Penolakan Undang-undang Ke Atas Suu Kyi Boleh Dirayu

March 21, 2018

 

SYDNEY 18 Mac – Pasukan peguam yang bertindak memfailkan permohonan persendirian di Mahkamah Majistret Melbourne bagi membolehkan pemimpin Myan­mar, Aung San Suu Kyi dikenakan tindakan undang-undang menegaskan bahawa ‘penolakan’ terhadap permohonan itu masih boleh dirayu.

 

ni susulan kenyataan Peguam Negara Australia, Christian Porter yang memaklumkan Suu Kyi tidak boleh didakwa di negara ini, ditangkap atau ditahan.

 

Hal demikian kerana Suu Kyi mempunyai imuniti.

 

Kelmarin, sekumpulan lima peguam Australia memfailkan permohonan tersebut bagi mendakwa Suu Kyi berhubung layanan kerajaan pimpinannya terhadap etnik Rohingya.

Perkara itu dilakukan sempena kehadiran Suu Kyi ke Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Australia di sini.

 

Hampir 700,000 etnik Islam Rohingya melarikan diri dari Rakhine ke Bangladesh sejak pihak berkuasa Myanmar melancarkan kekejaman yang disifatkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai pembersihan etnik.

 

Salah seorang peguam ber­kenaan, Alison Battison membe­ritahu Sydney Morning Herald bahawa keputusan Peguam Negara itu boleh dirayu.

 

“Peguam Negara masih belum memberikan maklum balas kepada kami. Apabila beliau memberi maklum balas, kami akan membincangkannya.

 

“Kami tidak akan melakukannya jika kami tidak fikir kami mempunyai peluang. Itu (kekejaman) ada contoh mengenai jenayah terhadap kemanusiaan,” katanya.

 

Menurut Porter, Suu Kyi mempunyai imuniti dan berdasarkan undang-undang antarabangsa, ketua negara, ketua kerajaan dan Menteri Luar mempunyai imuniti daripada prosiding jenayah di luar negara.

 

Biarpun dianugerahkan hadiah Nobel Keamanan, Suu Kyi mene­rima kecaman hebat pelbagai pihak kerana ‘mengunci mulut’ terhadap kekejaman yang berlaku di negaranya melibatkan etnik Rohingya.

 

Dalam sidang tersebut, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyentuh isu kekejaman terhadap Rohingya yang menegaskan situasi di Rakhine tidak boleh dianggap sebagai isu domestik.

 

Suu Kyi turut diasak oleh beberapa pemimpin dunia lain termasuk Australia dan Singapura berikutan isu tersebut yang menjadi antara topik utama perbinca­ngan blok serantau itu.

 

Kedua-dua negara tersebut turut berikrar akan menyokong usaha untuk mencapai penyelesaian jangka panjang bagi menamatkan krisis serta penghantaran bantuan kemanusiaan kepada pelarian.

 

“Isu kekejaman terhadap pela­rian Rohingya adalah kebimba­ngan ASEAN, namun ASEAN tidak dapat campur tangan dan memaksa sesuatu penyelesaian dengan pantas,” kata Perdana Menteri Si­ngapura, Lee Hsien Loong



 

Please reload

Featured Posts

Myanmar Masih Nafi Pembersihan Kaum

March 13, 2018

1/10
Please reload

Recent Posts
Please reload

Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

Kami Bantu Anda Salur Sumbangan Secara Online!

TABUNG ROHINGYA

2124 5760 0213 72

Screen Shot 2019-10-11 at 10.40_edited.j

Bantuan Kecemasan Rohingya merupakan inisiatif Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dengan kerjasama  agensi antarabangsa serta NGO tempatan telah menggerakkan misi khas untuk menyalurkan bantuan kecemasan kepada pelarian Muslim Rohingya yang berada dalam keadaan sangat terdesak.

HUBUNGI KAMI

I

Wisma MAPIM Malaysia, No. 25 Jalan Puteri 2A/3, Bandar Puteri Bangi,

Bandar Bukit Mahkota, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia.

Screen Shot 2019-10-11 at 10.33.55 AM.pn

I

SUMBANGAN OFFLINE 

Sumbangan kepada projek-projek kemanusiaan MAPIM, tanpa melalui sistem online donation yang telah disediakan, tuan/puan bolehlah menyalin nombor akaun MayBank MAPIM seperti yang tertera di bawah:

Screen Shot 2019-10-11 at 10.40_edited.j
2124 5760 0213 72

Dengan kerjasama:

Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan pengalaman sebenar. Pengunjung dinasihatkan menyumbang dengan mengikuti arahan yang disediakan. Namun kami tidak bertanggungjawab jika sebarang masalah/komplikasi berlaku kepada penyumbang di atas projek, program dan bantuan berdasarkan faktor keselamatan, cuaca dan suasana situasi sebenar.

© 2017 by MAPIM. Proudly created for www.tabungrohingya.com