PBB Desak Rohingya Diberi Taraf Warganegara
August 16, 2018

GENEVA: Suruhanjaya Tinggi bagi Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR) mendesak Myanmar supaya segera menambah baik keadaan di Rakhine menjelang ketibaan ribuan pelarian etnik Rohingya dari Bangladesh.
Pada masa sama, agensi bantuan PBB itu, mahu Kerajaan Myanmar menyediakan saluran sewajarnya bagi memudahkan proses pemberian taraf kewarganegaraan kepada mereka yang layak.
Malah, UNHCR dan Program Pembangunan PBB (UNDP) dalam satu kenyataan bersama berkata, mereka perlu diberikan kebebasan sepenuhnya untuk mengunjungi Rakhine.
Menurut kenyataan itu, ketika ini, kedua-dua agensi badan dunia itu masih menunggu kebenaran bagi membolehkan kakitangan mereka ditempatkan di Maungdaw, Rakhine.
Katanya, permohonan mengenai penempatan itu sudah dikemukakan kepada pihak terbabit pada 14 Jun lalu.
Namun, sehingga kini, Reuters masih belum menerima sebarang maklum balas daripada pihak berkuasa Myanmar berhubung perkara berkenaan.
Mengikut perjanjian yang ditandatangani antara PBB dan Myanmar pada awal Jun lalu, ribuan etnik Rohingya yang mendapat perlindungan di Bangladesh akan dibenarkan pulang secara sukarela.
Bagaimanapun, dalam satu dokumen perjanjian yang dirahsiakan yang berjaya diperoleh Reuters, ia tidak menjamin pemberian taraf kewarganegaraan atau kebebasan untuk ‘bergerak’ di dalam Myanmar, kepada etnik Rohingya.
Sumber :
https://www.bharian.com.my/dunia/asean/2018/08/459563/pbb-desak-rohingya-diberi-taraf-warganegara






Featured Posts
Recent Posts
September 26, 2018
August 30, 2018
August 30, 2018
August 28, 2018
August 17, 2018
August 16, 2018
July 18, 2018
July 7, 2018
July 4, 2018
Follow Us
Kami Bantu Anda Salur Sumbangan Secara Online!
TABUNG ROHINGYA
2124 5760 0213 72

