Myanmar Bina Kemudahan Tentera Di Rakhine: Amnesty

March 12, 2018

 

YANGON: Amnesty International (Amnesty) mendakwa tindakan Kerajaan Myanmar memasang kemudahan keselamatan di perkampungan Rohingya yang musnah dalam kebakaran, menimbulkan keraguan mengenai keikhlasan mereka untuk menerima kembali ratusan ribu pelarian.

 

Hampir 700,000 etnik Rohingya meninggalkan Rakhine menuju ke Bangladesh sejak Myanmar melancarkan serangan balas terhadap pemberontak enam bulan lalu.

 

Amerika Syarikat dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggap tindakan itu sebagai satu pembersihan etnik.Bagaimanapun, Myanmar menolak dakwaan itu dan berkata ia dilancarkan susulan serangan oleh Tentera Penyelamat Rohingya Arakan (ARSA).

 

Laporan terbaharu Amnesty yang bertajuk 'Pembinaan Semula Negeri Rakhine', itu turut memaparkan imej satelit dan temuramah yang mendedahkan pembinaan pelbagai infrastruktur ketenteraan mulai awal tahun ini, yang didakwa pengkaji sebagai satu tindakan 'merampas tanah'.

 

"Terdapat bukti baru seperti yang dilaporkan oleh Amnesty dalam hasil kajian terbaharunya, menunjukkan pihak berkuasa Myanmar membina kemudahan baharu di atas setiap tapak milik penduduk Rohingya.

 

"Malah, dalam beberapa keadaan kediaman yang masih ada turut dimusnahkan," kata pengarah tindak balas krisis Amnesty, Tirana Hassan kepada AFP.

 

Walaupun mengakui imej itu tidak menggambarkan keseluruhan keadaan di Rakhine, kumpulan hak asasi itu berkata, struktur bagi kegunaan pasukan keselamatan, landasan untuk helikopter dan jalan raya terbabit dibina di atas tanah serta bangunan milik penduduk Rohingya yang musnah dalam kebakaran.

 

Berikutan itu, Amnesty mendakwa ia adalah sebahagian daripada pangkalan baru untuk pasukan keselamatan.

 

 

 

Please reload

Featured Posts

Myanmar Masih Nafi Pembersihan Kaum

March 13, 2018

1/10
Please reload

Recent Posts
Please reload

Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

Kami Bantu Anda Salur Sumbangan Secara Online!

TABUNG ROHINGYA

2124 5760 0213 72

Screen Shot 2019-10-11 at 10.40_edited.j

Bantuan Kecemasan Rohingya merupakan inisiatif Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dengan kerjasama  agensi antarabangsa serta NGO tempatan telah menggerakkan misi khas untuk menyalurkan bantuan kecemasan kepada pelarian Muslim Rohingya yang berada dalam keadaan sangat terdesak.

HUBUNGI KAMI

I

Wisma MAPIM Malaysia, No. 25 Jalan Puteri 2A/3, Bandar Puteri Bangi,

Bandar Bukit Mahkota, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia.

Screen Shot 2019-10-11 at 10.33.55 AM.pn

I

SUMBANGAN OFFLINE 

Sumbangan kepada projek-projek kemanusiaan MAPIM, tanpa melalui sistem online donation yang telah disediakan, tuan/puan bolehlah menyalin nombor akaun MayBank MAPIM seperti yang tertera di bawah:

Screen Shot 2019-10-11 at 10.40_edited.j
2124 5760 0213 72

Dengan kerjasama:

Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan pengalaman sebenar. Pengunjung dinasihatkan menyumbang dengan mengikuti arahan yang disediakan. Namun kami tidak bertanggungjawab jika sebarang masalah/komplikasi berlaku kepada penyumbang di atas projek, program dan bantuan berdasarkan faktor keselamatan, cuaca dan suasana situasi sebenar.

© 2017 by MAPIM. Proudly created for www.tabungrohingya.com