Rohingya Diancam Musim Monsun

May 28, 2018

Selain dugaan bulan Ramadan terdedah bahaya bencana

 

PELARIAN Rohingya membuat longkang sebagai persediaan menghadapi musim monsun di kem pelarian Kutupalong di Ukhia, Bangladesh

 

COX’S BAZAR 27 Mei - Kira-kira 700,000 etnik Islam Rohingya yang me­larikan diri ke tenggara Bangladesh sejak sembilan bulan lalu mendakwa, musim monsun yang semakin hampir memberi ancaman paling serius kepada nyawa mereka sejak diusir secara zalim dari Myanmar.

 

Diuji pula dengan Ramadan, hampir satu juta etnik minoriti Islam itu menghuni daerah Cox’s Bazar namun dengan kedata­ngan pelarian baharu yang tinggal di bangsal diperbuat daripada buluh dan plastik di kawasan bukit yang tidak stabil mendedahkan mereka kepada ancaman tersebut.

 

“Keluarga kami mungkin terbunuh, terdapat kanak-kanak di merata-rata tempat di sini. Kami sentiasa bimbang hujan akan mengakibatkan tanah runtuh,” kata seorang pelarian berusia 53 tahun di benteng curam, tempat dia tinggal bersama sembilan ahli keluarga lain.

 

Dalam pada itu, satu operasi besar-besaran untuk membantu kem-kem berkenaan berdepan bencana bahaya terbabit sudah digiatkan dengan jentolak meratakan bukit dan pelarian mula meninggalkan kawasan tersebut.

 

Namun ketika musim hujan semakin hampir, kematian kanak-kanak sepanjang bulan ini akibat bencana banjir lumpur dan tanah runtuh telah menimbulkan ketakutan akan berlakunya tragedi yang lebih besar.

 

“Setiap orang takut, tertanya-tanya ke mana mereka mahu pergi jika rumah mereka musnah,” kata Imam Rohingya, Muhammad Yusuf.

 

Pada masa sama, timbul masalah kekurangan kawasan yang selamat untuk memindahkan kira-kira 200,000 pelarian akibat ancaman langsung banjir dan tanah runtuh dengan hanya 21,000 orang berpindah setakat ini.

 

“Kita boleh kehilangan ba­nyak nyawa ketika ramai orang menuruni kawasan berbukit dan lembah dinaiki air.

 

“Mereka mungkin berdepan satu lagi kecemasan dan kali ini berpunca daripada alam sekitar,” kata Ketua Operasi Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR), Kevin J. Allen.

 

Kem penempatan sementara itu dijangka menerima lebih daripada 2.5 meter hujan dalam tiga bulan ini bermula Jun, tiga kali ganda daripada jumlah hujan yang diperoleh Britain dalam setahun.

 

Cox’s Bazar dibadai oleh ribut taufan buat tiga tahun berturut-turut dan mengalami kemus­nahan luar biasa sebelum ini.

 

Bencana itu membunuh puluhan ribu penduduk di sepanjang kawasan pantai Bangladesh sejak beberapa dekad dan ramai lagi terbunuh akibat banjir dan tanah runtuh.

 

Sementara itu, pemangku pentadbir daerah Cox’s Bazar, Kazi Abdur Rahman berkata, masjid dan pusat komuniti sedia ada di bandar terbabit hanya mampu menempatkan sebanyak 150,000 orang jika diperlukan.

 

“Namun jika terdapat ribut besar dan kesemua penduduk perlu dipindahkan, masih tiada satu sistem untuk itu lagi. Adalah mustahil untuk memindahkan satu juta penduduk,” katanya.

 

Source : http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/rohingya-diancam-musim-monsun-1.680804



 

Please reload

Featured Posts

Myanmar Masih Nafi Pembersihan Kaum

March 13, 2018

1/10
Please reload

Recent Posts
Please reload

Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

Kami Bantu Anda Salur Sumbangan Secara Online!

TABUNG ROHINGYA

2124 5760 0213 72

Screen Shot 2019-10-11 at 10.40_edited.j

Bantuan Kecemasan Rohingya merupakan inisiatif Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dengan kerjasama  agensi antarabangsa serta NGO tempatan telah menggerakkan misi khas untuk menyalurkan bantuan kecemasan kepada pelarian Muslim Rohingya yang berada dalam keadaan sangat terdesak.

HUBUNGI KAMI

I

Wisma MAPIM Malaysia, No. 25 Jalan Puteri 2A/3, Bandar Puteri Bangi,

Bandar Bukit Mahkota, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia.

Screen Shot 2019-10-11 at 10.33.55 AM.pn

I

SUMBANGAN OFFLINE 

Sumbangan kepada projek-projek kemanusiaan MAPIM, tanpa melalui sistem online donation yang telah disediakan, tuan/puan bolehlah menyalin nombor akaun MayBank MAPIM seperti yang tertera di bawah:

Screen Shot 2019-10-11 at 10.40_edited.j
2124 5760 0213 72

Dengan kerjasama:

Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan pengalaman sebenar. Pengunjung dinasihatkan menyumbang dengan mengikuti arahan yang disediakan. Namun kami tidak bertanggungjawab jika sebarang masalah/komplikasi berlaku kepada penyumbang di atas projek, program dan bantuan berdasarkan faktor keselamatan, cuaca dan suasana situasi sebenar.

© 2017 by MAPIM. Proudly created for www.tabungrohingya.com