MAPIM Akan Gembleng NGO Asean Tangani Isu Rohingya

February 4, 2018

 

Kenyataan Media

3 hb Feb. 2018

 

 

TAHUN 2018 - MAPIM AKAN GEMBLENG NGO ASEAN UNTUK TANGANI ISU ROHINGYA.

 

MAPIM akan mengambil inisiatif baru untuk gembleng NGO merentas negara bagi meningkatkan usaha mencari penyelesaian kepada isu kemanusiaan dan menghentikan genosid ke atas etnik Rohingya.

 

Gerakerja MAPIM dalam aspek advokasi merubah pendirian Myanmar dalam isu hak etnik Rohingya akan diberi fokus bagi tahun 2018.

 

MAPIM melihat perlu suatu gerakan bersepadu NGO Islam , NGO agama lain , NGO hak manusia , perlindungan pelarian , NGO kanak kanak dan wanita diperingkat rantau Asean digembleng.

 

Pihak kerajaan negara negara Asean nampaknya gagal merubah situasi di Rakhine.

 

Walaupun bukti genosid dengan pengakuan tentera Myanmar yang menemukan kubur massa mangsa Rohingya , akan tetapi tidak ada tindakan dilakukan untuk bertindak ke atas tentera  yang terlibat.

 

MAPIM berpendapat pengemblengan masyarakat sivil dari dalam Myanmar sendiri perlu dicetuskan.

 

Mapim sedang mengerakkan jaringannya dengan ngo negara Asean supaya ia memberi tekanan ke atas kerajaan Myanmar.

 

 

Walaupun kelemahan  Asean sangat mengecewakan , namun MAPIM tetap berpandangan isu ini mesti ditangani diperingkat serantau.

 

Kerjasama Mapim dengan Jaringan Ngo Kemanusiaan Syekhul Islam Thailand sedang diushakan untuk mengkordinasi misi kemanusiaan disamping melakar strategi advokasi berkesan untuk menekan Myanmar.

 

Sasaran 2018 adalah untuk melakukan perundingan secara langsung dengan NGO dalam Myanmar sendiri.

 

Kerajaan Myanmar meati memberi akses kepada tim penyiasat UN dan NGO untuk melakukan misi mengumpul fakta.

 

Kedegilan Myanmar yang menyekat tim penyiasat UN untuk masuk ke Myanmar terutama di kem IDP  menjadi alasan kuat untuk Myanmar diambil tindakan diperingkat antarabangsa.

 

Sementara itu tekanan ke atas tentera dan Kaunselor Negara Aung San Suu Kyi akan diterus dan diperhebatkan .

 

Kami mensasarkan pada tahun 2018 kes Rohingya ini akan dapat di failkan di Mahkamah Jenayah Antarabangsa.

(ICC).

 

Mohd Azmi Abdul Hamid 

Presiden MAPIM

Please reload

Featured Posts

Myanmar Masih Nafi Pembersihan Kaum

March 13, 2018

1/10
Please reload

Recent Posts
Please reload

Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

Kami Bantu Anda Salur Sumbangan Secara Online!

TABUNG ROHINGYA

2124 5760 0213 72

Screen Shot 2019-10-11 at 10.40_edited.j

Bantuan Kecemasan Rohingya merupakan inisiatif Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dengan kerjasama  agensi antarabangsa serta NGO tempatan telah menggerakkan misi khas untuk menyalurkan bantuan kecemasan kepada pelarian Muslim Rohingya yang berada dalam keadaan sangat terdesak.

HUBUNGI KAMI

I

Wisma MAPIM Malaysia, No. 25 Jalan Puteri 2A/3, Bandar Puteri Bangi,

Bandar Bukit Mahkota, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia.

Screen Shot 2019-10-11 at 10.33.55 AM.pn

I

SUMBANGAN OFFLINE 

Sumbangan kepada projek-projek kemanusiaan MAPIM, tanpa melalui sistem online donation yang telah disediakan, tuan/puan bolehlah menyalin nombor akaun MayBank MAPIM seperti yang tertera di bawah:

Screen Shot 2019-10-11 at 10.40_edited.j
2124 5760 0213 72

Dengan kerjasama:

Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan pengalaman sebenar. Pengunjung dinasihatkan menyumbang dengan mengikuti arahan yang disediakan. Namun kami tidak bertanggungjawab jika sebarang masalah/komplikasi berlaku kepada penyumbang di atas projek, program dan bantuan berdasarkan faktor keselamatan, cuaca dan suasana situasi sebenar.

© 2017 by MAPIM. Proudly created for www.tabungrohingya.com