Boikot Myanmar Jika Terus Bunuh Rohingya

September 5, 2017

 

Kenyataan Media MAPIM

31 Ogos 2017

 

BOIKOT MYANMAR JIKA TERUS MEMBUNUH ROHINGYA

 

MAPIM menggesa semua pihak di Malaysia; kerajaan, swasta, ngo, media dan insitusi agar memboikot Myanmar dalam semua urusan jika pemerintah negara itu terus menzalimi dan membunuh warga Rohingya.

 

Apa yang sedang dilakukan sekarang sama sekali tidak boleh dikompromi lagi.

 

Serangan dengan senjata berat: roket, helikopter pejuang, bom adalah tindakan genocide dan merupakan jenayah kemanusiaan.

 

Malah kerajaan dan tentera Myanmar telah membekal senjata dan latihan kepada golongan esktrimis Rakhine. Kini seluruh kekuatan diguna untuk menghapus etnik Rohingya.

 

Myanmar sehingga kini tidak mempedulikan sebarang desakan dan resolusi badan antarabangsa seperti PBB, OIC dan Asean. 

 

Malah ia sudah muktamad untuk menghapuskan kehadhiran etnik Rohingya secara brutal.

 

Penindasan yang selama ini dikenakan ke atas warga Rohingya adalah paling kejam menurut PBB.

 

Aung San Suu Kyi yang dianggap pejuang demokrasi dan hak manusia ternyata kini menjadi pendokong kuat kezaliman militari Myanmar.

 

 

Kini jutaan Rohingya yang menjadi mangsa dibunuh, diusir dinafikan hak, dirampas harta, diperlakukan lebih buruk dari haiwan, dibatalkan kewarganegaraan, dinafikan seluruh hak hidup dan sejarah kewujudan.

 

Etnik Rohingya sudah sengsara  lebih 70 tahun. Apakah lagi kezaliman yang belum dirasai oleh etnik Rohingya.

 

Kini Myanmar cuba mengguna kesempatan untuk menarik perdagangan dari  luar setelah mengalami sekatan ekonomi antarabangsa kerana pemerintahan tentera.

 

Myanmar mendapat manfaat dengan penyertaan dalam Asean sejak 1991.

 

Kami berpendapat Myanmar tidak akan tunduk kepada desakan mana-mana pihak luar.

 

Oleh kerana itu seluruh komuniti antarabangsa tidak boleh  kompromi lagi dengan kezaliman yang sangat keterlaluan. 

 

Jika genocide di Kemboja oleh Pol Pot pada 1975 tidak dapat diterima, kenapa genocide di Myanmar boleh dikompromi.

 

Boikot terhadap Myanmar adalah satu senjata sivil yang perlu dilakukan bila semua usha diplomatik dan undang-undang antarabangsa gagal menyekat kezaliman Myanmar.

 

Mohd Azmi Abdul Hamid

Presiden MAPIM

Tabung Rohingya

 

 

 

Please reload

Featured Posts

Myanmar Masih Nafi Pembersihan Kaum

March 13, 2018

1/10
Please reload

Recent Posts
Please reload

Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

Kami Bantu Anda Salur Sumbangan Secara Online!

TABUNG ROHINGYA

2124 5760 0213 72

Screen Shot 2019-10-11 at 10.40_edited.j

Bantuan Kecemasan Rohingya merupakan inisiatif Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dengan kerjasama  agensi antarabangsa serta NGO tempatan telah menggerakkan misi khas untuk menyalurkan bantuan kecemasan kepada pelarian Muslim Rohingya yang berada dalam keadaan sangat terdesak.

HUBUNGI KAMI

I

Wisma MAPIM Malaysia, No. 25 Jalan Puteri 2A/3, Bandar Puteri Bangi,

Bandar Bukit Mahkota, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia.

Screen Shot 2019-10-11 at 10.33.55 AM.pn

I

SUMBANGAN OFFLINE 

Sumbangan kepada projek-projek kemanusiaan MAPIM, tanpa melalui sistem online donation yang telah disediakan, tuan/puan bolehlah menyalin nombor akaun MayBank MAPIM seperti yang tertera di bawah:

Screen Shot 2019-10-11 at 10.40_edited.j
2124 5760 0213 72

Dengan kerjasama:

Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan pengalaman sebenar. Pengunjung dinasihatkan menyumbang dengan mengikuti arahan yang disediakan. Namun kami tidak bertanggungjawab jika sebarang masalah/komplikasi berlaku kepada penyumbang di atas projek, program dan bantuan berdasarkan faktor keselamatan, cuaca dan suasana situasi sebenar.

© 2017 by MAPIM. Proudly created for www.tabungrohingya.com