FFfM Tubuh Sekretariat Kukuh Misi Kemanusiaan

March 20, 2017

 

SHAH ALAM: Persidangan Pasca Food Flotilla for Myanmar (FFFM) hari ini sebulat suara menubuhkan Sekretariat Khas Kemanusiaan NGO Malaysia dan Antarabangsa (MAINS).

 

Sekretariat itu bagi memperkukuhkan misi kemanusiaan yang menggabungkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Malaysia, luar negara dan agensi antarabangsa.

 

Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, objektif penubuhan sekretariat itu bagi menyelaraskan dan menggembleng tenaga untuk melaksanakan gerak kerja kemanusiaan di pelbagai lokasi, sama ada bencana alam mahupun kawasan konflik.

 

"Kami mahu MAINS jadi sekretariat yang membina rangkaian penggerak serantau dan antarabangsa dan memohon kerajaan menyokong supaya kami boleh mengangkat usaha ini ke peringkat lebih tinggi, contohnya Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNHCR)," katanya yang bertindak sebagai Pengerusi Penaja bagi MAINS.

 

Mohd Azmi berkata, sekretariat itu juga berperanan menjalankan kempen mencari jalan penyelesaian dan perdamaian di negara bergolak, bukan sekadar menghantar bantuan semata-mata.

 

Beliau berkata, 27 agensi hadir ke persidangan itu termasuk lima dari luar negara iaitu Perancis, Kemboja, Indonesia, Singapura dan Thailand yang bersetuju menganggotai MAINS.

 

"Program pertama kami, Misi Ramadan pada Jun depan ke empat negara iaitu Gaza, Syria, Myanmar dan Somalia membabitkan dana RM10 juta. Kami sedang menguruskan persiapan dari sekarang.

 

"Sekretariat ini akan kaji keutamaan keperluan, contohnya khemah dan makanan bagi Syria, ubatan bagi Gaza, makanan untuk Myanmar dan Somalia," katanya.

 

Selain itu, katanya, FFFM juga akan mengenal pasti rakan organisasi tempatan di negara berkenaan untuk menerima sumbangan dan membuat agihan kepada kawasan sasaran.

 

Sementara itu, beliau turut mengumumkan 18 Deklarasi FFFM 2017 diluluskan, antaranya menggesa kerajaan Bangladesh memberi laluan kepada agensi kemanusiaan untuk masuk ke kem pelarian bagi memastikan agihan bantuan lancar dan teratur.

 

"Kami juga mendesak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menekan Myanmar dalam menangani isu kerakyatan Rohingya yang dinafikan sejak 1982.

 

Pada masa sama, agensi kemanusiaan seharusnya memulakan projek ekonomi di Bangladesh dan Myanmar agar pelarian dapat menampung keperluan asas mereka, seperti pertanian dan ternakan.

 

 

 

Please reload

Featured Posts

Myanmar Masih Nafi Pembersihan Kaum

March 13, 2018

1/10
Please reload

Recent Posts
Please reload

Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

Kami Bantu Anda Salur Sumbangan Secara Online!

TABUNG ROHINGYA

2124 5760 0213 72

Screen Shot 2019-10-11 at 10.40_edited.j

Bantuan Kecemasan Rohingya merupakan inisiatif Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dengan kerjasama  agensi antarabangsa serta NGO tempatan telah menggerakkan misi khas untuk menyalurkan bantuan kecemasan kepada pelarian Muslim Rohingya yang berada dalam keadaan sangat terdesak.

HUBUNGI KAMI

I

Wisma MAPIM Malaysia, No. 25 Jalan Puteri 2A/3, Bandar Puteri Bangi,

Bandar Bukit Mahkota, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia.

Screen Shot 2019-10-11 at 10.33.55 AM.pn

I

SUMBANGAN OFFLINE 

Sumbangan kepada projek-projek kemanusiaan MAPIM, tanpa melalui sistem online donation yang telah disediakan, tuan/puan bolehlah menyalin nombor akaun MayBank MAPIM seperti yang tertera di bawah:

Screen Shot 2019-10-11 at 10.40_edited.j
2124 5760 0213 72

Dengan kerjasama:

Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan pengalaman sebenar. Pengunjung dinasihatkan menyumbang dengan mengikuti arahan yang disediakan. Namun kami tidak bertanggungjawab jika sebarang masalah/komplikasi berlaku kepada penyumbang di atas projek, program dan bantuan berdasarkan faktor keselamatan, cuaca dan suasana situasi sebenar.

© 2017 by MAPIM. Proudly created for www.tabungrohingya.com