Masa Terbaik Malaysia Batal TPPA

November 16, 2016

 

Kenyataan Media MAPIM 


16 hb November 2016

 

MALAYSIA PERLU KELUAR DARI TPPA SEKARANG

 

Kami mengesa supaya kerajaan Malaysia keluar dari perjanjian TPPA sekarang.

Ketidaktentuan status TPPA akibat Presiden US Donald Trump menyatakan beliau berpendirian menolak TPPA dalam kempennya, menyebabkan perjanjian itu kini mungkin terkubur.

 

Kami berpendapat  bila PM Datuk Seri Najib berkata TPPA tidak boleh dilaksanakan tanpa US kerana US menguasai 60% dari perdagangan negara-negara TPPA, jelas menunjukkan bahawa TPPA benar-benar dibawah telunjuk US. 

 

Setelah Malaysia menandatangani TPPA dikala rakyat menolaknya, dan kini dalam tahap melaksanakan ratifikasi undang-undang negara, adalah lebih selamat Malaysia mengistihar keluar dari TPPA sekarang.

 

Tidak guna Malaysia maseh menunggu keputusan Presiden US sedangkan jelas US bertujuan mengukuhkan ekonominya yang bermasalah dan TPPA tidak dilihat membantu US

keluar dari kelembapan ekonomi yang sedang dialaminya.

 

Langkah yang paling tepat dan bijak ialah Malaysia tidak perlu menunggu keputusan US. 

 

Segala proses menyesuaikan undang-undang negara agar diselarikan dengan TPPA sepatutnya dihentikan.

 

Malaysia tidak wajar diikat dengan sebuah perjanjian yang tidak menentu kesannya dan tidak menentu sejauh mana ia memberi manfaat kepada ekonomi negara. 

 

Menggadai negara dengan menundukkan kedaulatan kepada sebuah perjanjian yang tidak tentu membawa manfaat, malah mendedahkan negara kepada risiko diheret ke mahkamah tribunal perdagangan dunia, bakal membawa petaka kepada ekonomi Malaysia.

 

Kami berpendapat tidak terlambat untuk Malaysia mengistihar keluar dari perjanjian TPP itu dan memberi fokus mengukuhkan perdagangan yang tidak melibatkan negara terikat kepada syarat-syarat yang boleh menghilangkan kedaulatannya.

 

MOHD AZMI ABDUL HAMID
Presiden

Tags:

Please reload

Featured Posts

Myanmar Masih Nafi Pembersihan Kaum

March 13, 2018

1/10
Please reload

Recent Posts
Please reload

Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

Kami Bantu Anda Salur Sumbangan Secara Online!

TABUNG ROHINGYA

2124 5760 0213 72

Screen Shot 2019-10-11 at 10.40_edited.j

Bantuan Kecemasan Rohingya merupakan inisiatif Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dengan kerjasama  agensi antarabangsa serta NGO tempatan telah menggerakkan misi khas untuk menyalurkan bantuan kecemasan kepada pelarian Muslim Rohingya yang berada dalam keadaan sangat terdesak.

HUBUNGI KAMI

I

Wisma MAPIM Malaysia, No. 25 Jalan Puteri 2A/3, Bandar Puteri Bangi,

Bandar Bukit Mahkota, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia.

Screen Shot 2019-10-11 at 10.33.55 AM.pn

I

SUMBANGAN OFFLINE 

Sumbangan kepada projek-projek kemanusiaan MAPIM, tanpa melalui sistem online donation yang telah disediakan, tuan/puan bolehlah menyalin nombor akaun MayBank MAPIM seperti yang tertera di bawah:

Screen Shot 2019-10-11 at 10.40_edited.j
2124 5760 0213 72

Dengan kerjasama:

Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan pengalaman sebenar. Pengunjung dinasihatkan menyumbang dengan mengikuti arahan yang disediakan. Namun kami tidak bertanggungjawab jika sebarang masalah/komplikasi berlaku kepada penyumbang di atas projek, program dan bantuan berdasarkan faktor keselamatan, cuaca dan suasana situasi sebenar.

© 2017 by MAPIM. Proudly created for www.tabungrohingya.com