Hospital Medan, Misi Bantuan Malaysia Tarik Minat Negara Luar

February 1, 2018

KUALA LUMPUR 30 Jan.-Usaha kerajaan menempatkan hospital medan di Cox’s Bazar, Bangladesh berjaya menarik minat negara Asia Barat termasuk Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) bagi memberi bantuan kepada masyarakat Rohingya.

 

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, usaha tersebut juga secara tidak langsung dapat meluaskan kerjasama dan mampu menarik minat negara dunia ketiga.

 

Katanya, keadaan dunia tanpa sempadan yang disifatkan sebagai ‘perkampungan global’ turut memberi peluang kepada negara lain untuk turut serta dalam misi bantuan yang laksanakan oleh Malaysia.

 

“Misi bantuan yang kita laksanakan dapat sambutan daripada negara lain kerana hala tuju kita jelas dan ikhlas.

 

“Jika sebelum ini kita wujudkan hubungan triliteral bagi tugas menangani ancaman keselamatan, mungkin selepas ini kita boleh jalinkan kerjasama triliteral bersama negara lain dalam misi bantuan untuk masyarakat Rohingya nanti,” katanya ketika ditemui semasa mengadakan lawatan ke tapak projek pembangunan Kompleks Wisma Bintara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di sini hari ini.

 

Yang turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi; Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dan Panglima Tentera Darat, Tan Sri Zulkiple Kassim.

Please reload

Featured Posts

Myanmar Masih Nafi Pembersihan Kaum

March 13, 2018

1/10
Please reload

Recent Posts
Please reload

Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

Kami Bantu Anda Salur Sumbangan Secara Online!

TABUNG ROHINGYA

2124 5760 0213 72

Screen Shot 2019-10-11 at 10.40_edited.j

Bantuan Kecemasan Rohingya merupakan inisiatif Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dengan kerjasama  agensi antarabangsa serta NGO tempatan telah menggerakkan misi khas untuk menyalurkan bantuan kecemasan kepada pelarian Muslim Rohingya yang berada dalam keadaan sangat terdesak.

HUBUNGI KAMI

I

Wisma MAPIM Malaysia, No. 25 Jalan Puteri 2A/3, Bandar Puteri Bangi,

Bandar Bukit Mahkota, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia.

Screen Shot 2019-10-11 at 10.33.55 AM.pn

I

SUMBANGAN OFFLINE 

Sumbangan kepada projek-projek kemanusiaan MAPIM, tanpa melalui sistem online donation yang telah disediakan, tuan/puan bolehlah menyalin nombor akaun MayBank MAPIM seperti yang tertera di bawah:

Screen Shot 2019-10-11 at 10.40_edited.j
2124 5760 0213 72

Dengan kerjasama:

Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan pengalaman sebenar. Pengunjung dinasihatkan menyumbang dengan mengikuti arahan yang disediakan. Namun kami tidak bertanggungjawab jika sebarang masalah/komplikasi berlaku kepada penyumbang di atas projek, program dan bantuan berdasarkan faktor keselamatan, cuaca dan suasana situasi sebenar.

© 2017 by MAPIM. Proudly created for www.tabungrohingya.com