• Berita Harian

Myanmar Musnah 55 Perkampungan Rohingya


IMEJ satelit menunjukkan pihak berkuasa Myanmar merobohkan sekurang-kurangnya 55 perkampungan Rohingya di utara Rakhine sejak beberapa bulan lalu

YANGON: Imej satelit menunjukkan pihak berkuasa Myanmar merobohkan sekurang-kurangnya 55 perkampungan Rohingya di utara Rakhine sejak beberapa bulan lalu, kata Human Rights Watch hari ini dengan mengutuk kerajaan negara itu memadamkan bukti lokasi kekejaman tenteranya.


Kawasan utara Rakhine hampir kosong daripada penduduk Rohingya sejak Ogos tahun lalu, selepas operasi tentera menyebabkan hampir 700,000 etnik ditindas itu melarikan diri merentasi sempadan ke Bangladesh.


Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menuduh Myanmar melancarkan kempen pembersihan etnik terhadap minoriti Muslim itu yang berdepan penindasan di negara majoriti Buddha terbabit.


Myanmar menafikan tuduhan itu tetapi ia menyekat penyiasat PBB daripada menyiasat lokasi di mana ribuan etnik Rohingya dibunuh.

Siaran Terkini

Lihat Semua