Pertahankan Maruah Islam

December 14, 2017

 

SELEPAS kejatuhan kerajaan Islam Uthmaniyah, tidak keterlaluan dikatakan umat Islam saban hari ditekan oleh musuh-musuh Islam.

 

Sudah menjadi rahsia umum, musuh-musuh Islam ini sering membuat perancangan untuk menekan umat Islam di seluruh dunia.

 

Manakan tidak, jika terjadi sebarang tindakan tidak berpe­rikemanusiaan seperti yang telah berlaku di Bosnia, tidak pula diambil tindakan dengan kadar segera.


Kini, kita boleh lihat apa yang sedang berlaku ke atas umat Islam Rohingya. Sudah terang lagi bersuluh, jika ada perkara buruk berlaku terhadap sekutu mereka, cepat sahaja tindakan diambil mereka.

 

Ambillah iktibar bagaimana penduduk Palestin yang menentang kekejaman Zionis dianggap sebagai pengganas manakala kekejaman Zionis dibiarkan bermaharajalela seolah-olah tiada sedikit pun kesalahan dilakukan mereka terhadap penduduk Palestin.

 

Inilah dikatakan sikap pilih bulu dilakukan Barat terutamanya Amerika Syarikat (AS). Meskipun bukan semua negara Barat menyokong namun disebabkan AS dianggap kuasa terkuat dunia pada masa ini, tentangan dikenakan terhadap negara tersebut tidak seberapa.

 

Lebih parah, perancangan licik musuh-musuh Islam ini amat ke­tara apabila berjaya memporak-perandakan situasi politik di negara-negara Arab.

 

Pada awalnya, mereka amat menyokong Arab Spring ko­nonnya sebagai kejayaan besar penduduk negara-negara Arab.Kini, Arab Spring juga yang telah dan sedang memecahbelahkan kekuatan negara-negara Asia Barat.

 

Lihat sahaja apa yang telah berlaku di Iraq, Libya, Yemen dan Syria. Negara-negara Arab sema­kin lama semakin lemah.Musuh-musuh Islam sengaja mengambil pendirian mencucuk jarum mereka dengan begitu halus dan terperinci agar umat Islam di negara-negara Asia Barat berpecah-belah sehingga kekuatan mereka tidak lagi digeruni.

 

Selain melalui slogan perang menentang pengganas di Syria, musuh-musuh Islam ini telah berjaya melemahkan kekuatan ekonomi negara-negara Arab yang kaya dengan hasil minyaknya.

 

Buktinya kedudukan kewangan negara-negara Islam seperti Arab Saudi dilihat tidak lagi sekuat sebagaimana dahulu ekoran harga minyak berada pada tahap rendah.Arab Spring, perang menentang pengganas dan harga minyak rendah telah melemahkan negara-negara Arab yang akhirnya menyebabkan musuh-musuh Islam ini berani mengambil tindakan lebih jauh lagi untuk menjatuhkan maruah umat Islam.Ini jelas dapat dilihat melalui usaha AS untuk menjadikan Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel yang tidak diiktiraf umat Islam dunia.

 

Beranikah AS untuk mengambil tindakan itu jika tidak kerana AS melihat negara-negara Islam semakin berpecah-belah dan semakin lemah?

 

Maruah umat Islam sengaja dipermainkan. Mengambil pendirian berbaik-baik dengan negara-negara Islam tetapi dari sudut lain mengambil tindakan menikam maruah umat Islam.

 

Jadi, tidak nampak lagikah betapa terperincinya perancangan mereka? Tidak sedar lagikah kita betapa mereka ini sentiasa berusaha untuk meranapkan kekuatan umat Islam?

 

Malang sekali, ada segelintir umat Islam termasuk di Malaysia begitu teruja dengan slogan musuh-musuh Islam ini.

 

Demokrasi, hak sama rata, pluralisme dan liberalisme menjadi slogan segelintir umat Islam di seluruh dunia termasuk Malaysia. Hak kebebasan bersuara tanpa batasan sehingga melanggar adab dan akhlak juga telah dibawa masuk ke dalam negara ini.

 

Golongan terbabit seolah-olah lebih barat daripada Barat, walhal mereka ini sebenarnya masih tidak sedar dengan perangkap dibuat musuh-musuh Islam.

 

Dengan adanya mereka, musuh-musuh Islam tidak perlu bekerja kuat untuk menghancurkan kekuatan umat Islam.

 

Tidak terbayang bagaimana mereka ini sanggup menjuarai ideologi dibawa musuh-musuh Islam yang terang-terangan tidak membawa sebarang manfaat kepada kehidupan umat Islam. Misalnya, amalan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dianggap sebagai hak asasi individu meskipun melanggar hukum Allah SWT.

 

Ulama Islam langsung tidak dihormati ekoran berasakan diri mereka lebih hebat dan berilmu. Melalui pandangan, penulisan dan tindakan mereka cukup menggambarkan betapa mereka terbabit mudah terpedaya dengan agenda musuh Islam yang kini boleh bergembira disebabkan kealpaan umat Islam.

 

Yakinlah, Malaysia antara negara Islam yang sentiasa diintai musuh Islam. Manakan tidak, umat Islam di negara ini cukup bertuah kerana bukan sahaja tidak mengalami nasib sebagaimana Muslim di Iraq, Syria dan Palestin tetapi juga dapat menjalani kehidupan hampir sempurna.

 

Namun, adakah setiap daripada kita ini bersyukur atas kurniaan-Nya? Rasa syukur ini perlu di­terjemahkan dengan mempertahankan maruah umat Islam pada setiap masa. Berfikir dan bertindak serta membuat keputusan demi kemaslahatan umat Islam.

 

Bukannya demi untuk kepentingan diri sendiri yang merosakkan kehidupan umat Islam lain.

Maruah umat Islam mudah diperkotak-katikkan. Tindakan AS mengiktiraf Baitulmuqqadis sebagai ibu negara baharu Israel adalah satu lagi tindakan menghina maruah umat Islam. Jadi, sedarlah wahai umat Islam Malaysia.

 

Bangkitlah dengan bersatu di bawah agama Islam dengan mempertahankan Baitulmuqqadis sebagai Tanah Suci yang ketiga martabatnya dalam Islam. Usah lagi bersengketa, berebut kuasa dan berpecah-belah walau sesaat sekalipun demi mempertahankan maruah agama dan umat Islam itu sendiri.




 

lemah?

Please reload

Featured Posts

Myanmar Masih Nafi Pembersihan Kaum

March 13, 2018

1/10
Please reload

Recent Posts
Please reload

Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

Kami Bantu Anda Salur Sumbangan Secara Online!

TABUNG ROHINGYA

2124 5760 0213 72

Screen Shot 2019-10-11 at 10.40_edited.j

Bantuan Kecemasan Rohingya merupakan inisiatif Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dengan kerjasama  agensi antarabangsa serta NGO tempatan telah menggerakkan misi khas untuk menyalurkan bantuan kecemasan kepada pelarian Muslim Rohingya yang berada dalam keadaan sangat terdesak.

HUBUNGI KAMI

I

Wisma MAPIM Malaysia, No. 25 Jalan Puteri 2A/3, Bandar Puteri Bangi,

Bandar Bukit Mahkota, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia.

Screen Shot 2019-10-11 at 10.33.55 AM.pn

I

SUMBANGAN OFFLINE 

Sumbangan kepada projek-projek kemanusiaan MAPIM, tanpa melalui sistem online donation yang telah disediakan, tuan/puan bolehlah menyalin nombor akaun MayBank MAPIM seperti yang tertera di bawah:

Screen Shot 2019-10-11 at 10.40_edited.j
2124 5760 0213 72

Dengan kerjasama:

Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan pengalaman sebenar. Pengunjung dinasihatkan menyumbang dengan mengikuti arahan yang disediakan. Namun kami tidak bertanggungjawab jika sebarang masalah/komplikasi berlaku kepada penyumbang di atas projek, program dan bantuan berdasarkan faktor keselamatan, cuaca dan suasana situasi sebenar.

© 2017 by MAPIM. Proudly created for www.tabungrohingya.com