TERAS Ingatkan "Felda Adalah Amanah Bangsa dan Negara"

January 30, 2017

 

Kenyataan Media TERAS

28 hb Januari 2017

 

 

TERAS MENGINGATKAN FELDA ADALAH AMANAH BANGSA DAN NEGARA

 

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) adalah agensi yang diwujudkan sebagai sebuah amanah yang besar untuk kemajuan sosio ekonomi bangsa Melayu di negara ini. Semenjak penubuhannya dibawah Ordinan Kemajuan Tanah 1956, iaitu pada 1 hb Julai 1956, terdapat 112,635 peneroka di Malaysia di 317 tanah rancangan Felda di seluruh negara. 

 

Ramai orang Melayu dapat manfaat dan kini generasi ke dua Felda juga sedang meraih kesenangan.

 

Felda telah ditubuhkan untuk pembangunan tanah dan penempatan semula dengan objektif pembasmian kemiskinan melalui penanaman tanaman minyak sawit dan getah.

 

Antara fungsi Felda adalah untuk melaksanakan projek-projek pembangunan tanah dan aktiviti pertanian, perindustrian dan komersial .

 

Sebagai usaha menjana pendapatan, Felda telah melancarkan beberapa entiti korporat swasta terutamanya untuk memastikan rantaian nilai yang lengkap untuk aktiviti terasnya. 

 

Antara yang terbesar adalah koperasi Permodalan FELDA (Koperasi FELDA), FELDA Global Ventures (FGV) dan FELDA Investment Corporation (FIC).

 

Sekarang fokus Felda adalah untuk menjadi ‘Economic Powerhouse’ dalam menjana pelbagai aktiviti ekonomi pada tahun 2020 melalui program berstrukturnya dengan modal insan yang mempunyai pelbagai potensi.

 

 

Pengurusan Felda diharap diberi kepada mereka yang cukup berwibawa , berintegriti bukan sahaja dari sudut pengurusan malah juga untuk merancang masa depan Felda secara mapan. 

 

Kepimpinan pengurusan Felda yang silih berganti sepatutnya menjadikan agensi itu lebih kukuh. Politik tidak seharusnya menganggu pengurusan Felda kerana ia akan memporak-perandakan keputusan yang mesti dibuat dengan professional dan uruskelola korporat yang betul dan telus.

 

Sejak ia menjadi aset negara bernilai berbilion ringgit kini pelbagai inisiatif baru diambil untuk menganjakkan agensi itu kepada tahap yang lebih menyerlah melibatkan pelaburan yang besar bukan sahaja dalam negara malah ke medan antarabangsa. 

 

Syarikat korporat FGV kemudian disenaraikan dalam Bursa Saham Kuala Lumpur pada 2012 yang mula melibatkan diri dalam dunia ekonomi global bersifat spekulatif.

 

FGV sebagai sebuah korporat pengurusan ladang lebih 811,000 hektar adalah yang terbesar didunia. Namun kini dari Tawaran Harga Awal (IPO) RM 4.55 seunit pada 2012, nilai sahamnya merudum kepada hanya berlegar disekitar RM 1.80 seunit. Kemungkinan untuk menyahsenaraikan FGV dari Bursa Saham KL mungkin menjadi pilihan jika keadaan tidak berubah segera.

 

Kemudian diberitakan pula  mengenai beberapa pegawai tinggi dalam pengurusan Felda yang kini sedang disiasat oleh SPRM telah mengoncangkan keyakinan awam terhadap ketelusan agensi tersebut. Penahanan 4 orang pegawai kanan Felda baru-baru ini oleh SPRM yang melibatkan pengeluaran wang Felda bernilai RM 47 juta dalam projek ternakan ikan Sturgeon adalah petanda perlunya kawalselia yang lebih rapi.

 

Dengan sebab itu bila publik mulai mendengar berita salahurus dan pelaburan yang tidak mengikut prosedur dalam pengurusan Felda yang melibatkan ratusan juta ringgit, kekecewaan rakyat mulai memutik.

 

Felda kini mempunyai puluhan anak syarikat yang hanya pihak pengurusan tertinggi sahaja yang tahu yang mana berjalan dengan sihat dan yang mana yang sudah nazak. 

 

Sebelum ini pada 2010 sebuah memorandum pernah dimajukan kepada  Suhakam yang mengungkap pelbagai isu yang dikaitkan dengan hak peneroka, kebajikan, nasib generasi kedua, pendidikan, geran hakmilik tanah, dokumen perjanjian dan peruntukan skim tanam semula. Ternyata isu-isu yang dibangkit belum terongkai.

 

Bila rakyat memberi kepercayaan penuh kepada pihak pengurusan yang berada dibawah kawalselia langsung Pejabat Perdana Menteri, Felda diharapkan mempunyai jaminan kukuh untuk diuruskelola dengan baik.

 

Kami berpendapat jika sebuah agensi sebesar Felda mulai dicemari dengan salahurus dan salahguna kewangan, pihak awam akan mulai hilang kecercayaan kepada pemerintah yang diamanah untuk menguruskan aset bangsa. 

 

Kami mengesa Felda mengujudkan sebuah badan Hisbah yang boleh menilai dan mengawalselia pelbagai kegiatan pengurusan agensi tersebut. 

 

Tanpa kawalselia yang rapi agensi itu bakal jatuh dan boleh tergadai kepada pihak asing yang sentiasa mencari peluang untuk menguasai aset ekonomi negara yang besar.


 

MOHD AZMI ABDUL HAMID
Presiden

TERAS Pengupayaan Melayu

Please reload

Featured Posts

Myanmar Masih Nafi Pembersihan Kaum

March 13, 2018

1/10
Please reload

Recent Posts
Please reload

Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

Kami Bantu Anda Salur Sumbangan Secara Online!

TABUNG ROHINGYA

2124 5760 0213 72

Screen Shot 2019-10-11 at 10.40_edited.j

Bantuan Kecemasan Rohingya merupakan inisiatif Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dengan kerjasama  agensi antarabangsa serta NGO tempatan telah menggerakkan misi khas untuk menyalurkan bantuan kecemasan kepada pelarian Muslim Rohingya yang berada dalam keadaan sangat terdesak.

HUBUNGI KAMI

I

Wisma MAPIM Malaysia, No. 25 Jalan Puteri 2A/3, Bandar Puteri Bangi,

Bandar Bukit Mahkota, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia.

Screen Shot 2019-10-11 at 10.33.55 AM.pn

I

SUMBANGAN OFFLINE 

Sumbangan kepada projek-projek kemanusiaan MAPIM, tanpa melalui sistem online donation yang telah disediakan, tuan/puan bolehlah menyalin nombor akaun MayBank MAPIM seperti yang tertera di bawah:

Screen Shot 2019-10-11 at 10.40_edited.j
2124 5760 0213 72

Dengan kerjasama:

Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan pengalaman sebenar. Pengunjung dinasihatkan menyumbang dengan mengikuti arahan yang disediakan. Namun kami tidak bertanggungjawab jika sebarang masalah/komplikasi berlaku kepada penyumbang di atas projek, program dan bantuan berdasarkan faktor keselamatan, cuaca dan suasana situasi sebenar.

© 2017 by MAPIM. Proudly created for www.tabungrohingya.com