MAPIM Desak Dunia Tekan Myanmar

November 30, 2016

 

Majlis Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) mendesak agensi antarabangsa, serantau dan ketua-ketua negara menekan kerajaan Myanmar agar siasatan bebas dilakukan bagi mendakwa pihak bertanggungjawab melakukan kekejaman terhadap masyarakat Rohingya.

 

Presidennya, Mohd. Azmi Abdul Hamid berkata, berikutan serangan besar-besaran yang dilancarkan, pelarian Rohingya meningkat kepada lebih 20,000 sejak Oktober lalu dan kebanyakannya cuba menyelamatkan diri di kawasan hutan atau sawah padi.

 

“Myanmar dan militia Rakhine menyerang perkampungan Rohingya. Kanak-kanak dan wanita turut menjadi mangsa. Banyak kes pembunuhan bayi dan wanita Rohingya dirogol yang dilaporkan berlaku di kawasan sasaran operasi tentera,” katanya.

 

Manakala puluhan ribu warga Rohingya lain tambahnya, cuba menyelamatkan diri ke Bangladesh namun sempadan ditutup dan pihak keselamatan negara berkenaan menghalau pelarian terbabit sehingga ramai yang memilih melarikan diri melalui laut.

 

Beliau turut meminta Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) agar mendesak Bangladesh membuka sempadan supaya mangsa pelarian Rohingya dapat mencari perlindungan dan disalurkan kepada agensi kemanusiaan agar bantuan dapat diberikan kepada mangsa.

 

Jelas Mohd. Azmi, keadaan di Arakan dilihat bakal menjadi seperti situasi di Gaza malah lebih parah.

 

“Ribuan warga Rohingya , kanak-kanak, wanita dan orang tua terpaksa menyelamatkan diri tanpa kepastian di mana tempat yang selamat untuk dituju. Berbanding Gaza, keadaan di Arakan lebih parah kerana warga Rohingya sama sekali tidak mempunyai perlindungan dan tidak memiliki sebarang keupayaan mempertahan diri.

 

“Bangladesh pula bertindak seperti Mesir yang menutup sempadan di pintu Rafah, manakala Bangladesh menutup sempadan dengan Myanmar di sepanjang sungai Teknaf.

 

“Laporan mendapati pelarian Rohingya yang cuba menyeberangi sempadan di sungai Teknaf dihalang tentera Bangladesh dan ditolak semula ke Myanmar, sedangkan tentera Myanmar pula memburu mereka untuk ditangkap dan ada yang dibunuh,” katanya.

 

Pembunuhan bayi dengan kejam dan dicampak ke dalam api sedang membakar perkampungan Rohingya menunjukkan kezaliman tentera Myanmar sudah berada di kemuncak.

 

Serangan dilancarkan tentera Myanmar melibatkan tentera darat, laut dan udara di seluruh daerah Maungdaw. Hingga kini, Arakan terus terkepung dan pembunuhan diteruskan melalui operasi tentera Myanmar.

 

Azmi berkata, beribu-ribu askar Myanmar sudah dihantar ke kawasan berkenaan menggambarkan seolah-olah Myanmar kini sedang berada dalam keadaan perang.

 

Malah tambahnya, Mapim turut mendapati penggunaan senjata berat seperti pelancar roket dan helikopter penyerang adalah petunjuk betapa tentera Myanmar bukan bertujuan memburu kumpulan tertentu tetapi bertujuan menghapuskan semua etnik Rohingya di seluruh Myanmar.

 

“Pembakaran puluhan perkampungan dan ribuan rumah warga Rohingya termasuk masjid oleh tentera Myanmar sudah menjadi laporan media yang diketahui seluruh penghuni dunia. Nampaknya kali ini pembersihan etnik Rohingya sedang dilancarkan.

 

“Soalnya di mana agensi-agensi besar dunia. Kenapa agensi antarabangsa masih membiarkan kezaliman ini berterusan? Dunia diam membisu terhadap keadaan ini menunjukkan wujud diskriminasi. Ternyata delegasi PBB yang dihantar sebelum ini tidak membawa sebarang kesan,” katanya.

 

Sebaliknya beliau berkata, terdapat laporan bahawa ramai warga Rohingya yang diugut, ditangkap, disumbat ke dalam penjara dan diseksa setelah delegasi PBB keluar dari kawasan yang dilawati.

 

“Kami menuntut tindakan antarabangsa yang lebih berkesan mesti dilakukan sebelum keadaan menjadi lebih parah. Sekatan ekonomi ke atas Myanmar perlu dikuatkuasakan segera jika dunia mahu melihat keadaan kemanusiaan di Myanmar tidak menjadi lebih buruk,” tegas Azmi.

 

Keadaan kini jauh lebih parah daripada insiden pada 2012 sebelum ini kerana serangan ke atas kampung-kampung Rohingya dilancarkan bersama tentera - Utusan

 

>>Kami Bantu Salurkan Bantuan Anda, Klik Disini <<

e at: http://www.utusan.com.my/rencanKlik disini untuk Kami Salurkan Bantuan Anda<

Please reload

Featured Posts

Myanmar Masih Nafi Pembersihan Kaum

March 13, 2018

1/10
Please reload

Recent Posts
Please reload

Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

Kami Bantu Anda Salur Sumbangan Secara Online!

TABUNG ROHINGYA

2124 5760 0213 72

Screen Shot 2019-10-11 at 10.40_edited.j

Bantuan Kecemasan Rohingya merupakan inisiatif Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dengan kerjasama  agensi antarabangsa serta NGO tempatan telah menggerakkan misi khas untuk menyalurkan bantuan kecemasan kepada pelarian Muslim Rohingya yang berada dalam keadaan sangat terdesak.

HUBUNGI KAMI

I

Wisma MAPIM Malaysia, No. 25 Jalan Puteri 2A/3, Bandar Puteri Bangi,

Bandar Bukit Mahkota, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia.

Screen Shot 2019-10-11 at 10.33.55 AM.pn

I

SUMBANGAN OFFLINE 

Sumbangan kepada projek-projek kemanusiaan MAPIM, tanpa melalui sistem online donation yang telah disediakan, tuan/puan bolehlah menyalin nombor akaun MayBank MAPIM seperti yang tertera di bawah:

Screen Shot 2019-10-11 at 10.40_edited.j
2124 5760 0213 72

Dengan kerjasama:

Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan pengalaman sebenar. Pengunjung dinasihatkan menyumbang dengan mengikuti arahan yang disediakan. Namun kami tidak bertanggungjawab jika sebarang masalah/komplikasi berlaku kepada penyumbang di atas projek, program dan bantuan berdasarkan faktor keselamatan, cuaca dan suasana situasi sebenar.

© 2017 by MAPIM. Proudly created for www.tabungrohingya.com