siapa rohingya?
Sejarah awal orang Rohingya dikatakan bertarikh dari awal kurun ke-7 di Negeri Arakan. Mereka memiliki persamaan fizikal, bahasa dan budaya dengan orang Asia Selatan, terutamanya orang Benggali. Episod duka keatas mereka berpanjangan sejak sekian lamanya kerana isu agama dan etnik minoriti.
Ramai yang telah berhijrah ke negara lain demi kelangsungan hidup dan generasi hadapan namun tidak kurang juga yang cedera hatta kehilangan nyawa demi mempertahankan maruah serta aqidah yang semakin luntur.
Masyarakat Rohingya sudah berada di Malaysia sejak kira-kira 20 tahun yang lalu. Anak-anak Rohingya memerlukan pendidikan sama seperti anak-anak lain di Malaysia malangnya mereka tidak dibenarkan bersekolah di sekolah kerajaan.
Ramai daripada mereka tidak mendapat sebarang pendidikan formal namun harus mengharungi kehidupan seperti penduduk Malaysia. Tanpa pendidikan termasuk kemahiran 3M, mereka akan terdedah kepada pelbagai
penipuan, kerugian, penyalahgunaan kuasa dan sindiket pemerdagangan manusia.

LAGI VIDEO DI BAWAH
![]() | ![]() | ![]() | ![]() |
---|---|---|---|
![]() | ![]() | ![]() | ![]() |
![]() | ![]() | ![]() | ![]() |
![]() | ![]() | ![]() | ![]() |
![]() | ![]() | ![]() | ![]() |
![]() | ![]() | ![]() | ![]() |
![]() | ![]() | ![]() | ![]() |