Hakim ICC Teliti Siasatan Krisis Rohingya, Jun

May 24, 2018

THE HAGUE: Hakim jenayah perang akan mengadakan rundingan tertutup bulan depan bagi membincangkan jika siasatan terhadap perpindahan beramai-ramai secara terpaksa oleh Muslim Rohingya dari Myanmar, dibenarkan.

 

Hanya ketua pendakwa raya Fatou Bensouda hadir di hadapan tiga hakim dalam perbicaraan di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) pada 20 Jun ini, kata hakim bersidang Peter Kovacs menerusi arahannya Jumaat lalu, dilihat AFP semalam.

 

Kira-kira 700,000 Muslim Rohingya lari dari Rakhine, Myanmar ke Bangladesh sejak 25 Ogos lalu akibat tindakan keras berdarah tentera.

 

Keganasan itu meninggalkan kesan perkampungan dibakar, di tengah dakwaan membunuh dan merogol oleh tentera dan samseng.

 

Dalam satu langkah tidak dijangka bulan lalu, Bensouda meminta hakim di satu-satunya mahkamah jenayah perang kekal dunia memutuskan jika beliau boleh menyiasat pengusiran itu sebagai jenayah ke atas kemanusiaan.

 

Ia adalah satu permohonan yang rumit dari segi perundangan, oleh kerana Myanmar bukan penandatangan dan anggota Rome Statute yang mendasari ICC.

 

Bensouda berhujah, oleh kerana Bangladesh adalah anggota penandatangan itu, sekali gus memberinya bidang kuasa untuk menyiasat nasib etnik Rohingya.

 

Beliau menyamakan pengusiran itu dengan satu 'insiden tembakan merentasi sempadan', berhujah, jenayah itu 'tidak selesai sehingga peluru (dilepaskan di satu negara) terkena sasaran dan membunuh mangsa (di satu negara lain).'

 

"Mahkamah akan mengadakan satu persidangan status pada 20 Jun ini, diadakan secara tertutup, hanya dengan kehadiran pendakwa raya," arah Kovacs.

 

Ditubuhkan pada 2002 di sini, ICC bertindak untuk menghukum jenayah terburuk termasuk genosid di tempat di mana tribunal negara tidak bersedia atau tidak boleh bertindak.

 

Myanmar menyuarakan kebimbangan serius berhubung tindakan di ICC itu.

 

"Tiada dalam Piagam ICC mengatakan mahkamah memiliki bidang kuasa ke atas negara yang tidak menerima bidang kuasa itu," kata Myanmar dalam satu kenyataan.

 

Mahkamah yang meneliti permohonan Bensouda juga meminta Bangladesh menghantar sebarang pemantauan bertulis mengenai kes itu sebelum 11 Jun ini.

 

https://www.bharian.com.my/dunia/eropah/2018/05/425824/hakim-icc-teliti-siasatan-krisis-rohingya-jun

Please reload

Featured Posts

Myanmar Masih Nafi Pembersihan Kaum

March 13, 2018

1/10
Please reload

Recent Posts
Please reload

Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

Kami Bantu Anda Salur Sumbangan Secara Online!

TABUNG ROHINGYA

2124 5760 0213 72

Screen Shot 2019-10-11 at 10.40_edited.j

Bantuan Kecemasan Rohingya merupakan inisiatif Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dengan kerjasama  agensi antarabangsa serta NGO tempatan telah menggerakkan misi khas untuk menyalurkan bantuan kecemasan kepada pelarian Muslim Rohingya yang berada dalam keadaan sangat terdesak.

HUBUNGI KAMI

I

Wisma MAPIM Malaysia, No. 25 Jalan Puteri 2A/3, Bandar Puteri Bangi,

Bandar Bukit Mahkota, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia.

Screen Shot 2019-10-11 at 10.33.55 AM.pn

I

SUMBANGAN OFFLINE 

Sumbangan kepada projek-projek kemanusiaan MAPIM, tanpa melalui sistem online donation yang telah disediakan, tuan/puan bolehlah menyalin nombor akaun MayBank MAPIM seperti yang tertera di bawah:

Screen Shot 2019-10-11 at 10.40_edited.j
2124 5760 0213 72

Dengan kerjasama:

Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan pengalaman sebenar. Pengunjung dinasihatkan menyumbang dengan mengikuti arahan yang disediakan. Namun kami tidak bertanggungjawab jika sebarang masalah/komplikasi berlaku kepada penyumbang di atas projek, program dan bantuan berdasarkan faktor keselamatan, cuaca dan suasana situasi sebenar.

© 2017 by MAPIM. Proudly created for www.tabungrohingya.com