Jadikan Isu Rohingya Sebagai Iktibar: Raja Muda Perlis

March 8, 2018

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mengingatkan golongan muda di negara ini supaya menjadikan isu Rohingya sebagai pengajaran untuk golongan berkenaan keluar daripada zon selesa dengan mengambil sikap peduli, menghayati dan berusaha ke arah lebih baik pada masa akan datang.

 

Baginda bertitah, semua pihak harus mengambil iktibar daripada penderitaan dan kesengsaraan etnik minoriti Islam Rohingya di wilayah Rakhine, Myanmar itu supaya menjadikan masyarakat di negara ini lebih mensyukuri nikmat keamanan, perpaduan, toleransi dan menghormati agama serta budaya kaum.

 

Titah baginda, golongan muda ini juga perlu sentiasa berusaha untuk sama-sama menjaga dan memelihara negara.

 

“Kita perlu ada rasa simpati, prihatin, mendoakan kebaikkan dan menggalas tanggungjawab dengan belajar bersungguh-sungguh untuk memajukan diri, bangsa, agama, negeri dan negara.

 

“Kita juga perlu menyuburkan semangat cintakan tanah air dan rasa kekitaan yang ampuh selain menjadi individu bertanggungjawab yang menjaga kedaulatan, keselamatan, kerahsiaan dan kehormatan negara agar tidak dijajah lagi.

 

“Marilah berdoa agar kita tidak sekali-kali menerima nasib yang sama seperti masyarakat Rohingya yang disisih di bumi sendiri. Malah golongan muda khususnya tidak harus ketinggalan untuk turut bekerjasama dalam memperjuangkan kebebasan etnik Rohingya,” titah baginda.

 

Baginda bertitah demikian selepas berkenan berangkat bercemar duli merasmikan program Titian Kasih Mega Peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Arau 2018 di sini hari ini.

 

Berangkat sama, Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

 

Keberangkatan baginda berdua disambut oleh Pengetua SMK Arau, Azizah Mustafa dan ketua penyelaras program, Azuan Mohd Nasir.

 

Turut hadir mengiringi baginda ialah Timbalan Pengarah Pendidikan negeri, Azman Ghazali dan Setiausaha Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis, Datuk Johari Mohd. Darus.

 

Program anjuran YTSP itu dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan negeri dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

 

Bersempena program tersebut, Raja Muda Perlis turut berkenan menjenamakan dewan sekolah tersebut sebagai Dewan Sharifah Farah Adriana iaitu mengambil sempena dengan nama puteri kedua baginda

Please reload

Featured Posts

Myanmar Masih Nafi Pembersihan Kaum

March 13, 2018

1/10
Please reload

Recent Posts
Please reload

Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

Kami Bantu Anda Salur Sumbangan Secara Online!

TABUNG ROHINGYA

2124 5760 0213 72

Screen Shot 2019-10-11 at 10.40_edited.j

Bantuan Kecemasan Rohingya merupakan inisiatif Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dengan kerjasama  agensi antarabangsa serta NGO tempatan telah menggerakkan misi khas untuk menyalurkan bantuan kecemasan kepada pelarian Muslim Rohingya yang berada dalam keadaan sangat terdesak.

HUBUNGI KAMI

I

Wisma MAPIM Malaysia, No. 25 Jalan Puteri 2A/3, Bandar Puteri Bangi,

Bandar Bukit Mahkota, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia.

Screen Shot 2019-10-11 at 10.33.55 AM.pn

I

SUMBANGAN OFFLINE 

Sumbangan kepada projek-projek kemanusiaan MAPIM, tanpa melalui sistem online donation yang telah disediakan, tuan/puan bolehlah menyalin nombor akaun MayBank MAPIM seperti yang tertera di bawah:

Screen Shot 2019-10-11 at 10.40_edited.j
2124 5760 0213 72

Dengan kerjasama:

Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan pengalaman sebenar. Pengunjung dinasihatkan menyumbang dengan mengikuti arahan yang disediakan. Namun kami tidak bertanggungjawab jika sebarang masalah/komplikasi berlaku kepada penyumbang di atas projek, program dan bantuan berdasarkan faktor keselamatan, cuaca dan suasana situasi sebenar.

© 2017 by MAPIM. Proudly created for www.tabungrohingya.com