Harry Clinton & Donald Trump Tolak TPPA - Hanya Retorik Politik

September 30, 2016

Kenyataan Media 

30 hb Sepetember 2016

 

HARRY CLINTON DAN DONALD TRUMP MENOLAK TPPA - HANYA RETORIK KEMPEN POLITIK

 

MAPIM mengesa kerajaan Melaysia melihat semula status perjanjian TPPA, mengambilkira bahawa dua kandidat Presiden Amerika Harry Clinton dan Donald Trump menyatakan pendirian menolak perjanjian TPPA dalam kempen yang sedang dijalankan oleh dua calon ini yang bercita-cita untuk merebut jawatan Presiden AS.

 

Implikasi terbatalnya perjanjian tersebut, jika AS sendiri menolak TPPA, walaupun AS adalah pelopor kepada perjanjian itu, adalah besar, kerana banyak negara anggota temasuk Malaysia yang telah menandatangani perjanjian itu, sedang meretifikasi undang-undang serta dasar negara masing-masing untuk diselaraskan dengan TPPA.

 

Walaupun begitu,  kami tetap merasakan bahawa para pelobi pihak korporat-korporat gergasi di Amerika sememangnya tidak akan duduk diam, kerana TPPA sebenarnya adalah perjanjian yang amat menyebelahi syarikat-syarikat besar Amerika.

 

TPPA dari awal lagi adalah konspirasi yang digerakkan oleh syarikat korporat AS. Lantaran itu mereka tidak hanya mendengar dan mengikuti kempen Presiden Amarike Syarikat yang berlangsung sekarang secara pasif, malah sebaliknya akan memastikan TPPA diteruskan.

 

Oleh kerana itu kami berpendapat gerakan rakyat di negara yang menganggotai TPPA yang telah menentang perjanjian itu sewajarnya bergabung dan menghidupkan gembali gelombang untuk menolak dan membatal perjanjian TPPA.

 

Walaupun kami tidak meletakkan keyakinan kepada pendirian Harry mahupun Trump bahawa mereka menolak TPPA , kami tetap berpandangan bahawa jika rakyat bangkit dengan tegas menolak perjanjian yang bersifat ekploitasi itu, TPPA boleh dibatalkan.

 

Kerajaan Malaysia perlu mengambilkira perkembangan dari pendirian bakal Presiden AS agar rakyat tidak terus menjadi mangsa kepada sebuah perjanjian yang mengekploitasi sumber negara. 

 

Adalah lebih baik kerajaan keluar dari TPPA memandangkan ketidaktentuan ekonomi global serta politik AS yang juga mungkin berubah yang mengakibatkan dasar luar AS akan turut bertukar arah.

 

MOHD AZMI ABDUL HAMID

Presiden

Please reload

Featured Posts

Myanmar Masih Nafi Pembersihan Kaum

March 13, 2018

1/10
Please reload

Recent Posts
Please reload

Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

Kami Bantu Anda Salur Sumbangan Secara Online!

TABUNG ROHINGYA

2124 5760 0213 72

Screen Shot 2019-10-11 at 10.40_edited.j

Bantuan Kecemasan Rohingya merupakan inisiatif Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dengan kerjasama  agensi antarabangsa serta NGO tempatan telah menggerakkan misi khas untuk menyalurkan bantuan kecemasan kepada pelarian Muslim Rohingya yang berada dalam keadaan sangat terdesak.

HUBUNGI KAMI

I

Wisma MAPIM Malaysia, No. 25 Jalan Puteri 2A/3, Bandar Puteri Bangi,

Bandar Bukit Mahkota, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia.

Screen Shot 2019-10-11 at 10.33.55 AM.pn

I

SUMBANGAN OFFLINE 

Sumbangan kepada projek-projek kemanusiaan MAPIM, tanpa melalui sistem online donation yang telah disediakan, tuan/puan bolehlah menyalin nombor akaun MayBank MAPIM seperti yang tertera di bawah:

Screen Shot 2019-10-11 at 10.40_edited.j
2124 5760 0213 72

Dengan kerjasama:

Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan pengalaman sebenar. Pengunjung dinasihatkan menyumbang dengan mengikuti arahan yang disediakan. Namun kami tidak bertanggungjawab jika sebarang masalah/komplikasi berlaku kepada penyumbang di atas projek, program dan bantuan berdasarkan faktor keselamatan, cuaca dan suasana situasi sebenar.

© 2017 by MAPIM. Proudly created for www.tabungrohingya.com