Duta Malaysia Saksi Penyerahan Bantuan Flotilla di Myanmar

March 17, 2017

DUTA Malaysia ke Myanmar Mohd Haniff Abd Rahman ke Kampung Kyee Kan Pyin, Thu Oo Lar dan Kampung Hla Pho Khaung untuk menyaksikan penyerahan barangan Food Flotilla For Myanmar di daerah Maungdaw. Duta Malaysia ke Myanmar, Mohd Haniff Abdul Rahman semalam memasuki Maungdaw bagi menyaksikan sendiri penyerahan bantuan kemanusiaan kepada pelarian etnik Rohingya di Myanmar.

 

Beliau menyertai delegasi aktivis Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) memasuki wilayah Rakhine bagi pemantauan pengagihan 500 tan bantuan kemanusiaan yang sebelum ini disalurkan kapal Nautical Aliya menerusi misi kemanusiaan Food Flotila For Myanmar (FFFM) bulan lalu.

 

Delegasi KP1M diketuai Datuk Razali Ramli merangkap Ketua Penerangan KP1M, memasuki Sittwe yang juga ibu kota Rakhine sejak Isnin lalu disertai Mohd Hanif yang kemudiannya memasuki Maungdaw semalam.

 

Razali berkata, pihaknya melawat kem pelarian etnik Rohingya di Thet Kay Pyin dan Shwe Yoe Kha selain kampung Dar Paing dan Tae Chang di Sittwe yang menempatkan lebih 5,000 keluarga. Manakala Mohd Haniff menyaksikan pengagihan bantuan di kampung Kyee Kan Pyin, Thu Oo Lar dan Hla Pho Kaung di Maungdaw.

 

“KP1M berpuas hati dengan penyerahan barangan Food Flotilla For Myanmar di semua kawasan terbabit dan ia membuktikan bahawa semua sumbangan menerusi misi itu sampai kepada penerima,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

 

Delegasi turut disertai Setiausaha Agung KP1M, Abdul Khalid Chairul bersama wakil media yang membuat liputan misi susulan flotila itu yang dipecahkan kepada dua kumpulan di Sittwe dan Maungdaw.

 

Nautical Aliya yang juga kapal misi kemanusiaan anjuran KP1M dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) belayar dari Pelabuhan Klang 3 Februari lalu ke Yangon (Myanmar) dan Chittagong (Bangladesh) untuk menyampaikan 2,300 tan makanan dan ubat-ubatan kepada pelarian Rohingya terjejas.

 

Misi kemanusiaan yang disertai 183 aktivis dan sukarelawan lebih 30 badan bukan kerajaan (NGO) dari 12 negara itu menamatkan 20 hari pelayarannya selepas berjaya menyalurkan bantuan kepada pelarian Rohingya selepas menempuh pelbagai cabaran, antaranya tidak dibenarkan berlabuh di Teknaf, Bangladesh.

 

Razali memaklumkan KP1M terus komited untuk bekerjasama dengan semua pihak untuk menjalankan program kemanusiaan di wilayah Rakhine, khususnya di Maungdaw yang terletak di utara Rakhine.

 

“Hasrat kita untuk membantu ummah yang dihimpit kedaifan kerana kehidupan yang terlalu susah serta kekangan mendapatkan kemudahan pendidikan dan pembangunan ekonomi seperti dilaporkan media sejak krisis tercetus pada 2012,” katanya.

 

Please reload

Featured Posts

Myanmar Masih Nafi Pembersihan Kaum

March 13, 2018

1/10
Please reload

Recent Posts
Please reload

Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

Kami Bantu Anda Salur Sumbangan Secara Online!

TABUNG ROHINGYA

2124 5760 0213 72

Screen Shot 2019-10-11 at 10.40_edited.j

Bantuan Kecemasan Rohingya merupakan inisiatif Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dengan kerjasama  agensi antarabangsa serta NGO tempatan telah menggerakkan misi khas untuk menyalurkan bantuan kecemasan kepada pelarian Muslim Rohingya yang berada dalam keadaan sangat terdesak.

HUBUNGI KAMI

I

Wisma MAPIM Malaysia, No. 25 Jalan Puteri 2A/3, Bandar Puteri Bangi,

Bandar Bukit Mahkota, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia.

Screen Shot 2019-10-11 at 10.33.55 AM.pn

I

SUMBANGAN OFFLINE 

Sumbangan kepada projek-projek kemanusiaan MAPIM, tanpa melalui sistem online donation yang telah disediakan, tuan/puan bolehlah menyalin nombor akaun MayBank MAPIM seperti yang tertera di bawah:

Screen Shot 2019-10-11 at 10.40_edited.j
2124 5760 0213 72

Dengan kerjasama:

Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan pengalaman sebenar. Pengunjung dinasihatkan menyumbang dengan mengikuti arahan yang disediakan. Namun kami tidak bertanggungjawab jika sebarang masalah/komplikasi berlaku kepada penyumbang di atas projek, program dan bantuan berdasarkan faktor keselamatan, cuaca dan suasana situasi sebenar.

© 2017 by MAPIM. Proudly created for www.tabungrohingya.com