Diplomat Rusia Mati Ditembak Di Ankara

December 20, 2016

 

 

Ankara, Turki - 19 Disember 2016. Seorang diplomat Russia ke Turki, Andrey Karlov, telah ditembak mati ketika sedang menyampaikan ucapan di Ankara beberapa jam yang lalu.

 

Penembak, M Mert Altintas, seorang polis Turki yang pernah berkhidmat kepada Erdogan telah melepaskan beberapa tembakan dari jarak dekat daripada belakang ketika Andrey sedang memberikan ucapan.

 

M Altintas menembaknya tepat ke dada kiri mangsa seraya melaungkan takbir dan melaungkan kata-kata tentang Aleppo. Dengan Berkata :  "Jangan lupa Aleppo! Jangan lupa Suriah! Jangan lupa Aleppo! Jangan lupa Suriah," teriak Altintas.

 

Rakaman terhenti disitu setelah beberapa kali Altintas melaungkan takbir.

 

Andrey merupakan seorang kedutaan Russia yang ditugaskan ke Turki dan aktif bergiat dalam menghantar bantuan medikasi ke Syria.

 

Manakala M Altintas pula disyaki didalangi oleh gerakan tertentu yang menginginkan peperangan terjadi antara Turki dan Russia.

 

Dalam situasi provokasi seperti ini, kita semestinya mengetahui pihak manakah yang menginginkan Russia dan Turki ini berperang.

 

Lagipun, luka lama Russia terhadap Turki yang pernah menembak jatuh Su-24 suatu ketika dahulu masih boleh dijadikan 'trigger' untuk mengambil tindakan dengan mengangkat senjata.

 

Presiden Rusia Vladimir Putin mengecam tegas aksi penembakan yang menewaskan Duta Besarnya. Dirinya menyebut aksi ini sebagai tindakan provokasi yang kejam, setelah hubungan kedua negara membaik.

"Sebuah kejahatan telah dilakukan dan itu tanpa keraguan. Provokasi yang bertujuan merusak normalisasi hubungan Rusia-Turki dan merusak proses perdamaian Suriah yang sedang aktif didorong oleh Rusia, Turki, Iran dan lain-lain," ujar tegas Putin dalam sebuah wawancara di televisi seperti dikutip - Reuters.

 

 

 

>> Klik Gambar Untuk Menyumbang <<

 

Please reload

Featured Posts

Myanmar Masih Nafi Pembersihan Kaum

March 13, 2018

1/10
Please reload

Recent Posts
Please reload

Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

Kami Bantu Anda Salur Sumbangan Secara Online!

TABUNG ROHINGYA

2124 5760 0213 72

Screen Shot 2019-10-11 at 10.40_edited.j

Bantuan Kecemasan Rohingya merupakan inisiatif Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dengan kerjasama  agensi antarabangsa serta NGO tempatan telah menggerakkan misi khas untuk menyalurkan bantuan kecemasan kepada pelarian Muslim Rohingya yang berada dalam keadaan sangat terdesak.

HUBUNGI KAMI

I

Wisma MAPIM Malaysia, No. 25 Jalan Puteri 2A/3, Bandar Puteri Bangi,

Bandar Bukit Mahkota, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia.

Screen Shot 2019-10-11 at 10.33.55 AM.pn

I

SUMBANGAN OFFLINE 

Sumbangan kepada projek-projek kemanusiaan MAPIM, tanpa melalui sistem online donation yang telah disediakan, tuan/puan bolehlah menyalin nombor akaun MayBank MAPIM seperti yang tertera di bawah:

Screen Shot 2019-10-11 at 10.40_edited.j
2124 5760 0213 72

Dengan kerjasama:

Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan pengalaman sebenar. Pengunjung dinasihatkan menyumbang dengan mengikuti arahan yang disediakan. Namun kami tidak bertanggungjawab jika sebarang masalah/komplikasi berlaku kepada penyumbang di atas projek, program dan bantuan berdasarkan faktor keselamatan, cuaca dan suasana situasi sebenar.

© 2017 by MAPIM. Proudly created for www.tabungrohingya.com