Perjalanan Penuh Emosi

February 17, 2017

COX'S BAZAR 16 Feb. - Perjalanan 25 sukarelawan Food Flotilla for Myanmar termasuk ketua misi, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim ke tiga kem pelarian di Bangladesh iaitu Kem Kutupalong, Kem Balukhali dan Kem Leda di Teknaf ternyata sebuah perjalanan yang penuh emosi.

 

Melihat saudara seagama etnik Rohingya yang seramai lebih 100,000 di ketiga-tiga kem itu terutama kanak-kanak dan wanita yang mengalirkan air mata menadah tangan meminta makanan, suasana itu ternyata terlalu menyedihkan mata yang memandang.

 

Kem ini menjadi simbol ke­sengsaraan hidup sekumpulan umat Islam dalam era moden.

 

Kanak-kanak di ketiga-tiga kem ini ada yang dalam keadaan bogel, menanti kedatangan para sukarelawan dengan sabar dan sudah pasti mereka menunggu buah tangan daripada kami.

 

Makanan ringan seperti gula-gula lolipop dan biskut seolah-olah satu makanan mewah untuk mereka, malah ia sudah mampu membuatkan mereka tersenyum gembira.

 

Keadaan di ketiga-tiga kem itu tidak terurus, hanya terdapat bekalan air dari telaga air untuk etnik Rohingya mengalas perut.

 

Bekalan makanan pula dicatu di setiap kem yang mana untuk satu keluarga, Pertubuhan Antarabangsa untuk Migrasi (IOM) membekalkan kira-kira 25 kilogram beras untuk mereka.

 

Tetapi bayangkan jika setiap keluarga mempunyai lebih daripada 10 ahli, 25 kilogram beras hanya mampu bertahan kurang dari sebulan.

 

Etnik Rohingya terlalu daif, mereka memerlukan bantuan dari seluruh dunia terutama dunia Islam bagi mengiktiraf kewujudan mereka.

 

Myanmar perlu memulangkan hak kewarganegaraan bagi setiap etnik Rohingya bagi memastikan mereka mampu menikmati kehidupan sebagai seorang manusia dengan lebih bermakna dan terurus.

 

 

Please reload

Featured Posts

Myanmar Masih Nafi Pembersihan Kaum

March 13, 2018

1/10
Please reload

Recent Posts
Please reload

Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

Kami Bantu Anda Salur Sumbangan Secara Online!

TABUNG ROHINGYA

2124 5760 0213 72

Screen Shot 2019-10-11 at 10.40_edited.j

Bantuan Kecemasan Rohingya merupakan inisiatif Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dengan kerjasama  agensi antarabangsa serta NGO tempatan telah menggerakkan misi khas untuk menyalurkan bantuan kecemasan kepada pelarian Muslim Rohingya yang berada dalam keadaan sangat terdesak.

HUBUNGI KAMI

I

Wisma MAPIM Malaysia, No. 25 Jalan Puteri 2A/3, Bandar Puteri Bangi,

Bandar Bukit Mahkota, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia.

Screen Shot 2019-10-11 at 10.33.55 AM.pn

I

SUMBANGAN OFFLINE 

Sumbangan kepada projek-projek kemanusiaan MAPIM, tanpa melalui sistem online donation yang telah disediakan, tuan/puan bolehlah menyalin nombor akaun MayBank MAPIM seperti yang tertera di bawah:

Screen Shot 2019-10-11 at 10.40_edited.j
2124 5760 0213 72

Dengan kerjasama:

Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan pengalaman sebenar. Pengunjung dinasihatkan menyumbang dengan mengikuti arahan yang disediakan. Namun kami tidak bertanggungjawab jika sebarang masalah/komplikasi berlaku kepada penyumbang di atas projek, program dan bantuan berdasarkan faktor keselamatan, cuaca dan suasana situasi sebenar.

© 2017 by MAPIM. Proudly created for www.tabungrohingya.com