Kapal Lewat Sehari

February 7, 2017

 

LAUT ANDAMAN 6 Feb. - Kapal Nautical Aliya yang membawa barangan untuk bantuan dan sukarelawan bagi misi kemanusiaan Malaysia, Food Flotilla for Myanmar dijang­ka tiba di Pelabuhan Yangon, Myan­mar pada Khamis ini.

Ketua misi berkenaan yang juga Presiden Kelab Putera 1Malaysia (KP1M), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, kapal tersebut tiba lewat sehari daripada jangkaan kerana faktor cuaca menyebabkannya terpaksa bergerak pada kelajuan sekitar tujuh knot sahaja.

Menurut beliau, Nautical Aliya yang memasuki Laut Andaman sekitar pukul 9.30 malam tadi memperlahankan pergerakan ke­rana terpaksa belayar melawan angin berkelajuan kira-kira 10 knot dan arus bawah laut yang kuat.

 

“Sebelum ini kapal ini bergerak pada kelajuan lapan knot, tetapi pagi ini kita bergerak pada kadar enam hingga tujuh knot sahaja.

“Disebabkan itu, jadual perjalanan misi ini lewat sehari daripada jangkaan asal dan kita akan tiba di Yangon pada Khamis, kira-kira 10.30 pagi,” katanya di sini hari ini.

Sebelum ini, kapal Nautical Aliya yang berlepas dari Pelabuhan Klang pada Jumaat lalu dijadualkan tiba di Yangon Rabu ini sebelum meneruskan perjalanan ke Teknaf, Bangladesh bagi memberi bantuan kepada masyarakat Islam Rohingya di negara berkenaan.

Menurut Abdul Azeez, ketibaan kapal itu di Yangon sedang diuruskan Kementerian Hal Eh­wal Luar Myanmar bersama-sama dengan pasukan peninjau KP1M yang siap sedia berada di sana.

Beliau berkata, proses pemin­dahan barangan bantuan dari kapal ke Pelabuhan Yangon akan turut dibantu oleh pekerja-pekerja dari Myanmar dan dijangka mengambil masa dua jam.

“Tempoh masa yang diperuntukkan untuk penyerahan bara­ngan bantuan seperti 50,000 peket mi segera, 12,000 botol air mineral dan 10,000 barangan kebersihan diri kepada kerajaan Myan­mar adalah 10 jam,” jelasnya.

Abdul Azeez memberitahu, sebanyak 300 tan beras telah berada di Pelabuhan Yangon dan kesemua barangan tersebut akan diagihkan kepada masyarakat yang memerlukan termasuk etnik Rohingya.

“Selepas selesai proses pe­nyerahan bantuan di sana, misi ini akan meneruskan perjalanan ke Teknaf,” katanya.

 

Please reload

Featured Posts

Myanmar Masih Nafi Pembersihan Kaum

March 13, 2018

1/10
Please reload

Recent Posts
Please reload

Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

Kami Bantu Anda Salur Sumbangan Secara Online!

TABUNG ROHINGYA

2124 5760 0213 72

Screen Shot 2019-10-11 at 10.40_edited.j

Bantuan Kecemasan Rohingya merupakan inisiatif Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dengan kerjasama  agensi antarabangsa serta NGO tempatan telah menggerakkan misi khas untuk menyalurkan bantuan kecemasan kepada pelarian Muslim Rohingya yang berada dalam keadaan sangat terdesak.

HUBUNGI KAMI

I

Wisma MAPIM Malaysia, No. 25 Jalan Puteri 2A/3, Bandar Puteri Bangi,

Bandar Bukit Mahkota, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia.

Screen Shot 2019-10-11 at 10.33.55 AM.pn

I

SUMBANGAN OFFLINE 

Sumbangan kepada projek-projek kemanusiaan MAPIM, tanpa melalui sistem online donation yang telah disediakan, tuan/puan bolehlah menyalin nombor akaun MayBank MAPIM seperti yang tertera di bawah:

Screen Shot 2019-10-11 at 10.40_edited.j
2124 5760 0213 72

Dengan kerjasama:

Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan pengalaman sebenar. Pengunjung dinasihatkan menyumbang dengan mengikuti arahan yang disediakan. Namun kami tidak bertanggungjawab jika sebarang masalah/komplikasi berlaku kepada penyumbang di atas projek, program dan bantuan berdasarkan faktor keselamatan, cuaca dan suasana situasi sebenar.

© 2017 by MAPIM. Proudly created for www.tabungrohingya.com