Bela Nasib Rohingya Bukan Hanya Retorik

March 21, 2018

DALAM Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Australia di Sydney kelmarin, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan situasi di negeri Rakhine, Myanmar dan penderitaan etnik Rohingya serta perpindahan mereka tidak boleh lagi dianggap sebagai isu domestik.

 

Pendirian Malaysia yang konsisten dalam isu melanda umat Islam Rohingya sekali lagi terserlah di persada antarabangsa. Pandangan Malaysia disampaikan oleh Perdana Menteri sendiri dalam forum yang turut dihadiri oleh pemimpin Myanmar, Aung San Suu Kyi.

 

Suu Kyi kini mula merasakan tekanan antarabangsa yang hebat. Namun kegagalannya untuk mempengaruhi pihak tentera menerima kembali pelarian Rohingya secara sah hak asasi mereka, telah meletakkan beliau dalam keadaan serba salah secara domestik dan antarabangsa. 

 

Malah, beliau seolah-olah cuba mencari jalan keluar atau esca­pism dengan cara berdiam diri. Suu Kyi lebih selesa membiarkan pihak antarabangsa menyampaikan me­sej kepada pemerintah tentera Myanmar dari dia sendiri menegaskan perkara itu kepada pihak tentera. Dengan lain perkataan, beliau menampilkan sikap dayus beliau sebagai pe­mimpin dalam menangani krisis Rohingya. 

 

Utusan Malaysia semalam turut menarik perhatian Pengarah Eksekutif ASEAN Rohingya Cen­ter (ARC), Dr. Helmi Ibrahim yang begitu aktif memperjuangkan nasib umat Islam Rohingya dari luar Myanmar. Tegas Helmi, dari satu sisi lain, Najib telah menampilkan satu naratif yang amat tepat de­ngan menegaskan bahawa kekejaman terhadap Rohingya bukan lagi isu domestik Myanmar tetapi kini isu serantau. 

 

“Sebagai tindak balas, media Myanmar telah memaparkan kritikan berbaur sinikal terhadap Najib yang kononnya terpalit de­ngan pelbagai isu. Ini menunjuk­kan bahawa Myanmar tidak mem­punyai sebarang modal da­lam menangkis segala kritikan yang dilontarkan terhadap mereka akibat isu pembersihan etnik Ro­hingya yang kini jelas terdapat penglibatan pihak tentera Myanmar sendiri,” kata Hel­­mi ketika di­hubungi.

 

Dikhuatiri jika tiada langkah menamatkan kekejaman ini, akan ada pihak radikal mengambil ke­­sempatan menunggang krisis Rohingya untuk melakukan serangan ganas ke atas negara-negara serantau. Maka sewajarnyalah krisis Rohingya ini di­tangani secara serantau dengan melibatkan penglibatan semua pihak khususnya Myanmar sendiri, negara-negara ASEAN serta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)dan tentunya Australia sendiri sebagai negara yang mewakili kepentingan barat secara geo-politiknya.

 

Menyedari bahawa krisis Rohingya kian berpanjangan dan menemukan jalan buntu yang tuntas, tegas Helmi, maka Najib dengan lantang menolak penyerahan balik pelarian secara bilateral antara Myanmar dan Bangladesh sebagai langkah penyelesaiannya. Ini jelas apabila Perdana Menteri menegaskan: “Umat Rohingya berasa kecewa dan putus asa dan melihat tiada harapan masa depan.” 

 

Proses pemulangan ini sepatutnya melibatkan semua pihak berkepentingan dalam isu Rohingya khususnya ASEAN dan PBB. Malangnya, sikap penafian ASEAN dalam krisis Rohingya amatlah dikesali. 

 

Menyedari hakikat itu, maka dalam Persidangan NGO Islam ASEAN-Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Kuala Lumpur dari 13 hingga 14 Mac lalu telah menampilkan krisis Rohingya sebagai isu tumpuan.

 

Semasa persidangan tersebut, ARC dalam sesi Forum Ke­manusiaan Global telah me­ng­usulkan deklarasi 2018 - 2028 se­bagai Dekad Solidariti Antarabangsa Bersama Umat Rohingya. Deklarasi itu telah mendapat persetujuan sebulat suara oleh delegasi-delegasi dari negara-negara ASEAN dan perisytiharan deklara­sinya telah dibacakan oleh Datuk Zahidi Zainul Abidin sebagai Pengerusi Persidangan. 

 

Menurut Helmi, ARC akan mengadakan road show menghantar delegasi ke negara-negara Islam dan barat dalam rangka mendapatkan sokongan pengiktirafan mereka terhadap deklarasi ini. 

 

Dalam forum itu juga satu program yang dinamakan Global Humanitarian Initiative dilancarkan oleh Presiden Mercy Malaysia, Datuk Dr. Ahmad Faizal Mohd. Perdaus. Program itu merupakan satu usaha merangkumkan semua NGO-NGO Malaysia dan antarabangsa dalam satu gerakan kemanusiaan bersepadu dalam menangani krisis Rohingya. Sebagai permulaan, Mercy Malaysia dan ARC akan mengadakan Makmal Kemanusiaan Rohingya 2.0 dengan membawa lebih banyak penglibatan NGO-NGO Antarabangsa. 

 

Helmi menjelaskan, walaupun penyelesaian konkrit terhadap krisis Rohingya masih tidak nampak namun semua pihak harus menampilkan harapan yang optimis bahawa hak-hak mereka akan terus diperjuangkan dan mereka akan dikembalikan ke bumi kelahiran mereka. Justeru, perisytiharan 2018-2028 Dekad Solidariti Antarabangsa Bersama Umat Rohingya adalah satu tekad dan iltizam masyarakat dunia yang mahukan krisis Rohingya diselesaikan dalam tempoh 10 tahun ini. 

 

Pelan Induk atau Blueprint ke arah tindakannya akan dirangkumkan dalam Global Humanitarian Initiative yang akan dibincangkan dengan terperinci dalam Makmal Kemanusiaan Rohingya 2.0 yang dijangka diadakan, Mei ini. 

 

Hakikatnya pemimpin dan rak­yat Malaysia akan terus memperjuangkan nasib umat Islam Rohingya kerana sebagai negara yang bermaruah, kerajaannya yang diketuai Najib bertanggungjawab menjulang prinsip hak asasi dan memperjuangkan kemanusiaan tanpa memikirkan kepentingan sendiri.



 

Please reload

Featured Posts

Myanmar Masih Nafi Pembersihan Kaum

March 13, 2018

1/10
Please reload

Recent Posts
Please reload

Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

Kami Bantu Anda Salur Sumbangan Secara Online!

TABUNG ROHINGYA

2124 5760 0213 72

Screen Shot 2019-10-11 at 10.40_edited.j

Bantuan Kecemasan Rohingya merupakan inisiatif Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dengan kerjasama  agensi antarabangsa serta NGO tempatan telah menggerakkan misi khas untuk menyalurkan bantuan kecemasan kepada pelarian Muslim Rohingya yang berada dalam keadaan sangat terdesak.

HUBUNGI KAMI

I

Wisma MAPIM Malaysia, No. 25 Jalan Puteri 2A/3, Bandar Puteri Bangi,

Bandar Bukit Mahkota, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia.

Screen Shot 2019-10-11 at 10.33.55 AM.pn

I

SUMBANGAN OFFLINE 

Sumbangan kepada projek-projek kemanusiaan MAPIM, tanpa melalui sistem online donation yang telah disediakan, tuan/puan bolehlah menyalin nombor akaun MayBank MAPIM seperti yang tertera di bawah:

Screen Shot 2019-10-11 at 10.40_edited.j
2124 5760 0213 72

Dengan kerjasama:

Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan pengalaman sebenar. Pengunjung dinasihatkan menyumbang dengan mengikuti arahan yang disediakan. Namun kami tidak bertanggungjawab jika sebarang masalah/komplikasi berlaku kepada penyumbang di atas projek, program dan bantuan berdasarkan faktor keselamatan, cuaca dan suasana situasi sebenar.

© 2017 by MAPIM. Proudly created for www.tabungrohingya.com