Kerajaan Bangladesh Jaga Keselamatan Nautical Aliya

February 14, 2017

TELUK BENGAL 13 Feb. - Kerajaan Bangladesh memberi jaminan untuk mengawal keselamatan kapal Nautical Aliya yang berada di perairan Cox Bazar, Bangladesh.

 

Komander Kapal Tentera Laut Bangladesh F28, Kapten Muhammad Nizamul Haq berkata, sejak Nautical Aliya memasuki perairan Bangladesh pada pukul 4 pagi hari ini (waktu Malaysia), dua kapal tentera laut dan dua kapal peronda pantai Bangladesh mengiringi Nautical Aliya sehingga ke Cox Bazar.

 

“Tentera Laut Bangladesh memberi jaminan keselamatan kepada Nautical Aliya dan petang ini tiga lagi kapal tentera laut akan datang ke kawasan ini,” katanya di sini hari ini.

 

Muhammad Nizamul mengadakan perjumpaan dengan Ketua misi kemanusiaan Malaysia, Food Flotilla for Myanmar, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan sekretariat flotilla di bilik operasi Nautical Aliya kira-kira pukul 1.15 tengah hari ( waktu Malaysia).

 

Dalam pada itu, Abdul Azeez berkata, kerajaan Bangladesh memberi cadangan agar kapal tersebut berlabuh di perairan Cox Bazar dan barangan yang dibawa Nautical Aliya akan diangkut dengan menggunakan kapal pengangkut.

 

“Buat masa ini, Cox Bazar merupakan pilihan yang terbaik memandangkan lokasinya yang hampir dengan kem Kutupalong.

 

“Mesyuarat antara pasukan peninjau misi dengan kerajaan Bangladesh sedang berlangsung dan dalam tempoh dua jam lagi kita akan ketahui sama ada visa ketibaan (VOA) diperoleh atau tidak, setakat ini saya positif mengenainya,” katanya.

 

Please reload

Featured Posts

Myanmar Masih Nafi Pembersihan Kaum

March 13, 2018

1/10
Please reload

Recent Posts
Please reload

Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

Kami Bantu Anda Salur Sumbangan Secara Online!

TABUNG ROHINGYA

2124 5760 0213 72

Screen Shot 2019-10-11 at 10.40_edited.j

Bantuan Kecemasan Rohingya merupakan inisiatif Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dengan kerjasama  agensi antarabangsa serta NGO tempatan telah menggerakkan misi khas untuk menyalurkan bantuan kecemasan kepada pelarian Muslim Rohingya yang berada dalam keadaan sangat terdesak.

HUBUNGI KAMI

I

Wisma MAPIM Malaysia, No. 25 Jalan Puteri 2A/3, Bandar Puteri Bangi,

Bandar Bukit Mahkota, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia.

Screen Shot 2019-10-11 at 10.33.55 AM.pn

I

SUMBANGAN OFFLINE 

Sumbangan kepada projek-projek kemanusiaan MAPIM, tanpa melalui sistem online donation yang telah disediakan, tuan/puan bolehlah menyalin nombor akaun MayBank MAPIM seperti yang tertera di bawah:

Screen Shot 2019-10-11 at 10.40_edited.j
2124 5760 0213 72

Dengan kerjasama:

Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan pengalaman sebenar. Pengunjung dinasihatkan menyumbang dengan mengikuti arahan yang disediakan. Namun kami tidak bertanggungjawab jika sebarang masalah/komplikasi berlaku kepada penyumbang di atas projek, program dan bantuan berdasarkan faktor keselamatan, cuaca dan suasana situasi sebenar.

© 2017 by MAPIM. Proudly created for www.tabungrohingya.com