• Mohd Azlan Zainal

Rayuan Bantuan Kilat Waqaf Madrasah Rohingya, Sikamat, Seremban


Rayuan Bantuan Kilat Waqaf Madrasah Rohingya, Sikamat

لَن تَنَالُوا الْبِرَّ حَتَّىٰ تُنفِقُوا مِمَّا تُحِبُّونَ ۚ وَمَا تُنفِقُوا مِن شَيْءٍ فَإِنَّ اللَّهَ بِهِ عَلِيمٌ (92) ۞


Tidaklah sekali-kali kamu sampai kepada kebajikan (yang sempurna) sebelum kalian menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai. Dan apa saja yang kamu nafkahkan, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya. (Ali Imran: 92)


1. Madrasah Rohingya yang telah digunakan dan beroperasi hampir selama 10 tahun sebagai Pusat Pendidikan Islam dan mengaji Al-Quran bagi warga Rohingya di Sikamat, Seremban.


2. Sebelum ini, madrasah tersebut disewa dan bayaran sewaan dilakukan secara ansuran oleh pihak komuniti Rohingya dengan pihak penyewa. Namun, atas sebab kegagalan pihak penyewa menjelaskan hutang dengan pihak bank dimaklumkan bahawa rumah dua tingkat ini akan dilelong dalam masa terdekat. Atas faktor kewangan yang sangat mendesak dikalangan warga komuniti disana, maka rayuan bantuan waqaf ini dilancarkan.


3. Berikut adalah status dan butiran berkaitan bangunan/rumah:


Alamat; No.176, Lorong Kanan Jujur 13, Taman Jujur, 70400 Seremban

Jenis; Double Storey Cluster

Luas tanah; 883 sq.ft

Harga lelongan; RM 50,000


4. Sehubungan ini, pihak Majlis Pertubuhan Perundingan Islam Malaysia (MAPIM) Negeri Sembilan mengambil inisiatif dengan mengalu-alukan sebarang bentuk sumbangan, bantuan kewangan dan waqaf untuk membeli semula rumah ini bagi meneruskan kesinambungan perjalanan Madrasah tersebut.


5. Sumbangan dan wakaf boleh disalurkan melalui akaun BAITUL UMMAH (acc: Maybank 555126518993)


6. Sebarang pertanyaan, keterangan dan maklumat lanjut boleh hubungi:

- Ustaz Fuad Othman (Penyelaras MAPIM N. Sembilan) +6019 394 1353

- Ustaz Shukri Othman (Pen. Penyelaras MAPIM N. Sembilan) +6010 514 6394

- Ustaz Azlan Zainal (Setiausaha MAPIM N. Sembilan) +6013 674 0871

- Saudara Yusri Mohamad (Ketua Projek Peduli Ummah) +6019 370 4756


Segala kerjasama, keprihatinan dan kesudian pihak tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih. Mudah-mudahan usaha kecil ini dinilai disisiNya dan diangkat sebagai amal soleh.


‎إِنْ تُقْرِضُوا اللَّهَ قَرْضًا حَسَنًا يُضَاعِفْهُ لَكُمْ وَيَغْفِرْ لَكُمْ وَاللَّهُ شَكُورٌ حَلِيمٌ


"Jika kamu meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, nescaya Allah melipat gandakan (pembalasannya) kepada kamu dan mengampuni kamu. Dan Allah Maha Pembalas Jasa lagi Maha Penyantun”. (At-Taghabun: 17)


Dikelola oleh;

MAPIM Negeri Sembilan.

3 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua