Bagaikan Anak Menunggu Kembalinya Ibubapa Yang Sudah Lama Tidak Pulang

February 6, 2017

Rencana Khas Flotilla Siri 1:

 

5 hb Februari 2017

1200 

Selat Melaka

 

Berita mengenai pelayaran Food Flotilla for Myanrmar kini sampai kepada ribuan pelarian di kem IDP di Sittwe dan Maungdaw di Arakan dan Teknaf di Bangladesh.

 

Etnik Rohingya di Arakan menganggap kedatangan Flotilla bagaikan anak-anak yang kelaparan yang menunggu ibubapa yang sudah lama tidak pulang.

 

Mereka telah merakam suara melalui telefom bimbit dan mengguna watsapp untuk dihantar kepada wakil MAPIM yang berada diatas kapal.

 

"Seperti anak-anak kehilangan ibubapa , kami merasa kedatangan kapal flotilla yang sedang menuju ke Arakan suatu hadiah Allah kepada kami. Kami menganggap peserta wanita seperti ibu kami dan yang lelaki sebagai bapa kami." kata Nur Alam , 42 , dari kem IDP di Sittwe , Arakan. 

 

Aisyah , 50 , ibu kepada 5 seorang anak , dari Kg. Muanama , Arakan berkata "Mendengar sahaja kapal sudah bergerak dari Malaysia, perasaan kami tidak terkata. Kami hanya menangis dan berdoa . Kami berdoa sebaik sahaja mendapat tahu saudara-saudara kami akan datang dengan kapal Flotilla . Mereka bersusah payah untuk datang membantu kami."

 

Abdul Aziz , 19 , dari Maungdaw, yang hanya tinggal sebatang kara , "Bagaikan seorang itu dalam keadaan lemas di tengah lautan dan tidak tahu semada akan hidup atau mati, bila mendapat khabar kapal bantuan Flotilla sedang menuju ke Arakan, kami merasa seolah mendapat nyawa semula"

 

Nur Islam , 68 , dari Kg. Gozobil , yang pernah menyaksikan tentera Myanmar membunuh remaja dalam kampung tersebut , "Ramai dikalangan kami yang ingin bercakap tentang betapa gembiranya kami mendengar mengenai Flotilla yang akan sampai, tetapi tidak mampu hendak bercakap, kerana menangis kegembiraan"

 

"Kami berada semua peserta Flotilla dilindungi Allah, diberi ganjaran dunia dan akhirat. Allah sahaja yang tahu bagaimana membalas jasa saudara yang mengambil risiko merentas laut untuk datang membantu kami " 

 

Kaum Rohingya yang telah melalui penindasan yang sedemikian lama , kini mendapat nafas segar dan harapan semula bila Flotilla sekarang menjadi realiti. Mereka hampir putus asa untuk mendapat sebarang pembelaan dari dunia . Dari hanya mendengar resolusi dan deklarasi , kini bertukar menjadi pembelaan dalam bentuk tindakan yang nyata.

 

Kapal Nautical Alya yang telah berlayar pada 3 hb Februari 2017 dari Pelabuhan Klang kini menuju ke Yangon Myanmar.

 

Dengan kelajuan 7.2 knot ( 14 km sejam ) , kapal dijangka akan melalui Selat Melaka , lautan Andaman dan Teluk Benggal.

 

Mengikut Kepten Firdaus, dijangka Flotilla akan sampai pelabuhan Yangon , Myanmar pada 10.30 malam 8 hb Februari 2017 . 

 

Please reload

Featured Posts

Myanmar Masih Nafi Pembersihan Kaum

March 13, 2018

1/10
Please reload

Recent Posts
Please reload

Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

Kami Bantu Anda Salur Sumbangan Secara Online!

TABUNG ROHINGYA

2124 5760 0213 72

Screen Shot 2019-10-11 at 10.40_edited.j

Bantuan Kecemasan Rohingya merupakan inisiatif Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dengan kerjasama  agensi antarabangsa serta NGO tempatan telah menggerakkan misi khas untuk menyalurkan bantuan kecemasan kepada pelarian Muslim Rohingya yang berada dalam keadaan sangat terdesak.

HUBUNGI KAMI

I

Wisma MAPIM Malaysia, No. 25 Jalan Puteri 2A/3, Bandar Puteri Bangi,

Bandar Bukit Mahkota, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia.

Screen Shot 2019-10-11 at 10.33.55 AM.pn

I

SUMBANGAN OFFLINE 

Sumbangan kepada projek-projek kemanusiaan MAPIM, tanpa melalui sistem online donation yang telah disediakan, tuan/puan bolehlah menyalin nombor akaun MayBank MAPIM seperti yang tertera di bawah:

Screen Shot 2019-10-11 at 10.40_edited.j
2124 5760 0213 72

Dengan kerjasama:

Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan pengalaman sebenar. Pengunjung dinasihatkan menyumbang dengan mengikuti arahan yang disediakan. Namun kami tidak bertanggungjawab jika sebarang masalah/komplikasi berlaku kepada penyumbang di atas projek, program dan bantuan berdasarkan faktor keselamatan, cuaca dan suasana situasi sebenar.

© 2017 by MAPIM. Proudly created for www.tabungrohingya.com