Sedia Buat Kerja Amal

March 11, 2018

Menyertai misi bantuan kemanusiaan bukanlah aktiviti baru buat kumpulan nasyid popular Hijjaz. Sehingga kini, sudah beberapa misi mereka sertai seperti di Syria dan Palestin.

 

Aktiviti itu dibuat bukan untuk mengejar nama, tetapi atas dasar semangat kemanusiaan dan prihatin terhadap penderitaan saudara Islam yang lain.

 

Hijjaz yang popular dengan lagu Pelita Hidup dan Sumayyah dianggotai Isman Nadim Isam, Munif Ahmad, Mohd Faizal Osman dan Muhammad Ariffin Ahmad Rahim.

 

Isman berkata, dalam kehidupan yang dipinjamkan seketika Allah SWT ini, mereka cuba seimbangkan dunia dan akhirat.

 

“Selain amalan harian yang wajib dilakukan, amalan lain juga perlu diambil kira yang bertujuan menuju ke jalan Allah.

 

“Hijjaz juga bersedia bekerjasama dengan pihak yang berminat melakukan misi kemanusiaan untuk membantu saudara Muslim yang lain,” katanya.

 

Isman berkata, Hijjaz sangat berbesar hati untuk bersama-sama terbabit menjalankan misi kemanusian dan kecemasan dilakukan badan bukan kerajaan (NGO) seperti Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM).

 

Hijjaz yang juga pemenang tempat kedua program Gema Gegar Vaganza (GGV) tahun lalu turut memaklumkan karier nyanyian mereka masih mendapat tempat di hati masyarakat.

 

“Kami masih aktif membuat persembahan kerana tawaran menyanyi pun ada, cuma pembabitan untuk misi kemanusiaan disertai untuk saham akhirat.

 

Mengulas mengenai lagu baru Hijjaz, Isman berkata, buat masa sekarang Hijjaz memberi fokus untuk sertai misi kemanusiaan kepada saudara Muslim yang ditindas dan memerlukan bantuan.

 

Hijjaz yang bekerjasama dengan MAPIM berangkat ke Bangladesh untuk misi bantuan kecemasan pada 22 hingga 26 Februari lalu.

 

Isman berkata, sumbangan amanah rakyat Malaysia sudah disampaikan kepada saudara Muslim Rohingya yang ditempatkan di kem pelarian di Cox’s Bazar, Bangladesh.

 

“Banyak barangan keperluan yang kurang dan belum dapat menampung jumlah pelarian Rohingya yang semakin ramai.

 

“Antara barangan utama diperlukan, tetapi belum ada seperti khemah perlindungan, makanan asas termasuk bekalan air bersih untuk memasak, mandi dan berwuduk. Selain itu bahan ubat-ubatan juga kurang terutama buat kegunaan pelarian yang sakit. Keadaan mereka agak daif, “ katanya.

 

Isman berkata, dia mewakili Hijjaz dengan rendah hati merayu peminat, pengikut Instagram, kenalan dan seluruh rakyat Malaysia menghulurkan bantuan.

 

“Sumbangan ikhlas anda akan membantu mereka menyambung nyawa dan meneruskan kehidupan walau dalam keadaan serba kekurangan.

 

Please reload

Featured Posts

Myanmar Masih Nafi Pembersihan Kaum

March 13, 2018

1/10
Please reload

Recent Posts
Please reload

Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

Kami Bantu Anda Salur Sumbangan Secara Online!

TABUNG ROHINGYA

2124 5760 0213 72

Screen Shot 2019-10-11 at 10.40_edited.j

Bantuan Kecemasan Rohingya merupakan inisiatif Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dengan kerjasama  agensi antarabangsa serta NGO tempatan telah menggerakkan misi khas untuk menyalurkan bantuan kecemasan kepada pelarian Muslim Rohingya yang berada dalam keadaan sangat terdesak.

HUBUNGI KAMI

I

Wisma MAPIM Malaysia, No. 25 Jalan Puteri 2A/3, Bandar Puteri Bangi,

Bandar Bukit Mahkota, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia.

Screen Shot 2019-10-11 at 10.33.55 AM.pn

I

SUMBANGAN OFFLINE 

Sumbangan kepada projek-projek kemanusiaan MAPIM, tanpa melalui sistem online donation yang telah disediakan, tuan/puan bolehlah menyalin nombor akaun MayBank MAPIM seperti yang tertera di bawah:

Screen Shot 2019-10-11 at 10.40_edited.j
2124 5760 0213 72

Dengan kerjasama:

Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan pengalaman sebenar. Pengunjung dinasihatkan menyumbang dengan mengikuti arahan yang disediakan. Namun kami tidak bertanggungjawab jika sebarang masalah/komplikasi berlaku kepada penyumbang di atas projek, program dan bantuan berdasarkan faktor keselamatan, cuaca dan suasana situasi sebenar.

© 2017 by MAPIM. Proudly created for www.tabungrohingya.com