MAPIM - SALIMAH - BLESS Lancar Kempen Qaryah Bebas Rokok

 

 

Kenyataan Media 

11 Mei 2017

 

 

MAPIM - SALIMAH - BLESS LANCAR KEMPEN QARYAH BEBAS ROKOK

 

 

Sebagai lanjutan dari penubuhan Jawantankuasa Khas Sekretariat Benteras Rokok (SEBAR), MAPIM ,SALIMAH dan gabungan beberapa NGO yang lain melancarkan pendaftaran Qaryah untuk terlibat dalam kempen basmi rokok.

 

 

Setakat ini Ngo yang bergabung untuk menjayakan kempen ini ialah MAPIM, Salimah, Pertubuhan Kebajikan Insan Penyayang Malysia (KPIPM), Bless, Unggas, LKPI Flat Harmoni Sg.Petani, TERAS dan Persatuan Pengguna Pulau Pinang, Masjid Andalusia Sg. Petani, Sekolah Agama Daris Sg.Petani.

 

 

Sebagai suatu usaha yang akan menumpu kepada komuniti qaryah, sekretariat ini akan menggerakkan anak qaryah untuk bersama dalam usaha membasmi rokok di kawasan qaryah masing-masing.

 

 

Pendekatan ini akan membina pengelaman setiap Qaryah untuk menjadi model Qaryah Tanpa Rokok untuk dikongsikan dengan qaryah yang lain.

 

 

Kami berpendapat Fatwa Merokok Haram yang telah dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 1995 dan Majlis Fatwa Kedah pada 1996 sepatutnya dihayati oleh setiap Qaryah sebagai suatu panduan syariah yang boleh menyelamatkan anak qaryah dari kemudharatan akibat gejala merokok. Kami percaya bahawa berpegang teguh kepada panduan agama adalah satu-satunya cara untuk membenteras budaya negatif yang merosakkan masyarakat.

 

 

Jika tabiat merokok dapat dibasmi dari masyarakat kami percaya setiap qaryah di negara ini akan menjadi aset besar kepada umat untuk melahirkan masyarakat yang sejahtera. Sudah sampai masanya umat Islam di negara ini berperanan untuk membangun masyarakat bebas dari budaya yang negatif bukan sahaja untuk generasi masakini malah generasi mendatang.

 

 

Setiap Qaryah yang mendaftar akan dijemput untuk turut terlibat dalam pelbagai aktiviti pendidikan kesedaran membasmi rokok dikalangan masyarakat. Ahli Jawatankuasa Masjid di qaryah akan turut dilibatkan kerana masjid adalah sebuah institusi penting untuk membangun masyarakat yang baik.

 

 

Pihak sekretariat akan  mendekati setiap masjid agar mendaftarkan diri dan terlibat aktif  dalam kempen basmi rokok dan usha melengkapkan aktivis di qaryah untuk menjadikan qaryah mereka bebas dari merokok melalui siri latihan dan bengkel akan dilaksanakan.

 

 

Kami percaya dengan memanfaat masjid sebagai tapak mengerakkan kempen ini, ia boleh menyampaikan mesej secara lebih meluas dan berkesan. Anak qaryah yang menjadikan masjid sebagai paksi untuk membentuk budaya hidup yang sihat dalam masyarakat pasti dapat menanam kesedaran yang lebih mendalam dan berkekalan.

 

 

Antara aktiviti yang akan digerakkan diperingkat qaryah ialah :

 

 

1. Khutbah Jumaat mengenai Rokok dan Kemudharatannya.

 

 

2. Sembang Anak Muda Hidup Sihat Tanpa Rokok.

 

 

3. Perhimpunan Kaum Ibu "Rokok Membinasakan Keluarga"

 

 

4. Kumpul tandatangan Qaryah Bebas dari Rokok.

 

 

5. Program Menyemai Rokok itu Bahaya peringkat kanak-kanak pra sekolah.

 

 

6. Peresmian Qaryah Tanpa Rokok.

 

 

7. Mengedar Risalah "Rokok Membazir, Pembaziran adalah Ikhwan Syaitan" 

 

 

8. Siri Penerangan Fakta Mengenai Rokok di surau-surau Qaryah.

 

 

9. Edaran sticker setiap Rumah "Selamat Datang Ke Rumah Kami Tanpa Rokok" 

 

 

 

MOHD AZMI ABDUL HAMID
Presiden MAPIM



 

Please reload

Featured Posts

Myanmar Masih Nafi Pembersihan Kaum

March 13, 2018

1/10
Please reload

Recent Posts
Please reload

Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

Kami Bantu Anda Salur Sumbangan Secara Online!

TABUNG ROHINGYA

2124 5760 0213 72

Screen Shot 2019-10-11 at 10.40_edited.j

Bantuan Kecemasan Rohingya merupakan inisiatif Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dengan kerjasama  agensi antarabangsa serta NGO tempatan telah menggerakkan misi khas untuk menyalurkan bantuan kecemasan kepada pelarian Muslim Rohingya yang berada dalam keadaan sangat terdesak.

HUBUNGI KAMI

I

Wisma MAPIM Malaysia, No. 25 Jalan Puteri 2A/3, Bandar Puteri Bangi,

Bandar Bukit Mahkota, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia.

Screen Shot 2019-10-11 at 10.33.55 AM.pn

I

SUMBANGAN OFFLINE 

Sumbangan kepada projek-projek kemanusiaan MAPIM, tanpa melalui sistem online donation yang telah disediakan, tuan/puan bolehlah menyalin nombor akaun MayBank MAPIM seperti yang tertera di bawah:

Screen Shot 2019-10-11 at 10.40_edited.j
2124 5760 0213 72

Dengan kerjasama:

Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan pengalaman sebenar. Pengunjung dinasihatkan menyumbang dengan mengikuti arahan yang disediakan. Namun kami tidak bertanggungjawab jika sebarang masalah/komplikasi berlaku kepada penyumbang di atas projek, program dan bantuan berdasarkan faktor keselamatan, cuaca dan suasana situasi sebenar.

© 2017 by MAPIM. Proudly created for www.tabungrohingya.com