• Mohd Azmi Abd Hamid

Boikot Myanmar Jika Terus Bunuh Rohingya


Kenyataan Media MAPIM

31 Ogos 2017


BOIKOT MYANMAR JIKA TERUS MEMBUNUH ROHINGYA


MAPIM menggesa semua pihak di Malaysia; kerajaan, swasta, ngo, media dan insitusi agar memboikot Myanmar dalam semua urusan jika pemerintah negara itu terus menzalimi dan membunuh warga Rohingya.


Apa yang sedang dilakukan sekarang sama sekali tidak boleh dikompromi lagi.


Serangan dengan senjata berat: roket, helikopter pejuang, bom adalah tindakan genocide dan merupakan jenayah kemanusiaan.


Malah kerajaan dan tentera Myanmar telah membekal senjata dan latihan kepada golongan esktrimis Rakhine. Kini seluruh kekuatan diguna untuk menghapus etnik Rohingya.


Myanmar sehingga kini tidak mempedulikan sebarang desakan dan resolusi badan antarabangsa seperti PBB, OIC dan Asean.


Malah ia sudah muktamad untuk menghapuskan kehadhiran etnik Rohingya secara brutal.


Penindasan yang selama ini dikenakan ke atas warga Rohingya adalah paling kejam menurut PBB.


Aung San Suu Kyi yang dianggap pejuang demokrasi dan hak manusia ternyata kini menjadi pendokong kuat kezaliman militari Myanmar.



Kini jutaan Rohingya yang menjadi mangsa dibunuh, diusir dinafikan hak, dirampas harta, diperlakukan lebih buruk dari haiwan, dibatalkan kewarganegaraan, dinafikan seluruh hak hidup dan sejarah kewujudan.


Etnik Rohingya sudah sengsara lebih 70 tahun. Apakah lagi kezaliman yang belum dirasai oleh etnik Rohingya.


Kini Myanmar cuba mengguna kesempatan untuk menarik perdagangan dari luar setelah mengalami sekatan ekonomi antarabangsa kerana pemerintahan tentera.


Myanmar mendapat manfaat dengan penyertaan dalam Asean sejak 1991.


Kami berpendapat Myanmar tidak akan tunduk kepada desakan mana-mana pihak luar.


Oleh kerana itu seluruh komuniti antarabangsa tidak boleh kompromi lagi dengan kezaliman yang sangat keterlaluan.


Jika genocide di Kemboja oleh Pol Pot pada 1975 tidak dapat diterima, kenapa genocide di Myanmar boleh dikompromi.


Boikot terhadap Myanmar adalah satu senjata sivil yang perlu dilakukan bila semua usha diplomatik dan undang-undang antarabangsa gagal menyekat kezaliman Myanmar.


Mohd Azmi Abdul Hamid

Presiden MAPIM

Tabung Rohingya

Siaran Terkini

Lihat Semua