Giliran Ketua Buddha Malaysia Bertindak Hentikan Tindas Muslim Rohingya di Myanmar

December 13, 2016

Kenyataan Media MAPIM 

12 Disember 2016

 

MAPIM GESA KETUA BUDDHA MALAYSIA BERTINDAK HENTIKAN PENINDASAN KE ATAS MUSLIM ROHINGYA DI MYANMAR

 

MAPIM mengesa ketua dan komuniti Buddha di Malaysia bertindak untuk mendesak ketua Buddha di Myanmar supaya hentikan penindasan ke atas umat Islam Rohingya khususnya dan umat Islam umumnya di Myanmar.

 

Kami mengalu-alukan kenyataan ketua Sami Buddha Malaysia, Datuk K Sri Dhammaratana, baru-baru ini berkaitan dengan isu Rohingya.

 

Mengikut laporan media, beliau mengeluarkan kenyataan mengutuk keganasan puak ekstrimis nasionalis Buddha di Myanmar terhadap Rohingya Muslims.

 

Beliau menekankan bahawa ajaran Buddha menolak sebarang keganasan.

 

Namun kenyataan tersebut tidak memadai. Sejak 9 Oktober 2016 sehingga hari ini, penindasan yang ekstrim telah dilakukan di daerah Maungdaw di negeri Rakhine, Myanmar oleh tentera yang didalangi oleh penganut Buddha dibawah seorang ketua sami dan bekas banduan penjara bernama Ashin Wirathu.

 

Serangan dengan senjata berat di Muangdaw oleh tentera telah mengakibatkan ratusan etnik Rohingya Muslim terbunuh, ribuan rumah dibakar termasuk masjid dan puluhan ribu menjadi pelarian tanpa sebarang perlindungan dari mana-mana pihak.

 

Kami berpendirian walaupun ada penafian bahawa pergolakkan di Myanmar terutama di negeri Rakhine bukan bersifat konflik ugama, namun penggerak kepada penindasan umat Islam Rohingya itu ternyata adalah oleh seorang ketua Buddha, iaitu Ashin Wirathu, yang memimpin gerakan anti Islam sejak 2012 di Myanmar dibawah nama Gerakan 969, sebuah gerakan Buddhis Nasionalis.

 

Bermula dari kempen 969 itu, beliau menyeru penganut Buddha di seluruh Myanmar jangan berusniaga dengan Muslim, jangan menjual sebarang harta kepada Muslim dan melarang sebarang wanita Buddha berkahwin dengan mana-mana lelaki Muslim.

 

Malah para sami yang menjadi pengikut kepada Wirathu melancarkan kempen membenci umat Islam dengan pelbagai gelaran yang membawa kepada kebencian yang mendalam terhadap kaum minoriti etnik Muslim seperti "anjing gila", "teroris", "penceroboh" dan Muslim mempunyai "Master Plan" .

 

Malah melalui ceramah Wirathu yang diedar melalui DVD, fb dan media sosial, kaum Muslimin didakwa "mensasar gadis Burma, dan merogol mereka " dan Muslim "terlibat dengan amalan kronisnisme".

 

Dalam theguardian.com melaporkan , 

 

"Buddhist monk uses racism and rumours to spread hatred in Burma. 

 

Thousands watch YouTube videos of 45-year-old 'Burmese Bin Laden' who preaches against country's Muslim minority" 

 

(" The saffron-robed 45-year-old regularly shares his hate-filled rants through DVD and social media, in which he warns against Muslims who "target innocent young Burmese girls and rape them", and "indulge in cronyism"). ( theguardian.com )

 

Beliau berulang-ulang menuduh bahawa Muslim adalah "kasar" dan "ganas" dan mengingatkan kepada penganut Buddha, tindakan keatas Muslim wajar dilakukan untuk melindungi Myanmar dan Agama Buddha. 

 

The Guardian melaporkan sikap Wirathu seperti berikut:

 

"...... and it becomes clear how his paranoia and fear, muddled with racist stereotypes and unfounded rumours, have helped to incite violence and spread misinformation in a nation still stumbling towards democracy.

 

"We are being raped in every town, being sexually harassed in every town, being ganged up on and bullied in every town," Wirathu recently told the Guardian, speaking from the Masoeyein monastery in Mandalay where he is based.

 

"In every town, there is a crude and savage Muslim majority."

 

Tidak boleh dinafikan kempen membenci kaum Muslimin dan Islam di Myanmar adalah inti kepada Gerakan 969 yang beliau pimpin dan nampaknya mendapat dokongan dari pihak pemerintah . 

 

Dalam pelbagai dokumentasi video oleh media antarabangsa, keganasan penganut Buddha yang membunuh, membakar rumah, kedai dan masjid Muslim di Yanggon dan Meikhtila pada 2013 jelas menunjukkan bahawa siri serangan tersebut adalah bersifat kebencian kepada Islam.

 

Wirathu mendakwa dalam setiap komuniti Islam wujud teroris Muslim yang dibiaya oleh pihak luar untuk mengancam sekuriti Myanmar.

 

Dengan yang demikian semua penganut Buddha mesti mempertahankan negara dan agama mereka dari kaum Muslimin.

 

Guardian melaporkan lagi: "Wirathu openly blames Muslims for instigating the recent violence. A minority population that makes up just 5% of the nation's total, Wirathu says Burma's Muslims are being financed by Middle Eastern forces: "The local Muslims are crude and savage because the extremists are pulling the strings, providing them with financial, military and technical power," he said."

 

Dari semua rekod dan siasatan media bebas antarabangsa dan dalam negeri Myanmar , jelas keganasan yang tercetus sejak sekian lama da kini terus berlaku lagi di Maungdaw adalah bersifat serangan agama, bukan hanya konflik komunal.

 

Kami mengesa ketua Buddha agar:

 

1. Menulis dan menegaskan kepada ketua Buddha di Myanmar bahawa mereka perlu berusaha menghentikan penganut esktrimis Buddha di bawah Wirathu dari menindas dan menganas terhadap masyarakat Islam di Myanmar.

 

2. Menghantar delegasi Buddha dari Malaysia ke Myanmar untuk menyampaikan pendirian bahawa gerakan Nasional Buddha yang diketuai Wirathu perlu dihentikan dan kembali kepada ajaran Buddha yang menolak pembunuhan dan keganasan.

 

3. Menganjurkan perhimpunan komuniti Buddha di Malaysia untuk menyatakan pendirian menolak dan mengutuk keganasan ke atas Rohingya Muslims di Myanmar.

 

4. Menulis surat kepada Dalai Lama sebagai antara pemimpin Buddha dunia supaya berusaha menekan ketua dan sami Buddha di Myanmar menghentikan keganasan.

 

5. Menulis surat kepada Majlis Buddhis Sangha SeDunia (World Buddhis Sangha Council) supaya mengutuk serangan agama di Myanmar dan mendesak supaya badan itu bertindak menghentikan kezaliman yang dilakukan ke atas kaum Muslimin di Myanmar.

 

6. Menganjurkan dialog antara agama bagi mengeluarkan resolusi dan pendirian terhadap keganasan di negara Budhhis Myanmar.

 

MOHD AZMI ABDUL HAMID
Presiden MAPIM

 

Please reload

Featured Posts

Myanmar Masih Nafi Pembersihan Kaum

March 13, 2018

1/10
Please reload

Recent Posts
Please reload

Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

Kami Bantu Anda Salur Sumbangan Secara Online!

TABUNG ROHINGYA

2124 5760 0213 72

Screen Shot 2019-10-11 at 10.40_edited.j

Bantuan Kecemasan Rohingya merupakan inisiatif Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dengan kerjasama  agensi antarabangsa serta NGO tempatan telah menggerakkan misi khas untuk menyalurkan bantuan kecemasan kepada pelarian Muslim Rohingya yang berada dalam keadaan sangat terdesak.

HUBUNGI KAMI

I

Wisma MAPIM Malaysia, No. 25 Jalan Puteri 2A/3, Bandar Puteri Bangi,

Bandar Bukit Mahkota, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia.

Screen Shot 2019-10-11 at 10.33.55 AM.pn

I

SUMBANGAN OFFLINE 

Sumbangan kepada projek-projek kemanusiaan MAPIM, tanpa melalui sistem online donation yang telah disediakan, tuan/puan bolehlah menyalin nombor akaun MayBank MAPIM seperti yang tertera di bawah:

Screen Shot 2019-10-11 at 10.40_edited.j
2124 5760 0213 72

Dengan kerjasama:

Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan pengalaman sebenar. Pengunjung dinasihatkan menyumbang dengan mengikuti arahan yang disediakan. Namun kami tidak bertanggungjawab jika sebarang masalah/komplikasi berlaku kepada penyumbang di atas projek, program dan bantuan berdasarkan faktor keselamatan, cuaca dan suasana situasi sebenar.

© 2017 by MAPIM. Proudly created for www.tabungrohingya.com