5 Fakta Rohingya Yang Mengejutkan Anda

January 23, 2018

Fakta #1: Nama asal Arakan (Rakhine) ialah Rohang. Perkataan Rohingya bermaksud penduduk asal Rohang.

 

Komen: Jika tanya saya, ada apa pada nama? Ia adalah segala-galanya. Ada sebab kenapa nama Tanah Melayu ditukar kepada Malaysia.

 

Fakta #2: Undang-Undang Kerakyatan Burma yang dilaksanakan oleh kerajaan tentera pada tahun 1982 telah menafikan status kerakyatan Rohingya. Daripada 1.3 juta populasi, hanya lebih kurang 40,000 orang merupakan rakyat yang sah

 

Komen: Setiap perjanjian dan undang-undang mesti ada hitam putih. Mungkin ada sebab juga kenapa kontrak sosial kita tiada dokumen rasminya? Ingat, kuasa sebenar adalah pada tentera dan ekonomi, bukan politik.

 

Fakta #3: Sejak berpuluh tahun, ratusan ribu Rohingya hanya tinggal di kem-kem dalam keadaan yang sangat menderita. Mereka berhadapan krisis kurang nutrisi yang sangat kritikal dengan 45% tidak mempunyai sumber makanan yang tetap

 

Komen: Hak keperluan asas seperti makanan dan tempat tinggal yang dinafikan menjadikan mereka lebih teruk dilayan daripada haiwan

 

Fakta #4: Rohingya diiktiraf sebagai bangsa minoriti yang paling teruk ditindas dalam dunia moden hari ini

 

Komen: Walaupun keadaan ini telah diketahui oleh badan berautoriti dunia, pejuang hak asasi manusia dan pelbagai negara namun majoriti seolah tidak mampu berbuat apa-apa

 

Fakta #5: Pemimpin Myanmar Aung San Suu Kyi merupakan penerima Nobel Prize Keamanan Dunia tapi hakikatnya merupakan dalang yang menyokong penglibatan tentera menghapuskan Rohingya secara licik

 

Komen: Pengiktirafan Barat adalah atas pencapaian menjayakan agenda mereka, bukan rakyat setempat. Jangan pernah tertipu dengan topeng-topeng seperti ini yang dicipta untuk menipu seluruh dunia

 

Perlu difahami krisis ini adalah rantaian pembantaian Islam di seluruh dunia dan satu proses menghancurkan umat Islam secara keras dan konsisten. Bukan lagi sekadar isu kemanusiaan, tapi isu AQIDAH!

 

 

Muhammad Lukman Al Hakim

www.indahnyaislam.my

 

Please reload

Featured Posts

Myanmar Masih Nafi Pembersihan Kaum

March 13, 2018

1/10
Please reload

Recent Posts
Please reload

Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

Kami Bantu Anda Salur Sumbangan Secara Online!

TABUNG ROHINGYA

2124 5760 0213 72

Screen Shot 2019-10-11 at 10.40_edited.j

Bantuan Kecemasan Rohingya merupakan inisiatif Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dengan kerjasama  agensi antarabangsa serta NGO tempatan telah menggerakkan misi khas untuk menyalurkan bantuan kecemasan kepada pelarian Muslim Rohingya yang berada dalam keadaan sangat terdesak.

HUBUNGI KAMI

I

Wisma MAPIM Malaysia, No. 25 Jalan Puteri 2A/3, Bandar Puteri Bangi,

Bandar Bukit Mahkota, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia.

Screen Shot 2019-10-11 at 10.33.55 AM.pn

I

SUMBANGAN OFFLINE 

Sumbangan kepada projek-projek kemanusiaan MAPIM, tanpa melalui sistem online donation yang telah disediakan, tuan/puan bolehlah menyalin nombor akaun MayBank MAPIM seperti yang tertera di bawah:

Screen Shot 2019-10-11 at 10.40_edited.j
2124 5760 0213 72

Dengan kerjasama:

Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan pengalaman sebenar. Pengunjung dinasihatkan menyumbang dengan mengikuti arahan yang disediakan. Namun kami tidak bertanggungjawab jika sebarang masalah/komplikasi berlaku kepada penyumbang di atas projek, program dan bantuan berdasarkan faktor keselamatan, cuaca dan suasana situasi sebenar.

© 2017 by MAPIM. Proudly created for www.tabungrohingya.com