Jangan jadikan Kuala Lumpur bandar maksiat

August 27, 2016

 

 

ULASAN Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) mengingatkan pihak berkuasa Kuala Lumpur (KL) tidak menjadikan bandar raya KL menjadi bandar yang dikenali sebagai bandar raya maksiat.

Cukup dengan ribuan bilangan pelacur dari luar negara yang kini membanjiri KL dan bandar-bandar utama dalam negara, membuka ruang pemilik lesen rumah urut akan menambahkan masalah yang sedia ada.

Malaysia kini menduduki tangga ke-8 di dunia dalam nisbah pelacur iaitu 52 orang pelacur bagi setiap 10,000 penduduk berbanding Thailand yang menduduki tangga ke-10 iaitu 45 orang pelacur setiap 10,000 penduduk.

Industri pelacuran di Malaysia sudah mencecah nilai lebih RM3.6 bilion.

Melihat kepada operasi pusat urut dan pusat hiburan yang bercambah di sekitar KL bermakna KL berpotensi menjadi pusat pelacuran Asia, jika ruang dan peluang dibuka untuk beroperasi secara berlesen.

Kami membantah keras Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membuka semula permohonan lesen baharu rumah urut sekitar ibu kota.

Soalnya, apakah keperluan rumah urut dibiar bercambah sedangkan pihak berkuasa gagal melaksanakan penguatkuasaan sehingga ratusan rumah urut yang sedia ada cenderung untuk menawar khidmat seksual yang menyalahi undang-undang.

Pihak berkuasa tidak harus hanya memikirkan soal permintaan sedangkan pemantauan dan penguatkuasaan mana-mana pihak yang menyalah guna lesen ternyata gagal dilaksanakan dengan berkesan.

 

Kami amat khuatir dengan percambahan pusat-pusat urut di kota raya dan bandar-bandar utama di negara ini ia akan membuka peluang untuk kegiatan maksiat dilakukan oleh pihak yang mengambil kesempatan.

Adalah lebih wajar rumah urut yang sedia ada dipantau dan dikawal sebelum memikirkan untuk membuka permohonan lesen baharu yang akhirnya tidak mampu dikawal selia oleh pihak berkuasa.

 

Artikel asal: https://www.malaysiakini.com/news/353842?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook#.V8Idg5ArfVw.facebook

 

Please reload

Featured Posts

Myanmar Masih Nafi Pembersihan Kaum

March 13, 2018

1/10
Please reload

Recent Posts
Please reload

Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

Kami Bantu Anda Salur Sumbangan Secara Online!

TABUNG ROHINGYA

2124 5760 0213 72

Screen Shot 2019-10-11 at 10.40_edited.j

Bantuan Kecemasan Rohingya merupakan inisiatif Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dengan kerjasama  agensi antarabangsa serta NGO tempatan telah menggerakkan misi khas untuk menyalurkan bantuan kecemasan kepada pelarian Muslim Rohingya yang berada dalam keadaan sangat terdesak.

HUBUNGI KAMI

I

Wisma MAPIM Malaysia, No. 25 Jalan Puteri 2A/3, Bandar Puteri Bangi,

Bandar Bukit Mahkota, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia.

Screen Shot 2019-10-11 at 10.33.55 AM.pn

I

SUMBANGAN OFFLINE 

Sumbangan kepada projek-projek kemanusiaan MAPIM, tanpa melalui sistem online donation yang telah disediakan, tuan/puan bolehlah menyalin nombor akaun MayBank MAPIM seperti yang tertera di bawah:

Screen Shot 2019-10-11 at 10.40_edited.j
2124 5760 0213 72

Dengan kerjasama:

Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan pengalaman sebenar. Pengunjung dinasihatkan menyumbang dengan mengikuti arahan yang disediakan. Namun kami tidak bertanggungjawab jika sebarang masalah/komplikasi berlaku kepada penyumbang di atas projek, program dan bantuan berdasarkan faktor keselamatan, cuaca dan suasana situasi sebenar.

© 2017 by MAPIM. Proudly created for www.tabungrohingya.com