Bebaskan Kami dari Tahanan Israel - Dr Fauziah

October 6, 2016

KUALA LUMPUR: Wakil tunggal Malaysia dan Asia dalam misi kapal kemanusiaan Zaytouna-Oliva 'Women's Boat to Gaza' (WBG), Dr Fauziah Mohd Hasan, menggesa semua pemimpin dunia, kerajaan dan rakyat Malaysia serta mereka yang cintakan keamanan bertindak membebaskan semua 13 aktivis keamanan yang ditahan secara tidak sah oleh Israel. Gesaan itu dibuat menerusi rakaman video mesej SOS beliau dan aktivis lain yang dimuat naik di wbg.freedomflotilla.org apabila mereka ditahan ketika dalam misi memecahkan kepungan Israel ke atas Gaza. Dalam video berdurasi 1.03 minit itu, Dr Fauziah turut menyatakan penghargaan terhadap semua pihak yang menyokong dan berdoa agar mereka selamat.

Selain Dr Fauziah, 12 aktivis lain turut merakam video menggesa kerajaan negara masing-masing dan masyarakat antarabangsa agar memberi tekanan kepada Israel supaya membebaskan mereka yang "ditahan secara tidak sah" atau "diculik" di perairan antarabangsa.

 

Antara mereka ialah pemenang Hadiah Nobel 1976, Mairead Maguire dari Ireland dan Ahli Parlimen dari New Zealand, Marama Davidson; pengarah dan penulis skrip Amerika Syarikat, Naomi Wallace; atlet dan ahli akademik dari Norway, Gerd Von Der Lippe; serta jurulatih dan atlet Turki, Cigdem Topçuoglo.

 

Kapal Zaytouna-Oliva ditawan tentera laut rejim pada jam 8.58 malam tadi waktu Malaysia. Ia kini dibawa ke Pelabuhan Ashdod, Israel.

 

Kapal dengan 13 aktivis wanita pelbagai latar belakang dari 12 negara itu berlepas dari Barcelona, Sepanyol, 21 hari lalu.

 

Ia dilaporkan terputus hubungan pada 8.50 malam, kurang 50 batu nautika dari Gaza. Misi pelayaran kemanusiaan dengan mesej keamanan itu adalah simbolik penentangan masyarakat antarabangsa, khususnya wanita, ke atas kepungan haram rejim Israel ke atas Gaza sejak 2007.

 

 

 

Please reload

Featured Posts

Myanmar Masih Nafi Pembersihan Kaum

March 13, 2018

1/10
Please reload

Recent Posts
Please reload

Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

Kami Bantu Anda Salur Sumbangan Secara Online!

TABUNG ROHINGYA

2124 5760 0213 72

Screen Shot 2019-10-11 at 10.40_edited.j

Bantuan Kecemasan Rohingya merupakan inisiatif Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dengan kerjasama  agensi antarabangsa serta NGO tempatan telah menggerakkan misi khas untuk menyalurkan bantuan kecemasan kepada pelarian Muslim Rohingya yang berada dalam keadaan sangat terdesak.

HUBUNGI KAMI

I

Wisma MAPIM Malaysia, No. 25 Jalan Puteri 2A/3, Bandar Puteri Bangi,

Bandar Bukit Mahkota, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia.

Screen Shot 2019-10-11 at 10.33.55 AM.pn

I

SUMBANGAN OFFLINE 

Sumbangan kepada projek-projek kemanusiaan MAPIM, tanpa melalui sistem online donation yang telah disediakan, tuan/puan bolehlah menyalin nombor akaun MayBank MAPIM seperti yang tertera di bawah:

Screen Shot 2019-10-11 at 10.40_edited.j
2124 5760 0213 72

Dengan kerjasama:

Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan pengalaman sebenar. Pengunjung dinasihatkan menyumbang dengan mengikuti arahan yang disediakan. Namun kami tidak bertanggungjawab jika sebarang masalah/komplikasi berlaku kepada penyumbang di atas projek, program dan bantuan berdasarkan faktor keselamatan, cuaca dan suasana situasi sebenar.

© 2017 by MAPIM. Proudly created for www.tabungrohingya.com