Giliran Penasyid dan Gabungan NGO Berhimpun Untuk Rohingya

Ekoran ketiadaan sebarang tanda kerajaan Myanmar akan menghentikan tindakan brutal dan tidak berperikemanusian terhadap etnik rohingya, sekumpulan NGO hari ini melancarkan 'Himpunan Peduli Ummah: Pray 4 Rohingya'.
 

Pengasas Selangor Humanitarian Fund, Datuk Dr Yunus Hairi berkata, walaupun himpunan sedemikian sudah sinonim dengan rakyat Malaysia, namun, ia adalah satu-satunya cara terbaik bagi rakyat di negara ini untuk terus mendesak kerajaan Myanmar.
 

"Ini bukan kali pertama kita mengadakan usaha sedemikian tetapi usaha seperti ini perlu diteruskan agar dapat membuka mata pihak kerajaan Myanmar sekali gus mendesak mereka.
 

"Inisiatif sebegini juga harus terus berjalan sehingga OIC dapat bertindak dan untuk makluman, saya difahamkan OIC kini dikatakan akan membuat persidangan khas ekoran desakan kita yang dalam isu keamanan dunia ini," kata Yunus semasa sidang media di Shah Alam, hari ini.
 

Malah, Yunus yang juga exco kerajaan negeri Selangor berkata, usaha sedemikian itu juga akan diikuti dengan misi bantuan "Food Flotila for Rohinya" awal Januari depan.
 

Kata Yunus, misi bantuan tersebut akan melalui jalan laut bersama komuniti NGO antarabangsa.
 

Mengulas mengenai himpunan yang bakal diadakan pada 23 Disember depan, Yunus berkata, ia adalah usaha pihaknya meningkatkan kesedaran dan keprihatinan masyarakat negara ini.
 

Himpunan berkenaan dijadualkan berlangsung dari jam 6.00 petang hingga jam 11.30 malam di Dataran Kemerdekaan Shah Alam.
 

Acara yang bakal menghimpunkan jutaan rakyat Malaysia itu juga akan turut menampilkan wakil khas OIC ke Myanmar, Tan Sri Syed Hamid Albar dan Naib Presiden Kesatuan Ulama Dunia, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan kedua-dua tokoh besar itu akan menyampaikan pidato mereka.
 

Selain itu, himpunan terbabit turut diserikan lagi dengan selebriti dan artis tanah air serta barisan 17 NGO yang terlibat menjayakan acara tersebut.

Please reload

Featured Posts

Myanmar Masih Nafi Pembersihan Kaum

March 13, 2018

1/10
Please reload

Recent Posts
Please reload

Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

Kami Bantu Anda Salur Sumbangan Secara Online!

TABUNG ROHINGYA

2124 5760 0213 72

Screen Shot 2019-10-11 at 10.40_edited.j

Bantuan Kecemasan Rohingya merupakan inisiatif Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dengan kerjasama  agensi antarabangsa serta NGO tempatan telah menggerakkan misi khas untuk menyalurkan bantuan kecemasan kepada pelarian Muslim Rohingya yang berada dalam keadaan sangat terdesak.

HUBUNGI KAMI

I

Wisma MAPIM Malaysia, No. 25 Jalan Puteri 2A/3, Bandar Puteri Bangi,

Bandar Bukit Mahkota, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia.

Screen Shot 2019-10-11 at 10.33.55 AM.pn

I

SUMBANGAN OFFLINE 

Sumbangan kepada projek-projek kemanusiaan MAPIM, tanpa melalui sistem online donation yang telah disediakan, tuan/puan bolehlah menyalin nombor akaun MayBank MAPIM seperti yang tertera di bawah:

Screen Shot 2019-10-11 at 10.40_edited.j
2124 5760 0213 72

Dengan kerjasama:

Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan pengalaman sebenar. Pengunjung dinasihatkan menyumbang dengan mengikuti arahan yang disediakan. Namun kami tidak bertanggungjawab jika sebarang masalah/komplikasi berlaku kepada penyumbang di atas projek, program dan bantuan berdasarkan faktor keselamatan, cuaca dan suasana situasi sebenar.

© 2017 by MAPIM. Proudly created for www.tabungrohingya.com