PBB Rayu Dana AS$1 Bilion Untuk Rohingya

March 20, 2018

GENEVA: Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) semalam melancarkan rayuan dana untuk hampir AS$1 bilion (RM3.91 bilion) bagi mengurus pelarian Rohingya di Bangladesh, sambil menekankan usaha kepulangan selamat ke Myanmar.

 

Agensi pelarian PBB (UNHCR) itu memohon hampir AS$951 juta (RM3.72 bilion) untuk sepanjang tahun bagi menyediakan keperluan asas terhadap hampir sejuta pelarian Islam Rohingya di Bangladesh, termasuk 700,000 yang menyeberangi sempadan sejak Ogos lalu.

 

Ketua agensi itu, Filippo Grandi memberitahu media, kebimbangan sekarang adalah menggerakkan bantuan menyelamat nyawa kepada pelarian, terutama ketika musim monsun semakin dekat dan puluhan ribu tinggal di kawasan terdedah banjir dan tanah runtuh.

 

Grandi sekali lagi mengakui, ia mungkin mengambil masa amat panjang sebelum mana-mana pelarian dapat pulang ke Rakhine, Myanmar, berikutan ketiadaan bukti bahawa keselamatan mereka terjamin jika kembali.

 

Etnik minoriti itu lari selepas Myanmar melancarkan tindakan keras kejam ke atas pemberontak enam bulan lalu yang digelar PBB 'pembersihan etnik.'

 

Namun Grandi menegaskan, walaupun dengan keadaan itu, beliau tidak akan berhenti memperjuangkan kepulangan pelarian yang berhasrat pulang ke tanah air.

 

Bangladesh dan Myanmar bersetuju November lalu untuk memulakan kepulangan secara sukarela Rohingya ke Myanmar, di mana minoriti tertindas itu hidup selama bergenerasi.

Please reload

Featured Posts

Myanmar Masih Nafi Pembersihan Kaum

March 13, 2018

1/10
Please reload

Recent Posts
Please reload

Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

Kami Bantu Anda Salur Sumbangan Secara Online!

TABUNG ROHINGYA

2124 5760 0213 72

Screen Shot 2019-10-11 at 10.40_edited.j

Bantuan Kecemasan Rohingya merupakan inisiatif Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dengan kerjasama  agensi antarabangsa serta NGO tempatan telah menggerakkan misi khas untuk menyalurkan bantuan kecemasan kepada pelarian Muslim Rohingya yang berada dalam keadaan sangat terdesak.

HUBUNGI KAMI

I

Wisma MAPIM Malaysia, No. 25 Jalan Puteri 2A/3, Bandar Puteri Bangi,

Bandar Bukit Mahkota, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia.

Screen Shot 2019-10-11 at 10.33.55 AM.pn

I

SUMBANGAN OFFLINE 

Sumbangan kepada projek-projek kemanusiaan MAPIM, tanpa melalui sistem online donation yang telah disediakan, tuan/puan bolehlah menyalin nombor akaun MayBank MAPIM seperti yang tertera di bawah:

Screen Shot 2019-10-11 at 10.40_edited.j
2124 5760 0213 72

Dengan kerjasama:

Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan pengalaman sebenar. Pengunjung dinasihatkan menyumbang dengan mengikuti arahan yang disediakan. Namun kami tidak bertanggungjawab jika sebarang masalah/komplikasi berlaku kepada penyumbang di atas projek, program dan bantuan berdasarkan faktor keselamatan, cuaca dan suasana situasi sebenar.

© 2017 by MAPIM. Proudly created for www.tabungrohingya.com