MAPIM Terus Jelajah Ramadhan Kumpul Dana Kemanusiaan

June 4, 2017

Imarah Ramadhan 1438H, MAPIM Jelajah Negeri Sembilan Kumpul Sumbangan

 

Sepanjang bulan Ramadan ini, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) Cawangan Negeri Sembilan menganjurkan program Jelajah Imarah Ramadan yang melibatkan hampir 50 masjid, surau dan institusi pendidikan sekitar negeri ini.

 

Penyelaras MAPIM Cawangan Negeri Sembilan, Mohd Fuad Othman berkata, program serampang dua mata itu diadakan bagi mengumpul dana untuk tabung kemanusiaan Palestin, Rohingya dan Syria, di samping mengetengahkan isu kemanusiaan yang menimpa umat Islam belakangan ini.

 

Menurutnya, ia juga sebagai platform untuk Mapim memberikan pencerahan tentang situasi sebenar yang berlaku di negara yang sedang bergolak itu dan memaklumkan segala bentuk kerja buat yang sedang dilakukan oleh pihak MAPIM dalam usaha membantu mereka semua.

 

"Selain itu, ia juga bertujuan menyuntik semangat berkasih sayang dan mengambil berat di antara sesama umat Islam tidak kira di mana sahaja berada. Secara umumnya, program ini telah dilaksanakan dua tahun berturut-turut dan ia memberi impak positif. Justeru itu, ia diteruskan pada tahun ini dan Insya-Allah pada masa-masa yang akan datang”.

 

"Syukur kepada Allah, masyarakat di Negeri Sembilan menyambut baik program seumpama ini dan memberi sokongan yang padu kepada usaha yang dijalankan oleh Mapim. Jelajah Imarah Ramadan kali ini turut melibatkan seramai 8 imam dari Palestin dan Syria yang ditugaskan untuk mengimamkan solat Isyak dan tarawih, kemudian disusuli dengan tazkirah ringkas serta kempen penerangan dan kesedaran”, ujar Mohd Fuad lagi.

 

Sehingga kini, sekitar 50 masjid, surau dan institusi pendidikan di sekitar Negeri Sembilan telah menyatakan persetujuan untuk terlibat dalam program ini dan MAPIM telah mulai turun sejak 2 Ramadhan yang lalu dan dijangka tamat 2 hari sebelum hari raya Aidilfitri. Oleh itu, orang ramai dijemput mengimarahkan masjid dan surau-surau yang berdekatan dan maklumat berkaitannya boleh didapati di laman sesawang www.mapim.org atau Facebook MAPIM NS.

 

Pihak MAPIM juga bersedia untuk mengisi program pada siang hari bulan Ramadan dan menawarkan kepada mana-mana institusi seperti badan kerajaan dan swasta yang berminat untuk mendapatkan penerangan dan menghulurkan sumbangan kepada Palestin, Syria dan Rohingya. Selain itu pihak MAPIM juga melancarkan rayuan bantuan wakaf bagi merealisasikan pembelian Madrasah Rohingya di Taman Jujur, Sikamat.

 

Para dermawan dan orang ramai yang ingin menyumbang dana dan bantuan boleh disalurkan melalui akaun Baitul Ummah, Maybank 5551-2651-8993 atau menghubungi wakil Mapim di talian 019-3941353. 

 

Disediakan oleh,

Unit Media MAPIM

Negeri Sembilan.

 

Please reload

Featured Posts

Myanmar Masih Nafi Pembersihan Kaum

March 13, 2018

1/10
Please reload

Recent Posts
Please reload

Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

Kami Bantu Anda Salur Sumbangan Secara Online!

TABUNG ROHINGYA

2124 5760 0213 72

Screen Shot 2019-10-11 at 10.40_edited.j

Bantuan Kecemasan Rohingya merupakan inisiatif Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dengan kerjasama  agensi antarabangsa serta NGO tempatan telah menggerakkan misi khas untuk menyalurkan bantuan kecemasan kepada pelarian Muslim Rohingya yang berada dalam keadaan sangat terdesak.

HUBUNGI KAMI

I

Wisma MAPIM Malaysia, No. 25 Jalan Puteri 2A/3, Bandar Puteri Bangi,

Bandar Bukit Mahkota, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia.

Screen Shot 2019-10-11 at 10.33.55 AM.pn

I

SUMBANGAN OFFLINE 

Sumbangan kepada projek-projek kemanusiaan MAPIM, tanpa melalui sistem online donation yang telah disediakan, tuan/puan bolehlah menyalin nombor akaun MayBank MAPIM seperti yang tertera di bawah:

Screen Shot 2019-10-11 at 10.40_edited.j
2124 5760 0213 72

Dengan kerjasama:

Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan pengalaman sebenar. Pengunjung dinasihatkan menyumbang dengan mengikuti arahan yang disediakan. Namun kami tidak bertanggungjawab jika sebarang masalah/komplikasi berlaku kepada penyumbang di atas projek, program dan bantuan berdasarkan faktor keselamatan, cuaca dan suasana situasi sebenar.

© 2017 by MAPIM. Proudly created for www.tabungrohingya.com