MAPIM Gesa Bincang isu Rohingya dalam Sesi Ke-43 Mesyuarat ICFM OIC

October 17, 2016

 

 

Kenyatan Media

17 Oktober 2016

 

MESYURAT ICFM OIC PERLU SEGERA BINCANG ISU ROHINGYA DI MYANMAR

 

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) mengesa agenda membincangkan isu Etnik Rohingya tertindas di Myanmar dimasukkan didalam Sesi Ke-43 Majlis Menteri-Menteri Luar Pertubuhan Kerjasama Islam (ICFM) di Uzbekistan bermula besok Selasa ini.

 

ICFM merupakan mesyuarat tahunan Menteri-menteri Luar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) untuk membincangkan kemajuan dalam pelaksanaan keputusan dan resolusi yang diterima pakai pada Sidang Kemuncak dan Mesyuarat Majlis Menteri-menteri Luar sebelumnya.

 

Oleh kerana mesyuarat tersebut di Tashkent bakal membincangkan isu-isu politik, ekonomi dan sosiobudaya yang melibatkan ummah, maka isu yang sedemikian lama berkaitan dengan nasib etnik Rohingya sepatutnya dimasukkan dalam agenda mesyuarat.

 

OIC setakat ini maseh dilihat lemah untuk menangani isu Rohingya yang sudah berlanjutan hampir 4 dekad. 

 

Kami mengesa tindakan yang jelas dan mekanisme yang efektif untuk menyelesaikan isu tersebut dibincangkan didalam mesyuarat kali ini. Penangguhan penyelesaian yang tuntas akan menambahkan penderitaan kaum Rohingya dan pihak OIC akan dilihat gagal membela nasib golongan mustadhafin ini.

 

Keadaan krisis terbaru di daerah Maungdaw yang sangat sedikit mendapat liputan media amat merisaukan kerana operasi militari Myanmar kini sewenang- wenangnya menyerang dan menembak orang awam di perkampungan daerah tersebut.

 

Setakat ini ramai yang terbunuh akibat operasi tentera termasuk dikalangan penganut Buddhis militan yang mengambil tindakan diluar undang-undang. Mereka melancarkan serangan membuta tuli sehingga orang awam terdedah kepada pembunuhan tanpa perkemanusiaan.

 

Keadaan berpotensi bertambah buruk kerana ratusan ribu penduduk daerah Myanmar adalah orang Rohingya dan operasi genosid kini sedang berlaku dibanyak perkampungan.

 

Akibat yang jelas ialah akan bertambah pelarian Rohingya yang terpaksa menyelamatkan nyawa mereka ke negara jiran seperti Bangladesh , Malaysia, Thailand dan Indonesia.

 

Keresahan warga Rohingya yang kini berada diluar Myanmar sangat jelas apabila mereka mula memaparkan visual pembakaran dan operasi militari yang menahan, menyiksa dan membunuh orang awam di daerah Maungdaw melalui media sosial. Mereka menuntut dunia segera bertindak melindungi kaum Rohingya yang tertindas.

 

MOHD AZMI ABDUL HAMID
Presiden

 

Sumbangan Anda Sangat Diperlukan, Sumbang ke Tabung Rohingya (Klik Di Sini)

Please reload

Featured Posts

Myanmar Masih Nafi Pembersihan Kaum

March 13, 2018

1/10
Please reload

Recent Posts
Please reload

Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

Kami Bantu Anda Salur Sumbangan Secara Online!

TABUNG ROHINGYA

2124 5760 0213 72

Screen Shot 2019-10-11 at 10.40_edited.j

Bantuan Kecemasan Rohingya merupakan inisiatif Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dengan kerjasama  agensi antarabangsa serta NGO tempatan telah menggerakkan misi khas untuk menyalurkan bantuan kecemasan kepada pelarian Muslim Rohingya yang berada dalam keadaan sangat terdesak.

HUBUNGI KAMI

I

Wisma MAPIM Malaysia, No. 25 Jalan Puteri 2A/3, Bandar Puteri Bangi,

Bandar Bukit Mahkota, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia.

Screen Shot 2019-10-11 at 10.33.55 AM.pn

I

SUMBANGAN OFFLINE 

Sumbangan kepada projek-projek kemanusiaan MAPIM, tanpa melalui sistem online donation yang telah disediakan, tuan/puan bolehlah menyalin nombor akaun MayBank MAPIM seperti yang tertera di bawah:

Screen Shot 2019-10-11 at 10.40_edited.j
2124 5760 0213 72

Dengan kerjasama:

Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan pengalaman sebenar. Pengunjung dinasihatkan menyumbang dengan mengikuti arahan yang disediakan. Namun kami tidak bertanggungjawab jika sebarang masalah/komplikasi berlaku kepada penyumbang di atas projek, program dan bantuan berdasarkan faktor keselamatan, cuaca dan suasana situasi sebenar.

© 2017 by MAPIM. Proudly created for www.tabungrohingya.com