MAPIM Kehilangan Seorang Relawan Yang Banyak Berjasa

March 21, 2017

 

"FHAZIN YANG KU KENAL"

 

Erti persahabatan amat unik bagi mereka yang memahami makna bersahabat. Sehinggalah seseorang bermusafir yang kerap dengannya barulah pengertian sahabat terserlah. 

 

Itupun belum lengkap sehingga kita tahu dan kenal watak dan sikapnya bila kita perlu kepada pertolongannya.

 

"Cikgu rehat saja dibelakang.. ini bantal untuk Cikgu.. berehat dan tidur.. saya tahu Cikgu sangat penat berfikir untuk kerja umat. Biar saya memandu agar kerja Cikgu dapat dilaksanakan dengan sempurna", kata beliau pada malam terakhir aku bersamanya. 

 

Rupanya itulah kata terakhir buat aku dari Fhazin.

 

Beliau rupanya menyelami dan menghayati kerjaku. Kerap beliau melontar cerita hidupnya sebelum membantu aku sebagai pengiring.

 

"Kerja MAPIM ini besar Cikgu.. dulu saya tidak pernah merasai bekerja untuk umat melainkan untuk individu tertentu saja.. kini bila bersama Cikgu saya memahami erti sebenar berkhidmat untuk umat", Fhazin berceloteh dengan aku pada satu ketika dari Shah Alam ke Sungai Petani.

 

Aku teringat beliau sering mengeringi aku dalam demonstrasi di depan kedutaan Amerika Syarikat. Bagaikan seorang bodyguard beliau memastikan aku tidak dihimpit orang lain. Kelihatan beliau turut merasai perjuangan aku sama dengan fikirannya.

 

Fhazin tidak pernah mengeluh.

 

Beliau tidak pernah mengata tidak kepada apa saja yang aku minta untuk dilaksanakan. Walaupun aku lihat beliau memang keletihan.

 

"Takpe Cikgu.. tugas saya menjaga Cikgu.. Cikgu jangan risau.. saya akan laksanakan arahan Cikgu", katanya ketika aku meminta beliau uruskan menghantar buku aku yang tertinggal untuk rujukan aku dalam suatu kuliah.

 

Aku berbual dengannya dalam kereta setiap kali bermusafir dengannya. Beliau ceria dan sangat suka berkelakar dengan aku. 

 

Ketika berbicara soal memanfaatkan setiap orang dalam kerja dakwah, beliau pernah mengakui kepada aku beliau tak mengerti berceramah seperti aku tapi jika disuruh buat kerja beliau siap.

 

"Fhazin," aku berkata "apa saja yang kita bersungut mengenai kawan-kawan kita, mereka itulah yang ada pun.. kita manfaatkan saja". Beliau ketawa bila mengenangkan ada yang cepat terlena dalam mesyuarat.

 

"Saya kesian orang yang mengejar harta dan pangkat siang malam tapi tak pernah puas", katanya bila kami pernah berbual mengenai erti hidup. "Ada orang susah kah, orang tak makan kah, orang dizalimi kah.. dia tak ambil peduli", sambungnya. 

 

Beliau sangat sensitif dengan mereka yang dhaif. Erti kesusahan bagi beliau bukan hanya untuk dibicara tapi untuk dirasai.

 

"Cikgu.. boleh tak setiap minggu kita cari orang susah dan kita bantu... beras, susu , minyak masak... biar saya cari dana.. kita ziarah mereka." katanya.. aku terlihat matanya  berair.

 

Fhazin tidak pernah meninggalkan solat dhuha. Setiap kali bermusafir  beliau minta izin dari aku untuk berhenti dan beliau mahu solat dhuha. Setiapkali sujud terakhir, aku perhatikan sujudnya agak lama.

 

Rupanya ketekunannya dengan solat dhuha itulah menyebabkan Allah memberi keistimewaan kepadanya. Beliau menghembus nafas terakhir dalam keadaan bersujud ketika solat dhuha pagi 20 Mac 2017 di rumahnya.

 

"Apa doa Fhazin setiapkali solat dhuha?" tanya aku kepada beliau. 

 

"Agar saya dapat bersama dalam perjuangan Cikgu... biar akhir hayat saya ditutup dengan jawapan 'aku telah berbuat Ya Allah' ". 

 

Aku terdiam lama.

 

"Saya beritahu kawan kawan yang beria ia mahu mengusahakan Cikgu diberi gelaran Datuk.. tapi saya kata kepada mereka.. jangan buang masa.. dia takkan terima", sambungnya. 

 

Rupanya beliau menjiwai pegangan aku bahawa aku tidak mahu apa apa gelaran melainkan digelar Cikgu.

 

"Sebabnya" kataku "gelaran CIKGU paling mulia disisiku sebab ia lambang menghormati ilmu, bukan pangkat, bukan harta", jawapan aku kepada beliau.

 

Fhazin akan aku kenang sebagai sahabat yang istimewa. Sukar untuk aku terima beliau pergi begitu mengejutkan. Hanya berpisah dalam waktu yang seketika sesudah menghantar aku ke rumahku di Merbok. Besoknya aku menerima khabar Fhazin sudah pergi.

 

Sahabatku Fazhin... engkau pergi sebagai insan yang mulia. Moga setiap amalmu diterima Allah. Aku akan menyusul bila sampai masanya. Moga engkau aman dan damai disisi para solehin.

 

Sahabatmu 

Cikgu Azmi

Please reload

Featured Posts

Myanmar Masih Nafi Pembersihan Kaum

March 13, 2018

1/10
Please reload

Recent Posts
Please reload

Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

Kami Bantu Anda Salur Sumbangan Secara Online!

TABUNG ROHINGYA

2124 5760 0213 72

Screen Shot 2019-10-11 at 10.40_edited.j

Bantuan Kecemasan Rohingya merupakan inisiatif Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dengan kerjasama  agensi antarabangsa serta NGO tempatan telah menggerakkan misi khas untuk menyalurkan bantuan kecemasan kepada pelarian Muslim Rohingya yang berada dalam keadaan sangat terdesak.

HUBUNGI KAMI

I

Wisma MAPIM Malaysia, No. 25 Jalan Puteri 2A/3, Bandar Puteri Bangi,

Bandar Bukit Mahkota, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia.

Screen Shot 2019-10-11 at 10.33.55 AM.pn

I

SUMBANGAN OFFLINE 

Sumbangan kepada projek-projek kemanusiaan MAPIM, tanpa melalui sistem online donation yang telah disediakan, tuan/puan bolehlah menyalin nombor akaun MayBank MAPIM seperti yang tertera di bawah:

Screen Shot 2019-10-11 at 10.40_edited.j
2124 5760 0213 72

Dengan kerjasama:

Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan pengalaman sebenar. Pengunjung dinasihatkan menyumbang dengan mengikuti arahan yang disediakan. Namun kami tidak bertanggungjawab jika sebarang masalah/komplikasi berlaku kepada penyumbang di atas projek, program dan bantuan berdasarkan faktor keselamatan, cuaca dan suasana situasi sebenar.

© 2017 by MAPIM. Proudly created for www.tabungrohingya.com