Sudahlah Menjadi Pelarian, Kini Diancam Banjir Dan Tanah Runtuh Pula

June 28, 2018

COX'S BAZAAR: Lebih 200,000 pelarian etnik Myanmar berdepan risiko banjir dan tanah runtuh susulan kedatangan musim Monsun di Bangladesh.

Selepas bertarung nyawa melarikan diri dari negara sendiri, hujan lebat berterusan merupakan salah satu lagi cabaran yang perlu dihadapi di kem pelarian di Kutupalong.

Tanah runtuh adalah bahaya paling dekat di kem tersebut.

 

Sky News melaporkan, sehingga kini, 12 orang dilaporkan terkorban.

Antara yang terawal, Ajida Begum, kanak-kanak bersusia 7 tahun.

"Saya tidak  boleh melupakan dia. Tidak langsung. Setiap hari, Ajida akan ke sekolah dan apabila pulang, akan bermain disini.

"Walaupun kami berdepan pelbagai kesukaran, namun apabila bersama keluarga kami gembira. Ajida seorang anak yang baik. Saya tidak boleh melupakan dia. Adiknya yang paling sering tanyakan dia kenapa masih belum pulang dan sering mimpikan kakaknya itu,“  luah bapa Ajida, Ruhul Amin.

 

Ajida meninggal dunia bulan lalu, selepas tertimbus dalam kejadian tanah runtuh ketika keluar mencari kayu api bersama rakan-rakannya.

Di sebalik kesukaran yang dihadapi pelarian, para agensi bantuan keselamatan juga bergelut mencari jalan untuk melindungi pelarain-pelarian berkenaan.

"Mereka tinggal di tempat perlindungan yang sangat serba kekurangan. Itu adalah fakta dan perlu memindahkan mereka ke lokasi yang selamat secepat mungkin bagi memastikan bantuan  makanan dan sumber bantuan lain dapat sampai kepada mereka, “ ujar wakil Program Pemakanan Dunia, Shelley Thakral.

 

Dalam pada itu, nasib entik Rohingya terus menjadi berita utama, dengan Amnesty International melaporkan  bukti baru kekejaman yang dikenakan terhadap penduduk Rohingya.

Ia juga menyebut gesaan kumpulan hak asasi manusia yang mahu 13 komander tentera tertinggi didakwa atas jenayah terhadap kemanusiaan.

Please reload

Featured Posts

Myanmar Masih Nafi Pembersihan Kaum

March 13, 2018

1/10
Please reload

Recent Posts
Please reload

Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

Kami Bantu Anda Salur Sumbangan Secara Online!

TABUNG ROHINGYA

2124 5760 0213 72

Screen Shot 2019-10-11 at 10.40_edited.j

Bantuan Kecemasan Rohingya merupakan inisiatif Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dengan kerjasama  agensi antarabangsa serta NGO tempatan telah menggerakkan misi khas untuk menyalurkan bantuan kecemasan kepada pelarian Muslim Rohingya yang berada dalam keadaan sangat terdesak.

HUBUNGI KAMI

I

Wisma MAPIM Malaysia, No. 25 Jalan Puteri 2A/3, Bandar Puteri Bangi,

Bandar Bukit Mahkota, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia.

Screen Shot 2019-10-11 at 10.33.55 AM.pn

I

SUMBANGAN OFFLINE 

Sumbangan kepada projek-projek kemanusiaan MAPIM, tanpa melalui sistem online donation yang telah disediakan, tuan/puan bolehlah menyalin nombor akaun MayBank MAPIM seperti yang tertera di bawah:

Screen Shot 2019-10-11 at 10.40_edited.j
2124 5760 0213 72

Dengan kerjasama:

Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan pengalaman sebenar. Pengunjung dinasihatkan menyumbang dengan mengikuti arahan yang disediakan. Namun kami tidak bertanggungjawab jika sebarang masalah/komplikasi berlaku kepada penyumbang di atas projek, program dan bantuan berdasarkan faktor keselamatan, cuaca dan suasana situasi sebenar.

© 2017 by MAPIM. Proudly created for www.tabungrohingya.com