Pembersihan Etnik Masih Berleluasa Di Rakhine: PBB

March 8, 2018

 

YANGON: Myanmar didakwa masih meneruskan aktiviti 'pembersihan etnik' terhadap penduduk Rohingya apabila sekatan bekalan makanan dan insiden keganasan terus berleluasa di Rakhine.

 

Perkara itu didedahkan oleh wakil khas hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hari ini, iaitu enam bulan selepas operasi besar-besaran pihak tentera di wilayah itu.

 

Tindakan itu memaksa kira-kira 700,000 penduduk minoriti Islam Rohingya melarikan diri ke Bangladesh sejak peristiwa keganasan tercetus pada Ogos lalu.

 

Pelarian Rohingya terbabit turut mendedahkan kes pembunuhan, rogol dan tindakan membakar dengan sengaja oleh pihak tentera dan pemberontak.

 

"Aktiviti pembersihan etnik penduduk Rohingya oleh Kerajaan Myanmar masih berterusan.

 

"Saya tidak fikir kita boleh menyaksikan kaedah penyelesaian lain, daripada apa yang sudah saya saksikan atau dengar di Cox's Bazar.

 

"Bagaimanapun, kaedah tekanan yang diberikan kepada penduduk yang masih tinggal sudah berubah, apabila pihak berkuasa tidak lagi bertindak ganas, sebaliknya menyekat bekalan makanan supaya rakyat Rohingya berdepan kebuluran.

 

"Sebelum ini, kaum wanita etnik Rohingya berdepan peristiwa rogol beramai-ramai, selain pelbagai insiden pertumpahan darah," kata Penolong Setiausaha Agung Hak Asasi Manusia PBB, Andrew Gilmour dalam satu kenyataan selepas mengadakan pertemuan dengan pelarian Rohingya yang baharu tiba di kem pelarian yang sesak di Bangladesh.

 

Please reload

Featured Posts

Myanmar Masih Nafi Pembersihan Kaum

March 13, 2018

1/10
Please reload

Recent Posts
Please reload

Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

Kami Bantu Anda Salur Sumbangan Secara Online!

TABUNG ROHINGYA

2124 5760 0213 72

Screen Shot 2019-10-11 at 10.40_edited.j

Bantuan Kecemasan Rohingya merupakan inisiatif Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dengan kerjasama  agensi antarabangsa serta NGO tempatan telah menggerakkan misi khas untuk menyalurkan bantuan kecemasan kepada pelarian Muslim Rohingya yang berada dalam keadaan sangat terdesak.

HUBUNGI KAMI

I

Wisma MAPIM Malaysia, No. 25 Jalan Puteri 2A/3, Bandar Puteri Bangi,

Bandar Bukit Mahkota, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia.

Screen Shot 2019-10-11 at 10.33.55 AM.pn

I

SUMBANGAN OFFLINE 

Sumbangan kepada projek-projek kemanusiaan MAPIM, tanpa melalui sistem online donation yang telah disediakan, tuan/puan bolehlah menyalin nombor akaun MayBank MAPIM seperti yang tertera di bawah:

Screen Shot 2019-10-11 at 10.40_edited.j
2124 5760 0213 72

Dengan kerjasama:

Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan pengalaman sebenar. Pengunjung dinasihatkan menyumbang dengan mengikuti arahan yang disediakan. Namun kami tidak bertanggungjawab jika sebarang masalah/komplikasi berlaku kepada penyumbang di atas projek, program dan bantuan berdasarkan faktor keselamatan, cuaca dan suasana situasi sebenar.

© 2017 by MAPIM. Proudly created for www.tabungrohingya.com