

SUMBANGAN OFFLINE 

Sumbangan kepada projek-projek kemanusiaan MAPIM, tanpa melalui sistem online donation yang telah disediakan, tuan/puan bolehlah menyalin nombor akaun MayBank MAPIM seperti yang tertera di bawah:

Screen Shot 2019-10-11 at 10.40_edited.j
2124 5760 0213 72

Dengan kerjasama:

Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan pengalaman sebenar. Pengunjung dinasihatkan menyumbang dengan mengikuti arahan yang disediakan. Namun kami tidak bertanggungjawab jika sebarang masalah/komplikasi berlaku kepada penyumbang di atas projek, program dan bantuan berdasarkan faktor keselamatan, cuaca dan suasana situasi sebenar.

© 2017 by MAPIM. Proudly created for www.tabungrohingya.com