Syukur Malaysia Aman

March 29, 2018

 

NILAI: "Saya dan keluarga bersyukur dapat berada di Malaysia kerana di sini aman dan selamat," kata Jasimuddin Saiful Aznee, 13, remaja Rohingya yang berhijrah ke negara ini bersama ibu bapa dan dua adik, sejak 2013.

 

Dia yang berasal dari Arakan, Myanmar itu terpaksa mengikuti keluarganya berhijrah ke sini sebagai pelarian selepas kampung halaman mereka di bakar susulan penghapusan pemisahan etnik pihak berkuasa negara itu.

 

Katanya, dia tidak lagi berpeluang jumpa rakan sebaya dan sanak saudara di Arakan kerana berhijrah ke Malaysia tetapi bersyukur kerana terselamat daripada kekejaman tentera Myanmar.

 

"Ketika kampung kami dibakar, ramai yang dihalau keluar dan tidak kurang juga ramai menjadi mangsa kekerasan dan kekejaman askar.

 

"Walaupun lega kerana dapat berada di Malaysia yang aman dan selamat, kerinduan kepada kampung halaman sentiasa ada," katanya ketika ditemui selepas Program Motivasi Tapow A, di Stadium Tertutup Nilai di sini, semalam.

 

Jasimuddin adalah antara kira-kira 2,500 peserta termasuk sebahagian besarnya pelarian Rohingya dari sekitar negeri ini dan Lembah Klang yang menyertai program sebuah syarikat konsultan tempatan itu.

 

Program motivasi itu menekankan tiga elemen membabitkan agama, akhlak dan akademik selain turut berkongsi tayangan video mengisahkan kesusahan etnik Muslim Rohingya yang menjadi pelarian di Bangladesh.

 

Pengerusi MAPIM Negeri Sembilan, Mohd Fuad Othman, berkata program bertujuan membangkitkan kesedaran masyarakat supaya turut membantu pelarian berkenaan selain mensyukuri nikmat tinggal di negara yang aman ini.

 

"Saya lihat ramai pelajar, ibu bapa dan keluarga Rohingya yang menitiskan air mata ketika melihat tayangan video itu," katanya.

 

Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya mewujudkan dua sekolah Baitul Ummah di Sikamat, Seremban dan Melaka untuk membantu kanak-kanak dan remaja Rohingya mendapatkan pendidikan.

 

"Setakat ini, dua sekolah itu yang direalisasikan menerusi sumbangan orang ramai mampu menampung kira-kira 200 pelajar dan MAPIM akan terus berusaha membantu memastikan kanak-kanak dan remaja Rohingya tidak terbiar," katanya.

Please reload

Featured Posts

Myanmar Masih Nafi Pembersihan Kaum

March 13, 2018

1/10
Please reload

Recent Posts
Please reload

Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

Kami Bantu Anda Salur Sumbangan Secara Online!

TABUNG ROHINGYA

2124 5760 0213 72

Screen Shot 2019-10-11 at 10.40_edited.j

Bantuan Kecemasan Rohingya merupakan inisiatif Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dengan kerjasama  agensi antarabangsa serta NGO tempatan telah menggerakkan misi khas untuk menyalurkan bantuan kecemasan kepada pelarian Muslim Rohingya yang berada dalam keadaan sangat terdesak.

HUBUNGI KAMI

I

Wisma MAPIM Malaysia, No. 25 Jalan Puteri 2A/3, Bandar Puteri Bangi,

Bandar Bukit Mahkota, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia.

Screen Shot 2019-10-11 at 10.33.55 AM.pn

I

SUMBANGAN OFFLINE 

Sumbangan kepada projek-projek kemanusiaan MAPIM, tanpa melalui sistem online donation yang telah disediakan, tuan/puan bolehlah menyalin nombor akaun MayBank MAPIM seperti yang tertera di bawah:

Screen Shot 2019-10-11 at 10.40_edited.j
2124 5760 0213 72

Dengan kerjasama:

Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan pengalaman sebenar. Pengunjung dinasihatkan menyumbang dengan mengikuti arahan yang disediakan. Namun kami tidak bertanggungjawab jika sebarang masalah/komplikasi berlaku kepada penyumbang di atas projek, program dan bantuan berdasarkan faktor keselamatan, cuaca dan suasana situasi sebenar.

© 2017 by MAPIM. Proudly created for www.tabungrohingya.com