Khidmat Hospital di Cox's Bazar Sehingga Akhir Tahun

February 21, 2018

 

SEPANG: Operasi Hospital Medan Malaysia di Cox's Bazar, Bangladesh yang dibangunkan bagi pelaksanaan misi bantuan kemanusiaan Rohingya akan diteruskan sehingga akhir tahun ini.

 

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya, berkata pihaknya akan mengadakan perbincangan bagi merancang semula penghantaran petugas dari Kementerian Kesihatan untuk berkhidmat di hospital berkenaan secara berperingkat.

 

"Sejak penubuhan dan operasi Hospital Medan Malaysia bermula 20 November 2017 hingga 16 Februari lalu, seramai 144 petugas terdiri daripada pelbagai bidang kepakaran berkhidmat di sana sepanjang tempoh tiga bulan.

 

"Berikutan itu, kita akan mengadakan perbincangan semula bagi penghantaran seterusnya membabitkan petugas Kementerian Kesihatan selain Angkatan Tentera Malaysia (ATM)," katanya pada sidang media Majlis Sambutan Kepulangan Petugas Hospital Medan Malaysia untuk Misi Bantuan Kemanusiaan Rohingya di Cox's Bazar, Bangladesh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini.

 

Hadir sama, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

 

Seramai 41 sukarelawan kumpulan ketiga antaranya anggota dan pegawai Kementerian Kesihatan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pakar perubatan pelbagai bidang antaranya pakar bedah, pakar anestesia, pakar perubatan kecemasan dan trauma, pakar ortopedik, pakar obstetrik dan ginekologi, pakar perubatan kesihatan awam selain jururawat dan juru X-ray tiba ke tanah air hari ini.

 

Dalam pada itu, Dr Hilmi berkata, sebelum ini, penghantaran petugas untuk berkhidmat di hospital berkenaan dibuat secara giliran.

 

Dari segi peralatan dan kelengkapan, beliau berkata, Hospital Medan Malaysia tidak menghadapi masalah kerana kemudahan itu lengkap.

 

"Malah, kita juga menjadi tempat rujukan kes selain mendapat pujian daripada pelbagai pihak di sana.

 

"Pengalaman diperoleh di sana amat berguna kepada petugas terbabit dan kita berterima kasih kerana program Inisiatif Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) antara Kementerian Kesihatan, ATM dan pelbagai agensi di Malaysia ini dapat dijayakan," katanya.

 

Pada 5 November tahun lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dilaporkan berkata, Hospital Medan Malaysia akan beroperasi sekurang-kurangnya untuk tempoh tiga bulan di Bangladesh.

 

Penubuhan dan operasi hospital itu bermula 20 November tahun lalu hingga 16 Februari sepanjang tempoh tiga bulan dengan pembabitan seramai 144 petugas daripada pelbagai bidang kepakaran.

 

Hospital medan itu juga dilengkapi kemudahan seperti bilik bedah, x-ray, unit rawatan rapi (ICU), bilik kecemasan dan bilik bersalin dengan kapasiti maksimum 100 katil.

 

 

 

 

 

 

Please reload

Featured Posts

Myanmar Masih Nafi Pembersihan Kaum

March 13, 2018

1/10
Please reload

Recent Posts
Please reload

Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

Kami Bantu Anda Salur Sumbangan Secara Online!

TABUNG ROHINGYA

2124 5760 0213 72

Screen Shot 2019-10-11 at 10.40_edited.j

Bantuan Kecemasan Rohingya merupakan inisiatif Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dengan kerjasama  agensi antarabangsa serta NGO tempatan telah menggerakkan misi khas untuk menyalurkan bantuan kecemasan kepada pelarian Muslim Rohingya yang berada dalam keadaan sangat terdesak.

HUBUNGI KAMI

I

Wisma MAPIM Malaysia, No. 25 Jalan Puteri 2A/3, Bandar Puteri Bangi,

Bandar Bukit Mahkota, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia.

Screen Shot 2019-10-11 at 10.33.55 AM.pn

I

SUMBANGAN OFFLINE 

Sumbangan kepada projek-projek kemanusiaan MAPIM, tanpa melalui sistem online donation yang telah disediakan, tuan/puan bolehlah menyalin nombor akaun MayBank MAPIM seperti yang tertera di bawah:

Screen Shot 2019-10-11 at 10.40_edited.j
2124 5760 0213 72

Dengan kerjasama:

Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan pengalaman sebenar. Pengunjung dinasihatkan menyumbang dengan mengikuti arahan yang disediakan. Namun kami tidak bertanggungjawab jika sebarang masalah/komplikasi berlaku kepada penyumbang di atas projek, program dan bantuan berdasarkan faktor keselamatan, cuaca dan suasana situasi sebenar.

© 2017 by MAPIM. Proudly created for www.tabungrohingya.com