Nasib Rohingya Lebih Buruk Daripada Laporan BBC, CNN

January 24, 2018

JAKARTA, 7 Jamadilawal 1439H, Rabu – Nasib pelarian Muslim Rohingya jauh lebih buruk daripada gambaran yang dilaporkan pihak media antarabangsa, kata Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Jim Mattis.

 

“Ini adalah tragedi terburuk daripada apa yang CNN atau BBC dapat gambarkan keadaan mereka (pelarian Rohingya),” katanya kepada pemberita ketika lawatan kerja di Indonesia, semalam.

 

Mattis mendakwa, AS adalah antara pihak yang berusaha menyelesaikan krisis itu menerusi langkah diplomatik, termasuk bantuan kemanusiaan.

 

Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), hampir 650,000 umat Islam Rohingya melarikan diri dari negeri Rakhine ke Bangladesh sejak kempen keganasan meningkat pada Ogos lalu.

 

Biarpun hidup kebuluran di kem pelarian Bangladesh, kebanyakan etnik Rohingya tidak sanggup pulang ke Myanmar lagi, meskipun perjanjian penghantaran sudah dicapai.

 

Bangladesh dan Myanmar memuktamadkan perjanjian penghantaran pulang pelarian Rohingya pada awal tahun ini, untuk tempoh dua tahun akan datang.

 

Bagaimanapun, persepakatan itu tidak diterima pelarian Rohingya kecuali keselamatan mereka dijamin, dan tuntutan hak mereka sebagai warganegara diterima.

 

PBB menyifatkan Rohingya sebagai kumpulan minoriti yang teruk dianiaya di dunia.

 

Please reload

Featured Posts

Myanmar Masih Nafi Pembersihan Kaum

March 13, 2018

1/10
Please reload

Recent Posts
Please reload

Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

Kami Bantu Anda Salur Sumbangan Secara Online!

TABUNG ROHINGYA

2124 5760 0213 72

Screen Shot 2019-10-11 at 10.40_edited.j

Bantuan Kecemasan Rohingya merupakan inisiatif Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dengan kerjasama  agensi antarabangsa serta NGO tempatan telah menggerakkan misi khas untuk menyalurkan bantuan kecemasan kepada pelarian Muslim Rohingya yang berada dalam keadaan sangat terdesak.

HUBUNGI KAMI

I

Wisma MAPIM Malaysia, No. 25 Jalan Puteri 2A/3, Bandar Puteri Bangi,

Bandar Bukit Mahkota, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia.

Screen Shot 2019-10-11 at 10.33.55 AM.pn

I

SUMBANGAN OFFLINE 

Sumbangan kepada projek-projek kemanusiaan MAPIM, tanpa melalui sistem online donation yang telah disediakan, tuan/puan bolehlah menyalin nombor akaun MayBank MAPIM seperti yang tertera di bawah:

Screen Shot 2019-10-11 at 10.40_edited.j
2124 5760 0213 72

Dengan kerjasama:

Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan pengalaman sebenar. Pengunjung dinasihatkan menyumbang dengan mengikuti arahan yang disediakan. Namun kami tidak bertanggungjawab jika sebarang masalah/komplikasi berlaku kepada penyumbang di atas projek, program dan bantuan berdasarkan faktor keselamatan, cuaca dan suasana situasi sebenar.

© 2017 by MAPIM. Proudly created for www.tabungrohingya.com