• Utusan Online

Pelarian Rohingya Kembali Secara Sukarela



YANGON 28 Mei - Myanmar berkata berpuluh-puluh umat Islam Rohingya yang melarikan diri ke negara jiran, Bangladesh telah kembali secara sukarela dan akan dihantar ke pusat transit sementara menunggu penempatan semula.


Sebelum ini, hampir 700,000 Rohingya melarikan diri selepas serangan ganas tentera pada Ogos lalu di Barat Rakhine yang disifatkan Amerika Syarikat (AS) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai proses penghapusan etnik.


Myanmar menyatakan kesediaan untuk membawa mereka kembali dan mendakwa Bangladesh bertanggungjawab atas kelewatan dalam melaksanakan perjanjian penghantaran balik.


Menurut kenyataan dari pejabat pemimpin de facto Myanmar,Aung San Suu Kyi berkata, sejumlah 58 Rohingya telah menyeberang ke Myanmar setelah ‘tidak lagi dapat dipertahankan’ untuk tinggal di kem pelarian Bangladesh


Sumber :

http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/pelarian-rohingya-kembali-secara-sukarela-1.681192


Siaran Terkini

Lihat Semua