Perutusan Hijrah 1438 H - MAPIM

October 2, 2016

 

PERUTUSAN HIJRAH 1438

 

Kesyukuran setulusnya kepada Rabbul Jalil yang telah mempedomankan Rasulullah S.A.W kepada umat, agar mengerti akan intisari episod Hijrah dalam sejarah Nubuwwah menyampaikan Risalah Dinnullah dengan segala keindahan dan kesyumulan dan kesempurnaannya.

 

Kita sambut untuk kesian kalinya kehadhiran 1 Muharram sebagai kalendar Hijrah yang menjadi petanda kepada jadual hidup umat, bangga dengan sejarah dan identiti kita sebagai Muslim yang memilikki period tersendiri untuk mengatur hidup dengan kerangka masa dan ruang kita sendiri.

 

Hijrah sebagai agenda anjakkan perlu diteliti sebagai sebuah islah dalam proses memperbaikki diri, keluarga, masyarakat dan negara. Dalam menghayati erti Hijrah terkandung didalamnya sisi muhasabah yang mendalam untuk mengukur status diri sebagai Muslim yang telah beraqad dengan Allah SWT untuk kekal istiqamah dan meningkatkan pengabdian diri kepada Allah SWT dan kebaktian kepada manusia.

 

Demikian pengertian dan tuntutan sebenar Hijrah dengan maksud merubah diri dan beriltizam dengan Islam.

 

Kita melangkah untuk memasukki tahun yang baru, berjanji agar kelemahan dan kedhaifan diri diatasi, demi menunaikan janji syahadah kita bahawa penghayatan Islam perlu bersifat kaaffah. Menolak Islam yang diamalkan dengan cara memilah-milah agama Allah mengikut kesesuaian kehendak nafsu diri. Patuh dan akur bahawa syahadah bermaksud penyaksian terhadap Rububiyyah dan Uluhiyyah Allah SWT sebagai Sang Pencipta yang Maha Agung dan Maha Perkasa.

 

Meneliti keadaan umat yang dipenuhi pergelutan yang tenat dari asakan musuh dari segenap penjuru, semada politik, ekonomi, militari, budaya mahupun sosio-budaya. Kesannya wilayah Muslim diceroboh semahunya oleh kuasa luar. Sumber bumi kaum Muslimin dieksploitasi semaksimanya. Politik umat diporak perandakan sehingga semua partai dalam negara Muslim bertelingkah dan bertempur sesama sendiri akibat strategi pecah dan perintah yang maseh menjadi formula paling berkesan untuk menguasai umat Islam .

 

Namun yang lebih menggusarkan ialah kemelut dalaman umat itu sendiri. Dari khilaf siasah hingga konflik perang saudara telah meragut ratusan ribu nyawa, mengusur jutaan rakyat menjadi pelarian merempat di negara orang lain sehingga menghancurkan nasib jutaan kanak-kanak Muslim atas nama menegakkan Islam. 

 

Laungan takbir berkumandang diserata bumi orang Muslim, akan tetapi laungan untuk mengabsahkan pembunuhan sesama sendiri. 

 

Pergolakkan umat merentas sempadan dan aliran. Konflik berciri sektarian, berpuak-puak dengan idoelogi dan aliran masing-masing, merasa tidak bermasalah untuk mendera saudara seaqidah, menyembelih mereka yang memilikki Al Quran yang satu, berkiblat yang satu dan ber Rasul yang satu.

 

Akibatnya umat Islam lebur dari semua arah. Persaudaraan dinyahkan dan kesatuan digadai. Ekonomi umat diperkuda. Sosio budaya Muslimin dicemari dengan amalan jahiliyyah moden. Pentadbiran hilang integriti. Pemerintah negara sarat dengan korupsi dan kepincangan.

 

Yang tinggal ialah ruang untuk meneruskan persengketaan yang semakin diperluaskan. Sumber umat dibolot semahunya oleh musuh. Pemimpin menyerah diri untuk diperalat oleh kuasa luar sehingga tidak lagi mengutamakan kesejahteraan umat.

 

Akhirnya musuh meraih keuntungan. Musuh merayakan kemenangan dan kaum Muslimin menjadi debu berserakkan dan buih yang terapung ditolak kesana kemari tanpa arah, menunggu pecah dan akhirnya lenyap ditelan gelombang dan arus yang direncana oleh tangan-tangan dari luar.

 

Hijrah kali ini menyaksikan keadaan umat yang sangat mendambakan ubat yang mujarab untuk merawat problem yang tenat sekarang ini. Qadiyyatul Ummah (Permasalahan Ummat ) semakin kusut yang memerlukan overhaul penuh. 

 

Sebab itu Hijrah seharusnya menjadi perangsang yang boleh menyuntik pembaikkan dan seterusnya transformasi umat yang total.

 

Lantaran itu perutusan kami pada kali ini adalah untuk meningkatkan kewaspadaan, keperihatinan dan kepedulian umat. 

 

Selamat berHijrah, Selamat Berbakti.

 

MOHD AZMI ABDUL HAMID
Presiden

 

Please reload

Featured Posts

Myanmar Masih Nafi Pembersihan Kaum

March 13, 2018

1/10
Please reload

Recent Posts
Please reload

Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

Kami Bantu Anda Salur Sumbangan Secara Online!

TABUNG ROHINGYA

2124 5760 0213 72

Screen Shot 2019-10-11 at 10.40_edited.j

Bantuan Kecemasan Rohingya merupakan inisiatif Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dengan kerjasama  agensi antarabangsa serta NGO tempatan telah menggerakkan misi khas untuk menyalurkan bantuan kecemasan kepada pelarian Muslim Rohingya yang berada dalam keadaan sangat terdesak.

HUBUNGI KAMI

I

Wisma MAPIM Malaysia, No. 25 Jalan Puteri 2A/3, Bandar Puteri Bangi,

Bandar Bukit Mahkota, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia.

Screen Shot 2019-10-11 at 10.33.55 AM.pn

I

SUMBANGAN OFFLINE 

Sumbangan kepada projek-projek kemanusiaan MAPIM, tanpa melalui sistem online donation yang telah disediakan, tuan/puan bolehlah menyalin nombor akaun MayBank MAPIM seperti yang tertera di bawah:

Screen Shot 2019-10-11 at 10.40_edited.j
2124 5760 0213 72

Dengan kerjasama:

Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan pengalaman sebenar. Pengunjung dinasihatkan menyumbang dengan mengikuti arahan yang disediakan. Namun kami tidak bertanggungjawab jika sebarang masalah/komplikasi berlaku kepada penyumbang di atas projek, program dan bantuan berdasarkan faktor keselamatan, cuaca dan suasana situasi sebenar.

© 2017 by MAPIM. Proudly created for www.tabungrohingya.com