Misi Pertama di Myanmar Selesai

February 10, 2017

YANGON, MYANMAR 9 Feb. - Setelah menempuh pelbagai dugaan sepanjang berlayar selama tujuh hari di Selat Melaka dan Laut Andaman, misi kemanusiaan Malaysia, Food Flotilla for Myanmar berjaya menyelesaikan fasa pertamanya di Yangon hari ini.

 

Barangan bantuan kemanusiaan seberat 500 tan diserahkan oleh ketua misi tersebut, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim kepada Menteri Kebajikan Masyarakat, Bantuan dan Penempatan Semula Myanmar, Dr. Win Myat Aye di Terminal Pelabuhan Antarabangsa Thilawa, Yangon.

 

Yang turut hadir pada majlis penyerahan tersebut ialah Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican; Duta Besar Malaysia ke Myanmar, Mohd. Haniff Abd Rahman dan Presiden Majlis Pertubuhan Perundingan Islam Malaysia (MAPIM), Mohd. Azmi Abd. Hamid.

 

Selain itu, kerajaan Myanmar juga membenarkan sebanyak 30 sukarelawan terdiri daripada wakil media dan wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menyertai misi tersebut berada di pelabuhan untuk turut serta dalam majlis penyerahan barangan bantuan kemanusiaan.

 

Reezal Merican berkata, beliau yakin kerajaan Myanmar akan menguruskan barangan tersebut kepada masyarakat yang memerlukan di negara berkenaan termasuk etnik Rohingya.

 

“Keterbukaan kerajaan Myanmar membenarkan misi tersebut diteruskan merupakan satu kejayaan dan kita tidak boleh terlalu skeptikal dengan mereka. Ini merupakan waktu yang sesuai untuk kita membina hubungan baik dengan kerajaan Myanmar untuk memastikan bantuan kepada masyarakat Rohingya dapat disalurkan secara berterusan,” katanya.

 

Dalam pada itu, ketika diminta mengulas mengenai protes yang dilakukan oleh sekumpulan sami di pintu masuk pelabuhan tersebut, Reezal Merican berkata, perkara tersebut hanya satu kes terpencil.

 

“Saya dimaklumkan mengenai perkara tersebut tetapi saya sendiri tidak nampak mereka kerana kawalan keselamatan yang ketat oleh pihak berkuasa Myanmar,” katanya.

 

Dalam pada itu, Abdul Azeez berkata, proses penyaluran bantuan itu kepada etnik Rohingya dan etnik lain yang memerlukan di wilayah Rakhine akan dipantau oleh Mohd. Haniff.

 

“Walau bagaimanapun, kita masih menunggu kelulusan kerajaan Myanmar untuk membenarkan wakil daripada Kelab Putra 1 Malaysia (KP1M) dan MAPIM turut memantau proses
 tersebut,” katanya.

 

 

Please reload

Featured Posts

Myanmar Masih Nafi Pembersihan Kaum

March 13, 2018

1/10
Please reload

Recent Posts
Please reload

Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

Kami Bantu Anda Salur Sumbangan Secara Online!

TABUNG ROHINGYA

2124 5760 0213 72

Screen Shot 2019-10-11 at 10.40_edited.j

Bantuan Kecemasan Rohingya merupakan inisiatif Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dengan kerjasama  agensi antarabangsa serta NGO tempatan telah menggerakkan misi khas untuk menyalurkan bantuan kecemasan kepada pelarian Muslim Rohingya yang berada dalam keadaan sangat terdesak.

HUBUNGI KAMI

I

Wisma MAPIM Malaysia, No. 25 Jalan Puteri 2A/3, Bandar Puteri Bangi,

Bandar Bukit Mahkota, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia.

Screen Shot 2019-10-11 at 10.33.55 AM.pn

I

SUMBANGAN OFFLINE 

Sumbangan kepada projek-projek kemanusiaan MAPIM, tanpa melalui sistem online donation yang telah disediakan, tuan/puan bolehlah menyalin nombor akaun MayBank MAPIM seperti yang tertera di bawah:

Screen Shot 2019-10-11 at 10.40_edited.j
2124 5760 0213 72

Dengan kerjasama:

Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan pengalaman sebenar. Pengunjung dinasihatkan menyumbang dengan mengikuti arahan yang disediakan. Namun kami tidak bertanggungjawab jika sebarang masalah/komplikasi berlaku kepada penyumbang di atas projek, program dan bantuan berdasarkan faktor keselamatan, cuaca dan suasana situasi sebenar.

© 2017 by MAPIM. Proudly created for www.tabungrohingya.com