Kem Pelarian Rohingya Bakal Hanyut

July 18, 2018

 

 

HAMPIR sejuta etnik Rohingya kini berada di kem pelarian sekitar Cox`s Bazar, Bangladesh. Kesemua mereka hidup dalam keadaan sesak dan tidak selesa, terutama di kem Kutupalong dan Balukhali.

 

Kanak-kanak, orang tua, lelaki dan wanita semuanya melalui keadaan hidup yang amat sukar di penempatan sementara yang dibina daripada lembaran plastik dan buluh.

 

Kira-kira 700,000 etnik Rohingya tiba di kem pelarian itu sejak tentera Myanmar melancarkan gerakan menghalau kumpulan minoriti itu bermula Ogos tahun lalu.

 

Namun, kisah kemanusiaan etnik itu bakal memasuki krisis baharu.

 

Kalau sebelum ini, mereka berdepan dengan kekejaman tentera Myanmar dan kekurangan kemudahan asas di kem pelarian. Kali ini, etnik itu berdepan dengan musim monsun yang berupaya menjadikan kawasan penempatan mereka seperti kolam takungan air, sekali gus berisiko terjadinya tragedi tanah runtuh.

 

Apa tidaknya, musim monsun itu bukan hanya menjadikan Bangladesh antara negara bakal dilanda ribut siklon secara berterusan, bahkan menjadikannya antara penerima taburan hujan paling tinggi atas muka bumi ini.

 

Dengan jangkaan menerima kira-kira 250 milimeter taburan hujan dalam beberapa bulan lagi, bermakna sebahagian besar daripada kawasan kem itu berisiko untuk ditenggelami.

 

Keadaan tersebut dilihat menjadi lebih berisiko berikutan wujudnya larangan untuk membina sebarangan binaan kekal dalam kem pelarian berkenaan. Apa yang dibenarkan hanyalah berasaskan buluh dan bahan plastik.

 

Mengikut Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), kira-kira 200,000 etnik Rohingya berdepan dengan ancaman hujan yang dijangkakan itu.

 

Setakat ini, mengikut angka yang disediakan oleh agensi bantuan, hujan lebat berterusan sejak akhir-akhir ini telah menyebabkan kira-kira 900 tempat perlindungan dan 200 tandas telah musnah.

 

Aliran deras air hujan bukan hanya menyebabkan ramai pelarian itu dihanyutkan dan ada juga beberapa kejadian mereka ditimpa oleh runtuhan dinding lumpur.

 

Kumpulan bantuan cuba memindahkan keluarga ke tempat lebih selamat, tetapi dengan jumlah pelarian yang mencecah ratusan ribu orang adalah mustahil dan banjir tersebut turut berisiko mewujudkan penyakit berasaskan air seperti kolera.

 

Rentetan daripada itu, ada sebilangan penduduk berusaha membina binaan tambatan sama ada menggunakan buluh atau tanah bagi mengelakkan penempatan mereka musnah atau dihanyutkan air hujan.

 

Selain itu, mereka juga turut bergotong royong bersama pekerja agensi bantuan membina parit yang agak dalam bagi memastikan aliran air tidak tersekat apabila hujan melanda kawasan kem pelarian. 


Source :

http://www.utusan.com.my/rencana/agama/kem-pelarian-rohingya-bakal-hanyut-1.710540

Please reload

Featured Posts

Myanmar Masih Nafi Pembersihan Kaum

March 13, 2018

1/10
Please reload

Recent Posts
Please reload

Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

Kami Bantu Anda Salur Sumbangan Secara Online!

TABUNG ROHINGYA

2124 5760 0213 72

Screen Shot 2019-10-11 at 10.40_edited.j

Bantuan Kecemasan Rohingya merupakan inisiatif Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dengan kerjasama  agensi antarabangsa serta NGO tempatan telah menggerakkan misi khas untuk menyalurkan bantuan kecemasan kepada pelarian Muslim Rohingya yang berada dalam keadaan sangat terdesak.

HUBUNGI KAMI

I

Wisma MAPIM Malaysia, No. 25 Jalan Puteri 2A/3, Bandar Puteri Bangi,

Bandar Bukit Mahkota, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia.

Screen Shot 2019-10-11 at 10.33.55 AM.pn

I

SUMBANGAN OFFLINE 

Sumbangan kepada projek-projek kemanusiaan MAPIM, tanpa melalui sistem online donation yang telah disediakan, tuan/puan bolehlah menyalin nombor akaun MayBank MAPIM seperti yang tertera di bawah:

Screen Shot 2019-10-11 at 10.40_edited.j
2124 5760 0213 72

Dengan kerjasama:

Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan pengalaman sebenar. Pengunjung dinasihatkan menyumbang dengan mengikuti arahan yang disediakan. Namun kami tidak bertanggungjawab jika sebarang masalah/komplikasi berlaku kepada penyumbang di atas projek, program dan bantuan berdasarkan faktor keselamatan, cuaca dan suasana situasi sebenar.

© 2017 by MAPIM. Proudly created for www.tabungrohingya.com