MAPIM dan Warga Orang Asli Banteras Gejala Hidu Gam & Arak

October 6, 2016

 

MAPIM dan beberapa NGO gabungan serta agensi yang berkaitan akan menggerakkan kempen basmi gejala hidu gam dan minum arak di perkampungan orang asli Lubuk Legong Siong Kedah.

 

Dalam rumusan Bengkel Transformasi Kampung bersama warga kampung tersebut termasuk Tok Batin dan ahli JKK, diputuskan gejala sosial yang utama akan ditumpu ialah hidu gam dan ketagihan alkohol.

 

Presiden MAPIM, Mohd Azmi Abdul Hamid yang juga Pengerusi Yayasan Pendidikan Orang Asli (YAPOA) mengatakan warga kampung tersebut bersetuju untuk bekerjasama membasmi gejala tersebut kerana ia melibatkan masa depan generasi muda kampung itu. 

 

Gejala tersebut di lihat sangat serius kerana ia telah berpanjangan sejak beberapa tahun.

 

Gejala keciciran dari sekolah dan seks bebas didapati sedang merosak budaya hidup masyarakat tempatan.

 

 

Mohd Azmi berkata pendekatan bersepadu antara NGO dan agensi kerajaan perlu digerakkan jika isu ini mahu ditangani.

 

Beberapa NGO yang akan bergabung dengan MAPIM sprt YAPOA, PERKIM, Haluan, Salimah, TERAS dan Generasi bersepakat menubuhkan Majlis Persepakatan Kampung untuk melancarkan gerakan Transformasi Kampung orang asli berkenaan.

 

Gerakan itu bermatlamat untuk menjadikan kampung tersebut sebagai kampung orang Asli terbaik dlm bidang ekonomi, sosial, pendidikan, kesihatan, pengurusan sumber. Ia juga bertujuan mencapai kampung sifar hidu gam, minum arak, dadah dan merokok.

 

Azmi berkata kampung berpotensi maju dan boleh menjadi lebih baik jika gejala negatif dapat dibasmi. Majlis yang ditubuh akan bergerak secara bersepadu dibawah pengawasan MAPIM untuk memastikan keberkesanan transformasi kampung.

 

Please reload

Featured Posts

Myanmar Masih Nafi Pembersihan Kaum

March 13, 2018

1/10
Please reload

Recent Posts
Please reload

Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

Kami Bantu Anda Salur Sumbangan Secara Online!

TABUNG ROHINGYA

2124 5760 0213 72

Screen Shot 2019-10-11 at 10.40_edited.j

Bantuan Kecemasan Rohingya merupakan inisiatif Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dengan kerjasama  agensi antarabangsa serta NGO tempatan telah menggerakkan misi khas untuk menyalurkan bantuan kecemasan kepada pelarian Muslim Rohingya yang berada dalam keadaan sangat terdesak.

HUBUNGI KAMI

I

Wisma MAPIM Malaysia, No. 25 Jalan Puteri 2A/3, Bandar Puteri Bangi,

Bandar Bukit Mahkota, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia.

Screen Shot 2019-10-11 at 10.33.55 AM.pn

I

SUMBANGAN OFFLINE 

Sumbangan kepada projek-projek kemanusiaan MAPIM, tanpa melalui sistem online donation yang telah disediakan, tuan/puan bolehlah menyalin nombor akaun MayBank MAPIM seperti yang tertera di bawah:

Screen Shot 2019-10-11 at 10.40_edited.j
2124 5760 0213 72

Dengan kerjasama:

Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan pengalaman sebenar. Pengunjung dinasihatkan menyumbang dengan mengikuti arahan yang disediakan. Namun kami tidak bertanggungjawab jika sebarang masalah/komplikasi berlaku kepada penyumbang di atas projek, program dan bantuan berdasarkan faktor keselamatan, cuaca dan suasana situasi sebenar.

© 2017 by MAPIM. Proudly created for www.tabungrohingya.com