Myanmar Setuju Lawatan PBB

April 3, 2018

NEW YORK: Myanmar membenarkan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melawat negara itu selepas beberapa bulan menyatakan bantahan tetapi tidak pasti sama ada duta dibenarkan mengunjungi negeri Rakhine.

 

Hampir 700,000 penduduk Islam Rohingya melarikan diri dari Rakhine dan kini menetap dalam kem pelarian sesak di Bangladesh sejak tentera Myanmar melancarkan operasi Ogos lalu.

 

Selepas majlis berkenaan mencadangkan lawatan Februari lalu, kerajaan Myanmar berkata 'bukan masanya' tetapi kini memberikan lampu hijau.

 

Duta Peru, Gustavo Meza-Cuadra, yang memegang giliran sebagai presiden Majlis Keselamatan, berkata butiran jadual perjalanan belum dimuktamadkan, termasuk sama ada kerajaan membenarkan mereka melawat Rakhine.

 

"Memang jelas kami berminat melawat Rakhine. Tiada yang lebih baik selain mengunjungi lokasi itu untuk melihat keadaan sebenar," katanya.

 

Britain, Kuwait dan Peru menganjurkan lawatan majlis itu, yang termasuk kunjungan ke kem pelarian Rohingya di Cox's Bazar. Tiada tarikh diumumkan berhubung lawatan itu.

 

Pihak berkuasa Myanmar berkata, operasi di Rakhine bertujuan menghapuskan militan, tetapi Majlis Keselamatan menuntut penduduk Rohingya dibenarkan pulang dengan selamat. 

Please reload

Featured Posts

Myanmar Masih Nafi Pembersihan Kaum

March 13, 2018

1/10
Please reload

Recent Posts
Please reload

Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

Kami Bantu Anda Salur Sumbangan Secara Online!

TABUNG ROHINGYA

2124 5760 0213 72

Screen Shot 2019-10-11 at 10.40_edited.j

Bantuan Kecemasan Rohingya merupakan inisiatif Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dengan kerjasama  agensi antarabangsa serta NGO tempatan telah menggerakkan misi khas untuk menyalurkan bantuan kecemasan kepada pelarian Muslim Rohingya yang berada dalam keadaan sangat terdesak.

HUBUNGI KAMI

I

Wisma MAPIM Malaysia, No. 25 Jalan Puteri 2A/3, Bandar Puteri Bangi,

Bandar Bukit Mahkota, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia.

Screen Shot 2019-10-11 at 10.33.55 AM.pn

I

SUMBANGAN OFFLINE 

Sumbangan kepada projek-projek kemanusiaan MAPIM, tanpa melalui sistem online donation yang telah disediakan, tuan/puan bolehlah menyalin nombor akaun MayBank MAPIM seperti yang tertera di bawah:

Screen Shot 2019-10-11 at 10.40_edited.j
2124 5760 0213 72

Dengan kerjasama:

Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan pengalaman sebenar. Pengunjung dinasihatkan menyumbang dengan mengikuti arahan yang disediakan. Namun kami tidak bertanggungjawab jika sebarang masalah/komplikasi berlaku kepada penyumbang di atas projek, program dan bantuan berdasarkan faktor keselamatan, cuaca dan suasana situasi sebenar.

© 2017 by MAPIM. Proudly created for www.tabungrohingya.com