Dunia Islam Perlukan Revolusi Politik

December 22, 2016

Pada hari Isnin lepas, bersamaan dengan 12 Rabiul Awal  Tahun Gajah [8 Jun 570 AD], umat Islam di seluruh dunia telah menyambut perayaan Maulidur Rasul. Pelbagai aktiviti berkaitan keagamaan dianjurkan. Ini termasuklah perarakan membawa panji-panji Islam, ceramah keagamaan, syair dan muzik Islami bagi menzahirkan kecintaan  terhadap Nabi Muhammad SAW.

 

Tidak terlepas juga, pemerintah Muslim serata dunia termasuk ahli-ahli politik mereka yang menggunakan sambutan Maulidur Rasul bagi menunjukkan komitmen terhadap agama.

 

Ironisnya - kebanyakan dari golongan ini juga yang telah banyak menyalahi ajaran Nabi Muhammad SAW.

 

Jika diperincikan, Rasulullah SAW diutus oleh Allah SWT sebagai pembawa rahmat kepada sekian alam. Bukan terhad hanya kepada manusia, namun rahmat ini juga merangkumi kepada  haiwan, mikroorganisma serta alam semulajadi. 

 

Dalam masa yang sama, Allah SWT menurunkan qalamnya iaitu kitab suci Al-Qur'an sebagai petunjuk bagi sekalian manusia untuk hidup bersama secara harmoni selain sebagai persediaan menuju ke negeri akhirat.

 

Sejak lebih dari 1400 ribu tahun, mesej revolusi Al-Quran yang utama iaitu La Ilaha Illallah – (tidak ada Tuhan melainkan Allah) telah bergema di seluruh pelusuk dunia. Ia  menanamkan rasa takut di dalam hati para penzalim serta penindas masyarakat.

 

Al-Quran menetapkan bahawa sebuah masyarakat harus dibina di-atas dasar ketakwaan terhadap Allah SWT serta  kebebasan dan keadilan sosial berdasarkan syariah. Al-Quran juga menyarankan umat Islam menjadi model terbaik di dunia dengan menggalakan amal ma’ruf serta mencegah nahi mungkar.

 

Dalam tempoh yang singkat, seruan syumul Islam ini tersebar ke empat penjuru dunia dan telah menghasilkan beberapa tamadun besar yang sehingga kini pengaruh mereka masih kekal dan dihormati.

 

Namun secara realiti, apakah keadaan umat Islam pada hari ini?

 

Apa yang berlaku pada hari ini adalah pergolakan dasyat terhadap umat Islam di seluruh dunia.

 

Pembunuhan sesama umat Nabi Muhammad SAW dengan bantuan musuh-musuh Islam yang menentang kebangkitan Islam sedang giat direncanakan.

 

Contoh terdekat adalah di Syria. Rejim Baathist yang pimpinan Bashar Assad dan kumpulan pelampau Takfiri telah membunuh lebih dari 400,000 rakyat Syria. Seramai 4.8 juta rakyat Syria menjadi pelarian manakala 6.6 juta lagi menjadi pelarian akibat peperangan ini. Jumlah ini adalah daripada jumlah keseluruhan penduduk Syria yang seramai lebih 20 juta.

 

Ini secara langsung bermaksud, separuh dari jumlah penduduk Syria itu sendiri telah menjadi pelarian.

 

Ironinya, pada minggu lepas, TV Rusia pula memutar belit kemusnahan yang sedang berlaku sebagai peperangan membebaskan Syria daripada pengganas.

 

Dengan bakal kejatuhan Aleppo ke tangan diktator Baathist pimpinan Assad, masa depan Syria kini berhadapan dengan situasi yang kelam.

 

Dilema seumpama sedang melanda Yaman.

 

Sejak Mac tahun 2015, tentera bersekutu Arab, disokong oleh Amerika Syarikat dan Britain, telah mengebom kawasan berpenduduk padat di Negara itu.

 

Pengeboman tanpa henti ini telah mengakibatkan kemusnahan pusat perubatan, sekolah, masjid, kilang-kilang dan rumah-rumah awam.

 

Sejumlah 10,000 orang telah terbunuh dan lebih dari 3 juta rakyat Yaman telah dihalau dari rumah mereka. Pengeboman dan sekatan di sekitar laut Yaman mengakibatkan bencana kemanusiaan yang sangat membimbangkan di rantau tersebut.

 

Laporan UNICEF yang diterbitkan pada hari Isnin lepas, me-anggarkan bahawa bagi setiap sepuluh minit seorang kanak-kanak Yaman akan mati akibat kekurangan zat makanan, penyakit cirit-birit atau jangkitan saluran pernafasan.  Manakala, lebih daripada 400,000 kanak-kanak berhadapan dengan risiko kebuluran, dengan hampir 2.2 juta memerlukan rawatan segera.

 

Dalam masa yang sama, dianggarkan sebanyak 18.8 juta orang yang lain memerlukan pelbagai jenis bantuan atau perlindungan bagi memenuhi keperluan asas mereka.

 

Kita sedia maklum bahawa, sebelum ini Yaman adalah salah satu negara terbelakang dan termiskin dengan jumlah penduduk sekitar 27 juta orang.

 

Di Iraq pula, penaklukan Amerika Syarikat (AS) terhadap negara tersebut telah mengakibatkan kerosakan dan kemusnahan kepada rakyat Iraq yang sukar diperbaiki.

 

Ia bukan sahaja memusnahkan infrastruktur sosio-ekonomi Iraq, tetapi, apa yang lebih parah lagi ialah, ia telah mewujudkan persengketaan yang tidak berkesudahan di-antara puak Shiah dan Sunni.

 

Fenomena perpecahan ini juga telah mula berakar umbi di semua institusi negara tersebut. Ini termasuk badan kehakiman, tentera, polis dan badan pentadbiran awam Irak.

 

Ia menghancurkan fabrik sosial Iraq selain menyemarakan identiti mahzab melampau yang mengatasi identiti kebangsaan.

 

Kerajaan baru Irak juga gagal menyatukan rakyat dan merapatkan jurang kemiskinan yang dialami oleh masyarakat.  Sebaliknya, rasuah pula yang makin berleluasa di dalam pentadbiran kerajaan.

 

Pihak PBB melaporkan 10 juta orang rakyat Irak memerlukan bantuan kemanusiaan dan 3.1 juta lagi adalah pelarian daripada keseluruhan penduduk yang diangarkan berjumlah 33 juta.

 

Selain itu, Iraq telah membentuk satu pakatan dengan imperialis Amerika Syarikat bagi membebaskan Mosul dari Daesh, produk pendudukan AS, Assad dan Maliki rejim, tetapi enggan penyertaan oleh Turki, sebuah negara Islam, dalam operasi itu.

 

Manakala, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu mempromosikan revolusi kontra di dunia Arab untuk membendung kebangkitan Islam di kalangan rakyat biasa.

 

Mereka membiayai rampasan kuasa tentera di Mesir serta menggulingkan Presiden Morsi, Presiden Mesir  pertama yang  dipilih menerusi pilihan raya yang adil dan bebas yang diakui oleh masyarakat antarabangsa .

 

Umum tidak menyedari bahawa, Presiden Al- Sisi Mesir dan pemimpin-pemimpin Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu telah secara tidak langsung bersekongkol dengan Israel bagi melemahkan perjuangan rakyat Palestin menentang kezaliman Zionis.

 

Ini jelas diperakui oleh salah-satu laman sesawang Neo-Conservative AS-Israel - National Interest  (pada 5 Januari 2016) yang menyatakan bahawa:   

 

"Walaupun Israel dan GCC tidak mempunyai hubungan diplomatik penuh, monarki di Teluk Arab telah mengekalkan hubungan secara tidak rasmi dengan Israel sejak beberapa dekad.

 

Arab Saudi dan Israel telah menubuhkan saluran komunikasi pintu belakang di sepanjang tempoh Sheikh Kamal Adham menjadi ketua Ketua Direktorat Perisikan Arab Saudi (1965-1979) ". 

 

Wartawan Zena Tahhan dari Al-Jazeera menyifatkan hubungan istimewa di antara Mesir dan Israel di bawah rejim Al-Sisi, telah melalui fasa dan perikatan kukuh sejak ia dimeterai empat dekad yang lalu oleh Sadat.   

 

Selain itu, Islam dan penganutnya di kebanyakan negara berhadapan dengan isu diskriminasi, keganasan dan kebencian.

 

Di Myanmar, pelampau Buddha, dengan sokongan tentera, menjalankan pembunuhan secara beramai-ramai terhadap etnik Rohingya. Kita pula sedar bahawa masyarakat antarabangsa tidak mengambil sebarang tindakan bagi menghentikan pembunuhan terhadap wanita, kanak-kanak dan serta rakyat biasa.

 

Di India, penganut fanatik Hindutva menyebarkan kebencian terhadap umat Islam, menyerang dan membunuh etnik minoriti. Fenomena Islamofobia pula sedang melanda di Amerika Syarikat dan Eropah. Wanita yang memakai hijab dan lelaki yang menyimpan janggut, dihina, diejek dan diserang secara fizikal.

 

Dan apa yang lebih memeritkan lagi adalah agama Islam dan jujungan kita Nabi Muhammad SAW yang dihina dan dicemuh hampir setiap hari di dalam media sosial.

 

Malang sekali, sehingga ke saat ini, tiada kepimpinan Islam yang tegas lagi kuat tampil bagi menangani pelbagai tohmahan yang sedang melanda Umat Islam sejagat.

 

Malah apa yang terjadi adalah, kerajaan-kerajaan Muslim sedunia dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang hanya mampu mengambil-maklum, memeluk tubuh atau bergantung harap kepada Negara-negara bukan Islam seperti Rusia, Amerika Syarikat dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi menyelesaikan konflik di benua mereka.

 

Mereka lemah serta tidak dapat mempertahankan rakyat Palestin terhadap kerakusan Zionis serta pencabulan hak asasi yang dilakukan.  

 

Umum juga sedia maklum bahawa Baitulmuqaddis, di mana terletaknya masjid ketiga paling suci iaitu Masjid Al-Aqsa, sedang dirobohkan secara senyap oleh pihak Yahudi.

 

Walaupun perkara ini diketahui, tidak ada sebarang tindakan berani yang berkesan dari pemimpin Islam bagi menanggani rencana jahat ini.

 

Ini adalah tidak lain kerana, pemimpin-pemimpin di negeri-negeri Muslim itu sendiri yang muflis legitimasi politik akibat dari pemerintahan zalim dan penindasan yang di-benci oleh rakyat mereka.

 

Mereka menggunakan tentera, pasukan keselamatan serta media boneka bagi memperbodohkan selain dari menundukkan rakyat marhain.

 

Sayugia itu, revolusi politik bagi membawa kepada penggulingan diktator serta monarki lapuk yang bersubahat dengan musuh-musuh Islam adalah sangat diperlukan.

 

Kita juga perlu membina jaringan organisasi masyarakat sivil (CSO) di dunia Islam bagi meningkatkan kesedaran umat yang secara langsung akan juga menghasilkan transformasi Islam di negara-negara Muslim selain dari bertindak balas terhadap cabaran dan ancaman yang datang dari kuasa-kuasa hegemoni.

 

Please reload

Featured Posts

Myanmar Masih Nafi Pembersihan Kaum

March 13, 2018

1/10
Please reload

Recent Posts
Please reload

Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

Kami Bantu Anda Salur Sumbangan Secara Online!

TABUNG ROHINGYA

2124 5760 0213 72

Screen Shot 2019-10-11 at 10.40_edited.j

Bantuan Kecemasan Rohingya merupakan inisiatif Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dengan kerjasama  agensi antarabangsa serta NGO tempatan telah menggerakkan misi khas untuk menyalurkan bantuan kecemasan kepada pelarian Muslim Rohingya yang berada dalam keadaan sangat terdesak.

HUBUNGI KAMI

I

Wisma MAPIM Malaysia, No. 25 Jalan Puteri 2A/3, Bandar Puteri Bangi,

Bandar Bukit Mahkota, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia.

Screen Shot 2019-10-11 at 10.33.55 AM.pn

I

SUMBANGAN OFFLINE 

Sumbangan kepada projek-projek kemanusiaan MAPIM, tanpa melalui sistem online donation yang telah disediakan, tuan/puan bolehlah menyalin nombor akaun MayBank MAPIM seperti yang tertera di bawah:

Screen Shot 2019-10-11 at 10.40_edited.j
2124 5760 0213 72

Dengan kerjasama:

Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan pengalaman sebenar. Pengunjung dinasihatkan menyumbang dengan mengikuti arahan yang disediakan. Namun kami tidak bertanggungjawab jika sebarang masalah/komplikasi berlaku kepada penyumbang di atas projek, program dan bantuan berdasarkan faktor keselamatan, cuaca dan suasana situasi sebenar.

© 2017 by MAPIM. Proudly created for www.tabungrohingya.com